BTC USD 54,548.7 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Kes Pembunuhan Ketua Polis Negara Ke - 3, Tan Sri Abdul Rahman

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Di antara tahun 1969 dan 1970, Parti Komunis Malaya (PKM) berhadapan dengan perebutan kuasa yang mengakibatkan perpecahan berlaku. Dalam peristiwa berkaitan, seramai 200 anggota telah dibunuh dan beratus-ratus yang lain dibuang dari PKM.

Perpecahan ini membuatkan PKM mempunyai kekuatan seramai 730 anggota. Pada 25 September 1970, 150 bekas anggota PKM yang telah disingkirkan kemudiannya menubuhkan PKM Pecahan Revolusi atau PKM-Revolutionary Faction. Ini diikuti dengan penubuhan PKM-Marxist-Leninist (PKM-ML) yang mempunyai 580 anggota pada 1 Ogos 1974.


Ketua Polis Negara jadi sasaran

Screenshot-1141.jpg


Pasukan pertama yang menubuhkan skuad bergerak adalah PKM-ML, iaitu 1st Mobile Squad dengan kekuatan 8 anggota sukarela dan 10 anggota yang dipilih dari gerakan underground mereka pula dimasukkan ke dalam 5th Mobile Squad.

Pada ketika itu, PKM-ML menerima tekanan di sempadan Thailand dan Malaysia daripada gabungan pasukan keselamatan kedua-dua negara ini.

Namun para pemimpin pasukan ini tahu bahawa tekanan ini boleh dikurangkan dengan menyingkirkan perancang dalam Jawatankuasa Sempadan Umum Thai-Malaya.

Dan dengan ini, Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim yang merupakan Ketua Polis Negara pada ketika dan juga ahli jawatankuasa sempadan ini, telah dimasukkan ke dalam senarai sasaran utama oleh PKM-ML.


Latar belakang Tan Sri Abdul Rahman

Screenshot-1142.jpg


Dilahirkan di Yan, Kedah pada 7 Julai 1925, Tan Sri Abdul Rahman menyertai pasukan polis selepas lulus Senior Cambridge (Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar) pada tahun 1940.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai seorang pegawai polis negeri kedah sebagai Sub-Inspektor pada 17 Oktober 1941 dan dinaikkan pangkat menjadi Penolong Penguasa Polis menjelang tahun 1952.

Pada tahun 1953, Tan Sri Abdul Rahman terlibat dalam Kursus Siasatan Jenayah di Mill Meece, England dan sekali lagi dihantar menyertai Kursus Pegawai Kanan di Ryton-on-Dunsmore, England selama enam bulan pada September 1957.

Kerjaya beliau dalam pasukan polis tidak terhenti di situ sahaja apabila dilantik sebagai ketua Cawangan Khas Pulau Pinang pada tahun 1960, Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada tahun 1963 dan kemudiannya sebagai Pengarah Cawangan Khas pada 1971.

Beliau menyandang jawatan Timbalan Ketua Polis Negara pada 31 Januar 1972 dan menjelang 1 Februari 1973, Tan Sri Abdul Rahman telah diberi penghormatan untuk menggalas tugas yang lebih penting dalam pasukan polis apabila beliau dilantik sebagai Ketua Polis Malaysia yang ke-3 bagi menggantikan Tun Mohamad Salleh Ismail.


Usaha PKM-Marxist-Leninist

Screenshot-1143.jpg


Anggota-anggota PKM-ML yang terdiri daripada sukarelawan menjalani latihan secara berasignan di kem-kem mereka di selatan Thailand iaitu di Betong.

Antara latihan yang dialkukan adalah penggunaan senjata ringan, bom tangan, latihan fizikal dan juga berkebun.

Walaupun berkebun tidak dilihatkan sebagai salah satu latihan ketenteraan, namun ia bertujuan untuk menjadikan kulit anggota-anggota PKM-KL lebih gelap disebabkan terdedah kepada sinaran Matahari.

Ini kerana mereka berbangsa Cina dengan kulit yang putih, dan PKM-ML tidak mahu mencetuskan kemarahan orang-orang Melayu disebabkan pembunuhan yang dirancang ini.

Mereka bimbang ini akan membuatkan orang Melayu membalas dendam terhadap orang Cina.

Jadi, PKM-ML cuba untuk menggelapkan kulit ahlinya supaya jika terdapat saksi, mereka adakan keliru dan tidak dapat mengesan bangsa yang melakukan pembunuhan tersebut dan menyangkakan bahawa ia dilakukan oleh orang Melayu sendiri.

Bagi melaksanakan rancangan ini dengan sempurna, tinjauan selama seminggu dilakukan oleh PKM-ML.

Mereka melihat setiap gerak-geri Tan Sri Abdul Rahman, termasuklah pergerakan beliau dari rumahnya di Jalan Kia Peng dan juga ketika beliau bertugas di ibu pejabat polis di Kuala Lumpur.


Pembunuhan Ketua Polis Negara ke-3

Screenshot-1144.jpg


(Gambar hiasan dari adegan filem)

Pada 7 Jun 1974 sekitar jam 7 pagi, negara kita dikejutkan dengan satu berita yang sangat menyayat hati.

Pada pagi tersebut, Tan Sri Abdul Rahman dalam perjalanan beliau ke Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman bersama pemandu beliau iaitu Pemangku Sarjan Omar Yunus untuk mengambil dokumen yang diperlukan dalam mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Umum Thailand-Malaysia di Hotel Federal, Kuala Lumpur.

Dan secara tiba-tiba, 2 orang lelaki telah melepaskan 11 das tembakan ke arah kereta yang dinaiki mereka.

Daripada 11 das tembakan itu, 7 daripadanya mengenai tubuh Ketua Polis Negara di bahagian bahu, rusuk dan peha kiri.

Serangan yang berlaku di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Weld itu menyebabkan pemandu beliau mengalami kecederaan yang parah dan beliau pula digegaskan ke Hospital Besar Kuala Lumpur, namun disahkan meninggal dunia tak lama kemudian.

Dua penyerang tersebut dipercayai merupakan anggota subversi komunis iaitu Lim Woon Chong atau lebih dikenali sebagai Ah Kwong berusia 21 tahun merupakan pemimpin Tentera Pembebasan Rakyat Malaysia (TRPM), dan juga Ng Foo Nam berusia 23 tahun.

Seperti yang sudah dijangkakan, mereka yang menyaksikan insiden tersebut memberitahu bahawa serangan itu dilakukan oleh orang-orang Melayu.

Selepas pembunuhan ini dilakukan, pihak komunis yang biasanya akan meninggalkan risalah propaganda dalam serangan mereka tidak berbuat demikian kerana mahu menjadikan pembunuhan ini satu rahsia.


tan-sri-khoo-chong-kong.jpg


(Tan Sri Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak)

Mereka ini juga terlibat dalam pembunuhan Tan Sri Khoo Chong Kong yang merupakan Ketua Polis Perak.

Dalam kejadian di Jalan Ashbay, Ipoh pada 13 November 1975 itu, 2 orang lelaki dari Parti Komunis Malaya menaiki motosikal telah melepaskan tembakan ke arah beliau.

Yeung Peng Chong yang juga merupakan pemandu beliau juga terbunuh selepas membalas tembakan ke arah pembunuhnya.

Namun dalam serangan ini, saksi-saksi berjaya mengenal pasti bahawa ia dilakukan oleh orang-orang komunis Cina.

2 pembunuh kejam ini telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1978.

Mereka juga terbabit dalam pembunuhan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Khong di Jalan Ashbay, Ipoh pada November 1975. Mereka telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1978.

Dengan penuh penghormatan dari seluruh negara, jenazah Tan Sri Abdul Rahman disemadikan di Tanah Perkuburan Ampang.

Pemergian wira negara yang sangat prihatin dan menjaga kebajikan kakitanannya serta hal ehwal keluarga mereka sangatlah dirasai oleh anggota-anggota polis yang lain.

Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman sepanjang hayatnya pernah dikurniakan Ahli Mangku Negara (1961), Johan Mangku Negara (1968), Bintang Republik Indonesia (1970), Mahkota Kelas Pertama Thailand (1970, Bintang Bhayong Karya Indonesia (1972), DPMK, SMK, PMN.

Jawatan beliau sebagai Ketua Polis Negara diisi oleh Tun Mohd Haniff Omar sebagai Ketua Polis Negara ke-4.

Rujukan;
 
Last edited:
Sponsored Post

exboy

Super Active Member
Messages
5,956
Joined
Oct 18, 2013
Messages
5,956
Reaction score
238
Points
73
Kalau baik sangat dengan China, tak mustahil fahaman komunis akan meresap..

P/s: kene ingat..merdeka tahun 1957, tapi darurat hanya tamat 1960..dan ancaman komunis dihapus sepenuhnya tahun 89-90..ingat tu...bukan mudah..bukan senang..jangan bagi sekelumit pun mereka bersarang
 

dloanman

CG Top Poster Club
Messages
30,566
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,566
Reaction score
2,288
Points
206
serius, bilo baco sejarah2 mcm ni menyirap darah aku...

semangat naik sampai nak poie dapur asah parang ajo
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
time PKP-MCO ni kalo ada masa lapang, baca Operation Sharp End - Smashing Terrorism in Malaya 1948 - 58, lepas buka dalam Chrome (recommended), klik sebelah kanan pilih Translate to Melayu, artikel panjang but worth baca ..

gandingan Polis British, Polis Tanah Melayu dan askar elit India berdepan pengganas dan komunis di Tanah Melayu masa tu, bacaan ni takder dalam pendidikan Sejarah sekolah2 kita .. dapat tau artikel ni lepas terserempak gambar ASP DL Brent (pegawai polis PDRM ranking atasan yang masih hidup kat New Zealand sekarang) umo dah 90+

pautan https://www.britishempire.co.uk/article/operationsharpend.htm
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Messages
34,828
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,828
Reaction score
2,433
Points
201
serius, bilo baco sejarah2 mcm ni menyirap darah aku...

semangat naik sampai nak poie dapur asah parang ajo

ada lagi yg sadis bro.. pasal isu duit company china nak muflis pinjam duit bank bumiputra dapat.. pastu pegawai penyiasat dapat detek.. kene bunuh kt china.. x de sape kene tangkap
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
323,453
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
323,453
Reaction score
16,412
Points
2,376
Belajarlah dari sejarah
Sejarah mungkin berulang kalau tak diambil pelajaran dan pengajaran
Geng komunis memang tak akan berhenti usaha untuk terus bertapak di negara kita
Besar jasa PDRM dan ATM dalam menangani geng komunis ni

#BiarJasaJadiKenangan
#BarisanHadapan
#PDRM
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register