BTC USD 50,387.1 Gold USD 1,784.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Pembawa Penyakit Typhiod Pertama Di Dunia(gambar marr da add)

alep

Fun Poster
Messages
498
Joined
Oct 6, 2008
Messages
498
Reaction score
16
Points
15
Sejarah Pembawa Penyakit Typhiod Pertama Di Dunia

Penghijrahannya seorang diri dari Ireland ke Amerika Syarikat (AS) ketika berusia 14 tahun hanyalah dengan satu tujuan, demi mencari sesuap nasi.Tetapi, kasihan lagi mereka yang memakan hidangan hasil tangan tukang masak yang pernah dicap sebagai wanita paling berbahaya di AS ini. Dia begitu dibenci ketika itu sehingga ada akhbar yang menggambarkan Mary di dapur sambil sebelah tangannya memegang kuali manakala sebelah lagi memasukkan tengkorak manusia ke dalamnya.Ke mana sahaja Mary pergi, beberapa orang jatuh sakit dan mati di tangannya. Apa, teruk benarkah masakan Mary? Air tangan Mary sebenarnya mampu menyediakan hidangan yang cukup menyelerakan. Malangnya, ia membawa sejenis kuman pembawa maut - bakteria Salmonella typhi (S. typhi).Mary pada mulanya menjadi tukang masak di rumah orang kaya di Mamaroneck, New York pada tahun 1900 sebelum berpindah ke Manhattan. Kedua-dua keluarga majikannya itu mendapat demam dan cirit-birit, sebahagian gejala tifoid atau demam kepialu, manakala seorang tukang cuci meninggal dunia.Mary kemudiannya bekerja pula dengan seorang peguam dan berhenti selepas tujuh hingga lapan orang ahli keluarga tuannya itu mengalami peristiwa sama.Persinggahan seterusnya adalah di Long Island di mana dalam masa dua minggu, empat hingga 10 keluarga majikannya dimasukkan ke hospital.Mary terus bertukar-tukar majikan yang menyaksikan tiga buah keluarga lagi telah dijangkitinya.Sehinggalah pada tahun 1906 apabila satu wabak ganjil di New York menarik perhatian Dr. George Soper.Tifoid lazimnya menyerang golongan miskin dan persekitaran kotor. Peliknya, wabak tersebut terjadi di kalangan individu berharta.Siri penyiasatan Dr. Soper akhirnya menuding kepada seorang tukang masak yang berusia 40-an dan belum berkahwin iaitu Mary.Dia berjaya dijejaki di sebuah penthouse di Park Avenue di mana penyakit itu sedang aktif. Dua pembantu rumah terlantar di wad selain turut mengorbankan anak perempuan pemilik kediaman itu.Sambil bermati-matian menafikan pernah menghidap tifoid, Mary telah memaki Dr. Soper apabila diminta contoh najisnya. Dia turut mengugut doktor berkenaan menggunakan pisau pemotong daging, memaksa pihak polis dan pegawai kesihatan New York campur tangan membawa kepada penangkapan Mary. Kerana tidak memahami bagaimana orang sihat sepertinya boleh merebakkan penyakit, Mary cuba melawan balik dan meronta-ronta agar dilepaskan.Semasa disoal siasat, Mary mengakui dia jarang membasuh tangannya ketika memasak kerana tidak nampak apa keperluannya.

Kultur air kencing dan najisnya yang diambil dengan bantuan matron penjara mengesahkan pundi hempedu Mary dipenuhi dengan S. thypi.Mary enggan menjalani pembedahan bagi membuang pundi hempedunya itu mahupun berhenti kerja sebagai tukang masak dan tetap berdegil.`Saya tidak membawa sebarang penyakit,'' tegasnya.Pihak berwajib terpaksa mengisytiharkan Mary sebagai musuh kesihatan awam nombor satu lalu mengasingkannya di dalam sebuah kotej di Bronx, tanpa dibicarakan. Dia bersumpah menjadi mangsa konspirasi kerajaannya.Bagaimanapun, dia dibenarkan bekerja sebagai tukang cuci di Hospital Riverside. Pada tahun 1910, Mary dibebaskan dengan jaminan untuk kekal dengan tugasan barunya itu. Kerana pendapatan yang tidak mencukupi, Mary yang menukar nama keluarganya kepada Brown akhirnya berpaling tadah dan untuk tempoh lima tahun berikutnya, dia terus menularkan penyakit dan menyebabkan kematian dari dapur-dapur tempat dia bekerja.Semasa suasana kecoh berikutan tercetusnya wabak tifoid serius di kalangan kakitangan Hospital Wanita Sloan yang meragut dua nyawa dengan 25 orang disahkan menghidapinya, Mary menghilangkan diri dari dapur tempat kerjanya.Tidak lama kemudian, dia berjaya diberkas di Long Island tetapi enggan bekerjasama dengan pegawai kesihatan untuk mengumpul sejarah perubatannya bagi tujuan penyelidikan.Kedegilannya itu telah menyebabkan Mary dikuarantin seumur hidup di sebuah pulau. Popularitinya ketika itu mengalahkan celebrity.Mary meninggal dunia pada tahun 1938 akibat radang paru-paru. Bedah siasat mendapati pundi hempedunya masih lagi aktif menghasilkan S. typhi sebelum disemadikan!Mary Mallon aka Typhoid Mary dikenal pasti sebagai pembawa tifoid pertama yang sihat, tanpa menunjukkan apa-apa tanda penyakit itu.Bagaimanapun, pakar-pakar percaya, Mallon mungkin pernah beberapa kali mendapat jangkitan yang tidak berbahaya tanpa disedarinya, tetapi setiap kali itu jugalah dia sembuh.Bakteria itu kekal berada di dalam tubuh badannya dan kerjanya sebagai tukang masak memudahkan perpindahannya kepada orang lain yang memakan masakannya.Menurut seorang pakar perubatan di salah sebuah pusat perubatan swasta di Pulau Pinang, S. typhi tergolong dalam kumpulan bakteria Salmonella yang diketahui menyebabkan cirit-birit.


180px-Mary_Mallon_in_hospital.jpg


ini gambar mary Mallone sblum dia mati...
 
Last edited:
Sponsored Post

alep

Fun Poster
Messages
498
Joined
Oct 6, 2008
Messages
498
Reaction score
16
Points
15
aku post lg sekali tp kat tempat nie..sb aku silap post.
 

MyBroadband

Active Member
Messages
1,350
Joined
Sep 6, 2008
Messages
1,350
Reaction score
38
Points
30
perempuan Mary ni mmg tollol.. menyusahkan org..dah la bunuh org, takmau ngaku salah plak ade penyakit..mmg patut mati pompuan ni..senang cite..
 

osopp

Fun Poster
Messages
554
Joined
Jan 13, 2008
Messages
554
Reaction score
1
Points
25
patut si mary ni jadi tukang masak kat white house je.. kan elok..
 

Biggie

Passed Away - Al Fatihah
Messages
14,648
Joined
Aug 31, 2008
Messages
14,648
Reaction score
79
Points
120
bahaya nih...tk mo ngaku plak ...ish3...
 

kancil biru

Legendary Member
Messages
11,641
Joined
Apr 4, 2008
Messages
11,641
Reaction score
1,099
Points
191
menarik info nie... thanks tp aku rasa la kan nama sbenarya mary then dia tukar nama keluarga jadi brown kalau di sambung jadi MARYBROWN ermm patut la x laku marybrown kat malaysia hehehhe
 

MyBroadband

Active Member
Messages
1,350
Joined
Sep 6, 2008
Messages
1,350
Reaction score
38
Points
30
menarik info nie... thanks tp aku rasa la kan nama sbenarya mary then dia tukar nama keluarga jadi brown kalau di sambung jadi MARYBROWN ermm patut la x laku marybrown kat malaysia hehehhe

takmau aku makan marybrown kalau camtu.. :)):))
 

khairi78

Active Member
Messages
2,084
Joined
Sep 27, 2007
Messages
2,084
Reaction score
17
Points
25
Kisah Mary ni difilemkan ker tak? Kalau difilemkan lebih menarik ni sbb baca yg tuan tanah post ni pun dah menarik.... :D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register