Info Sejarah Hagia Sophia Turki - Gereja Yang Kini Bergelar Masjid

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,581
Reaction score
3,413
Points
236
Bagi peminat destinasi pelancongan serta sejarah peradaban dunia, Hagia Sophia merupakan salah satu mercu tanda indah yang kerap disebut sebagai destinasi wajib dilawati.

Screenshot-2245.jpg


Bangunan gergasi tersebut telah menjalani sejarah panjang, menjadi saksi kepada perubahan kuasa besar dunia serta turut mencetuskan kontroversi disebabkan oleh ketegangan sentimen agama - melibatkan pihak yang menguasainya.

Tahukah anda kisah sejarah yang telah dilalui senibina indah di Istanbul, Turki ini? Jom kita baca serba sedikit tentang Hagia Sophia - mercu tanda indah yang menjadi saksi perubahan zaman dan tamadun dunia.


Rancangan Raja Justinian mengembalikan kuasa

Screenshot-2246.jpg


Pada tahun 532, semasa era pemerintahan Raja Justinian I mentadbir bahagian timur empayar Rom; telah berlaku rusuhan besar-besaran bagi menjatuhkan kerajaan beliau yang dilabelkan sebagai 'Rusuhan Nika' di Constantinople.

Justinian pada ketika itu baru memerintah selama 5 tahun telah memperkenalkan sistem cukai yang menekan orang ramai. Perusuh bertindak melakukan tunjuk perasaan mereka membantah cukai tersebut, sambil menjerit 'nika' yang bermakna 'kemenangan' beramai-ramai.

Dalam rusuhan yang berlaku, kumpulan perusuh turut bertindak ganas membakar dua buah bangunan gereja utama yang ada di situ, pada ketika itu digelarkan sebagai 'basilica'.

Screenshot-2251.jpg


Yang pertama adalah Hagia Eirene, sebuah bangunan yang dibina semasa era pemerintahan Raja Constantine I pada abad ke 4; digunakan pada awalnya sebagai pusat penyembahan masyarakat yang masih mengamalkan Pagan, sebelum mula digunakan pengikut ajaran Kristian.

Gereja kedua adalah bangunan asal Hagia Sophia, yang telah dibina semasa era Constantine II sekitar tahun 360 beberapa tahun selepas Hagia Eirene, melengkapkan apa yang dinamakan oleh orang Rom sebagai 'Megale Ekklesia' atau 'Gereja Teragung', disebabkan saiznya yang jauh lebih besar berbanding gereja-gereja sezamannya.

Rusuhan Nika yang berlangsung selama 3 hari memusnahkan sebahagian besar binaan, sebelum Justinian berjaya mengawal keadaan di Constantinople dengan bantuan angkatan tenteranya.


Pembinaan semula Hagia Sophia

Screenshot-2247.jpg


Kerosakan yang dialami dua binaan tersebut malangnya tidak dapat diperbaiki dengan mudah, sebaliknya memerlukan pembinaan semula yang layak dikatakan terlalu besar skop keperluan kerjanya.

Bagaimanapun kedua-dua binaan itu sangat sinonim dengan ajaran Kristian era tersebut.

Disebabkan pengaruh ajaran Kristian yang kuat dalam komuniti Rom ketika itu, Justinian melihat pembinaan semula Hagia Sophia yang lebih agung dan besar akan membolehkan sokongan kepadanya berjaya diperbaiki dan dikembalikan.

Beberapa minggu selepas kejatuhan Hagia Sophia akibat rusuhan, Raja Justinian mengumumkan projek pembinaan semula bangunan gereja agung itu dalam skala yang lebih besar, menggunakan rekaan yang lebih indah serta mempunyai keunikan pada bahagian bumbungnya, yang akan menggunakan rekaan kubah dihiasi dengan lukisan-lukisan.

Atas arahan Justinian, dua orang arkitek ternama era Byzantine iaitu Anthemius dan Isidorus mula melakarkan binaan baru Hagia Sophia serta mencari jalan bagi memenuhi visi yang diimpikan kerajaan Rom ketika itu.


Pelopor cara binaan baru tamadun dunia

Screenshot-2252.jpg


Salah satu kesukaran yang dihadapi kedua-dua arkitek adalah bagaimana mereka boleh membina bentuk kubah di atas sebuah struktur berbentuk segi empat, yang dikatakan bakal menjadi kubah terbesar di dunia ketika itu?

Anthemius seorang pakar matematik, menemui solusi unik - membina empat buah tiang gergasi di setiap bucu binaan tersebut, sebelum mula membina struktur lengkungan (arch) yang menghubungkan keempat-empat tiang tersebut.

Apabila empat tiang dan tiang melengkung itu siap dihubungkan, akan terbentuk satu ruangan kosong yang digelarkan sebagai 'pendentif'.

Anthemius dan Isidorus melakukan perkiraan bahawa ruangan 'pendentif' yang terbentuk (ilustrasi atas, warna merah) boleh diisi dengan bahan binaan membolehkan permukaan rata dibentuk di bahagian puncak; yang akan dijadikan tapak kepada kubah gergasi itu.

Selesai peringkat rekaan, 10,000 orang pekerja diketuai oleh Anthemius dan Isidorus mula membina Hagia Sophia baru, disiapkan dalam jangka masa yang pantas untuk zaman tersebut; hanya mengambil masa lebih 5 tahun 10 bulan.

Bangunan baru itu dirasmikan Justinian pada 27 Disember 537.

Screenshot-2248.jpg


Malangnya, proses pembinaan kubah itu sejak awal sudah berdepan kesukaran besar selepas roboh beberapa kali. Perkiraan Anthemius dalam membentuk kubah tersebut kurang sempurna, menyebabkan kubah yang terhasil tidak berbentuk bulatan tepat sebaliknya sedikit elips.

Ini mengakibatkan struktur kubah tersebut agak longgar serta gagal menampung muatan dengan baik.

Bagaimanapun kubah tersebut bertahan agak lama juga, sebelum roboh pada tahun 558 akibat gempa bumi. Justinian I yang ketika itu masih memerintah, mengarahkan sepupu kepada Isidorus arkitek asal Hagia Sophia iaitu Isidorus the Younger, untuk mereka semula dan memperbaiki rekaan asal kubah yang telah tumbang.

Isidorus memperbaiki kerosakan dan keretakan yang ada, menggantikan bahan binaan asal dengan bahan yang lebih ringan untuk binaan kubah serta meninggikan kubah tersebut lebih 6 meter.

Binaan baru itulah yang kekal sehingga kini, lebih 1400 tahun usianya.


Diambil alih kerajaan Islam

Screenshot-2249.jpg


Pada awal abad ke 13, golongan Tentera Salib Kristian yang diketuai Henricus Dandolo berjaya mengambil alih Constantinople untuk sementara, sebelum kembali dirampas tentera Empayar Byzantine.

Sempat juga Dandolo melakukan beberapa perubahan pada Hagia Sophia yang kesannya masih ada sehingga ke saat ini.

Constantinople selepas itu terus berdepan dengan kewujudan empayar-empayar baru, khasnya kerajaan yang didokong oleh pemimpin Muslim yang mula meluaskan empayar mereka namun Empayar Rom tetap kekal bertahan.

Hanya ketika era Raja Constantine ke 11 pada abad ke 15, Constantinople menghadapi ancaman Sultan Muhammad Al-Fatih ke 2 (Mehmed II), seorang pemerintah kerajaan Islam dari Empayar Uthmaniyah yang terkenal dengan gelaran 'Sang Penakluk.'

Akhirnya Constantinople benar-benar tumbang dan Rom mengaku kalah.

Constantinople jatuh ke tangan Muhammad Fatih, membolehkan Hagia Sophia mula dikuasai masyarakat Islam memulakan perubahan paling ketara pada fungsi dan kedudukan seni bina unik itu, bermula pada tahun 1453.

Constantinople dinamakan semula sebagai 'Istanbul' oleh kerajaan empayar Uthmaniyah dan Hagia Sophia yang selama ini digunakan sebagai sebuah gereja, ditukarkan menjadi sebuah masjid rumah ibadah masyarakat Islam.

Kesemua mozaik yang memaparkan elemen-elemen ajaran Kristian serta lukisan-lukisan wajah Jesus Christ yang terpapar di kubah dan tiang Hagia Sophia, diturunkan atau ditutup.

Pembinaan minaret yang dilakukan secara berperingkat pembinaannya bagi membolehkan azan dilaungkan tidak lama selepas pembukaan Istanbul, menandakan transformasi Hagia Sophia daripada sebuah pusat ajaran Pagan, sehingga menjadi gereja kegunaan masyarakat Kristian telah memasuki fasa baru.

Hagia Sophia kekal sebagai rumah ibadah umat Islam sehinggalah tahun 1935. Perubahan Hagia Sophia di bawah kerajaan sekular Attaturk

Screenshot-2250.jpg


Fungsi Hagia Sophia kepada masyarakat Islam kerajaan Turki berubah selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah, yang pada itu diketuai kerajaan Tiga Pasha.

Kebangkitan kerajaan republik Turki yang melaksanakan dasar sekularisme di bawah pemerintahan Mustafa Kemal Ataturk, menyebabkan Hagia Sophia yang dikenali rakyat tempatan dikenali sebagai Masjid Aya Sofya - ditukar fungsinya kepada sebuah muzium.

Kajian berkenaan pertukaran itu menimbulkan kontroversi serta bantahan penduduk, namun kerajaan Turki berkeras untuk memulakan usaha menjadikan Hagia Sophia sebuah muzium yang mempamerkan karya-karya seni era Byzantine dan Uthmaniyah.

Perasmian pertukaran itu dilakukan serentak dengan hari pengisytiharan Mustafa Kemal Attaturk sebagai 'Bapa Orang Turki' pada 24 November 1934.

Dalam kenyataan berkenaan perubahan Hagia Sophia itu, kabinet Turki menyebut bahawa pertukaran Masjid Aya Sofya menjadi sebuah muzium adalah selaras dengan usaha untuk memastikan ilmu pengetahuan dapat disebarkan secara saksama.

Muzium Hagia Sophia dibuka secara rasmi kepada orang awam bermula pada 1 Februari 1935. Situasi itu kekal sehinggalah tahun 2018.

Usaha kerajaan Turki di bawah pimpinan Reccep Tayyip Erdogan mengembalikan status Masjid Aya Sofya sebagai sebuah masjid menimbulkan banyak kritikan, khasnya daripada masyarakat antarabangsa.

Bagaimanapun semua itu tidak menjejaskan usaha kerajaan Turki.

Pada 10 Julai 2020, Masjid Aya Sofya kembali diisytiharkan sebagai sebuah masjid selepas Erdogan menandatangani dekri pertukarannya, walaupun berdepan pelbagai jenis bantahan daripada dalam dan luar negara.
 
Last edited:
Sponsored Post

hiduprakyat

Fun Poster
Joined
Dec 6, 2010
Messages
639
Reaction score
47
Points
20
Status Hagia Sophia sebagai muzium dibatalkan

762810.jpg


ANKARA - Sebuah Mahkamah Tinggi di Turki hari ini membatalkan status muzium Hagia Sophia yang didirikan ketika era pemerintahan Empayar Byzantine pada abad keenam.

Agensi berita Anadolu melaporkan keputusan itu bakal menyaksikan tinggalan sejarah unik yang asalnya adalah sebuah katedral itu akan kembali menjadi masjid.

Difahamkan, keputusan itu dibuat Majlis Negara yang membahaskan kes difailkan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NGO) tempatan.

Ia sekaligus membatalkan keputusan Kabinet pada 1934 yang menjadikan ia sebagai muzium setahun selepas itu.

Terdahulu, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memberi amaran kepada Ankara supaya tidak menukar status Hagia Sophia di Istanbul menjadi masjid dan turut menggesa dialog diadakan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Rancangan untuk menukar Hagia Sophia sebagai masjid turut mencetuskan kemarahan penganut Kristian dan memburukkan lagi konflik antara Turki dan Greece yang memantau tinggalan sejarah Byzantine di Ankara. - AFP


== sinar harian
 

hiduprakyat

Fun Poster
Joined
Dec 6, 2010
Messages
639
Reaction score
47
Points
20
Lambang Kristian di Hagia Sophia dikekalkan

SOLAT pertama di Hagia Sophia akan dilaksanakan pada 24 Julai nanti. FOTO AFP


ISTANBUL: Hagia Sophia akan dibuka kepada pelawat di luar waktu solat dan lambang Kristian akan dikekalkan.
Status mercu tanda Istanbul itu yang sebelum ini dijadikan muzium diubah pada Jumaat lalu dan kini diuruskan pihak berkuasa agama, Diyanet.

Keputusan berkenaan mengundang reaksi kurang senang dari kerajaan Barat, Rusia dan pemimpin Kristian dengan Pope Francis menyatakan ia 'terlalu kecewa'.

Hagia Sophia berfungsi sebagai katedral selama hampir 1,000 tahun sebelum dijadikan masjid pada 1453 dan kemudiannya muzium.

Diyanet dalam kenyataan berkata, lambang Kristian di Hagia Sophia disifatkan sebagai 'bukan halangan ke atas syarat sah solat'.
"Lambang itu akan ditutup dengan cara yang sepatutnya pada waktu solat.

"Tiada juga halangan daripada pandangan agama untuk Masjid Hagia Sophia dibuka kepada pelawat di luar waktu solat," katanya.

Hagia Sophia, tarikan utama pelancong, menjadi lokasi pelbagai aktiviti berkaitan Islam sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada 2018, Presiden Recep Tayyip Erdogan membacakan sepotong ayat Quran di bangunan itu.

Erdogan berkata, solat pertama di Hagia Sophia akan dilaksanakan pada 24 Julai nanti dan menegaskan bahawa bangunan itu tetap dibuka kepada semua pelawat, termasuk bukan Muslim.


== hmetro
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,553
Reaction score
940
Points
171
terbaik la turki... palestin leh dia org tarah2.... rasa kan yg ni
 

hiduprakyat

Fun Poster
Joined
Dec 6, 2010
Messages
639
Reaction score
47
Points
20
Persiapan terakhir untuk solat Jumaat di Masjid Haghia Sofia

110318750_341804540553897_6448296183807609963_n.jpg


109731210_341804570553894_820811540406758736_n.jpg


109788908_341804597220558_1565202677590216274_n.jpg


116007627_341804660553885_8792301658714190497_n.jpg


Pada hari Jumaat ini 3 Zulhijjah 1441 H ( 24 Julai 2020 ), akan tercipta satu lagi sejarah bagi umat Islam Turki dan umat Islam seluruh dunia, apabila sembahyang Jumaat diadakan dalam Masjid Aya Sofea setelah lebih 85 tahun tidak dilakukan.

Sembahyang Jumaat pertama kali diadakan dalam masjid yang bersejarah itu pada tahun tahun 1453 setelah Konstantinopel ditakluk Sultan Muhamad al Fateh.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan, siapakah selayaknya menjadi imam.

Setelah Sultan Muhamad al Fateh berbincang dengan gurunya Syeikh Shamsuddin al Wali, maka baginda memerintahkan semua tenteranya berdiri lalu berkata.

"Siapa di antara kamu yang sejak balig hingga saat ini pernah tinggalkan sembahyang fardu, sila duduk."

Tidak ada seorang pun yang duduk. Ertinya semua tentera Uthmaniah yang menakluk Konstantinopel tidak pernah tinggalkan solat fardu sejak baliq.

Kemudian Sultan Muhamad al Fateh berkata lagi," Siapa di antara kamu yang pernah tinggalkan sembahyang sunat rawatib, sila duduk."

Maka sebahagian dari pasukan tenteranya duduk dan sebahagian lagi masih berdiri. Kemudian Sultan Muhamad al Fateh berkata lagi.

"Siapa di antara kamu yang masih berdiri ini sejak balig hingga kini pernah tinggalkan solat tahajud."

Maka semua tentera duduk kecuali seorang iaitu Sultan Muhamad al Fateh. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardu, solat sunat Rawatib dan solat sunat Tahajud sejak baliq.

Pada hari Jumaat 24 Julai 2020 ini siapa agaknya yang menjadi imam solat Jumaat di Masjid Aya Sofea?. Mungkinkah Recip Tayyip Erdogan sendiri yang menjadi imamnya ?.

Beliau memang layak menjadi imam kerana selain baik bacaannya, beliau juga pernah menuntut di sekolah tahfiz.

Dan paling penting semasa beliau jadi Presiden Turki Aya Sofea ditukar semula menjadi masjid.


== Majlis Ilmu
 

hiduprakyat

Fun Poster
Joined
Dec 6, 2010
Messages
639
Reaction score
47
Points
20
Hagia Sophia: Ahlan wa sahlan jemaah Jumaat

24072020-39-1-hagiaSOPHIA-pix3.jpg


ISTANBUL: Hari ini, Hagia Sophia akan menjadi tumpuan dunia apabila dibuka secara rasmi buat pertama kalinya untuk umat Islam mengerjakan solat selepas 86 tahun ‘ditutup’ ekoran ditukar statusnya kepada muzium oleh presiden pertama Turki, Mustafa Kemal Ataturk.

Hurriyet Daily melaporkan, solat Jumaat pertama akan diadakan di Hagia Sophia dengan pemerintah Turki mengundang pemimpin asing menghadiri pembukaan tersebut.

Kira-kira 1,000 ke 1,500 jemaah bakal menunaikan solat Jumaat dengan khutbah dibacakan Ketua Pengarah Hal Ehwal Agama (Diyanet), Ali Erbas.

Pihak berkuasa menetapkan beberapa langkah atau prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid-19 termasuk mewajibkan pemakaian pelitup hidung dan mulut manakala sejadah disediakan oleh pihak masjid.

Selain Presiden Recep Tayyip Erdogan, pemimpin parti pembangkang, Parti Nasionalis Turki (MHP), Devlet Bahceli selain anggota kerajaan daripada Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dijangka menunaikan solat Jumaat.

Pemimpin-pemimpin daripada pelbagai negara juga diundang ke Hagia Sophia dengan ketua-ketua negara dari Azerbaijan serta Qatar mengesahkan kehadiran.

Pada 19 Julai lalu, Erdogan menziarahi Hagia Sophia bagi meninjau persiapan pembukaan ‘muzium’ itu kepada masjid.

Dalam lawatan itu, beliau membuat penilaian mengenai kerja-kerja menukar status Hagia Sophia kepada masjid sebelum umat Islam dibenarkan mengerjakan solat di dalamnya.

Menurut pihak berkuasa, beberapa elemen gereja pada dinding akan ditutup dengan tirai ketika waktu solat.

Mekanisme tirai yang dipasang menyamai SOP industri iaitu tidak menggunakan paku bagi menjaga elemen sejarah.

Permaidani yang akan digunakan di Hagia Sophia pula dihasilkan di kilang dekat wilayah barat Manisa.

Permaidani itu membawa motif era abad ke-17 empayar Uthmaniah.

Ketika Empayar Rom Timur pada kurun keenam, Hagia Sophia dibina sebagai gereja dan kemudiannya ditukar menjadi masjid selepas penaklukan Empayar Uthmaniyah pada 1453.

Namun pada 1935, status Hagia Sophia ditukar pula sebagai muzium oleh Mustafa Kemal.

Langkah itu diambil bagi menjadikan Istanbul sebagai negara sekular dan lebih moden.

Sehingga pada awal bulan ini, Hagia Sophia akhirnya dimuktamadkan kembali sebagai masjid selepas mahkamah Turki membatalkan keputusan Majlis Menteri bertarikh 24 November 1934 mengenai penukaran bangunan itu.


== UTUSAN ONLINE
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 17, 2007
Messages
5,612
Reaction score
1,102
Points
151
Hagia Sophia: Ahlan wa sahlan jemaah Jumaat

View attachment 263176

ISTANBUL: Hari ini, Hagia Sophia akan menjadi tumpuan dunia apabila dibuka secara rasmi buat pertama kalinya untuk umat Islam mengerjakan solat selepas 86 tahun ‘ditutup’ ekoran ditukar statusnya kepada muzium oleh presiden pertama Turki, Mustafa Kemal Ataturk.

Hurriyet Daily melaporkan, solat Jumaat pertama akan diadakan di Hagia Sophia dengan pemerintah Turki mengundang pemimpin asing menghadiri pembukaan tersebut.

Kira-kira 1,000 ke 1,500 jemaah bakal menunaikan solat Jumaat dengan khutbah dibacakan Ketua Pengarah Hal Ehwal Agama (Diyanet), Ali Erbas.

Pihak berkuasa menetapkan beberapa langkah atau prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid-19 termasuk mewajibkan pemakaian pelitup hidung dan mulut manakala sejadah disediakan oleh pihak masjid.

Selain Presiden Recep Tayyip Erdogan, pemimpin parti pembangkang, Parti Nasionalis Turki (MHP), Devlet Bahceli selain anggota kerajaan daripada Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dijangka menunaikan solat Jumaat.

Pemimpin-pemimpin daripada pelbagai negara juga diundang ke Hagia Sophia dengan ketua-ketua negara dari Azerbaijan serta Qatar mengesahkan kehadiran.

Pada 19 Julai lalu, Erdogan menziarahi Hagia Sophia bagi meninjau persiapan pembukaan ‘muzium’ itu kepada masjid.

Dalam lawatan itu, beliau membuat penilaian mengenai kerja-kerja menukar status Hagia Sophia kepada masjid sebelum umat Islam dibenarkan mengerjakan solat di dalamnya.

Menurut pihak berkuasa, beberapa elemen gereja pada dinding akan ditutup dengan tirai ketika waktu solat.

Mekanisme tirai yang dipasang menyamai SOP industri iaitu tidak menggunakan paku bagi menjaga elemen sejarah.

Permaidani yang akan digunakan di Hagia Sophia pula dihasilkan di kilang dekat wilayah barat Manisa.

Permaidani itu membawa motif era abad ke-17 empayar Uthmaniah.

Ketika Empayar Rom Timur pada kurun keenam, Hagia Sophia dibina sebagai gereja dan kemudiannya ditukar menjadi masjid selepas penaklukan Empayar Uthmaniyah pada 1453.

Namun pada 1935, status Hagia Sophia ditukar pula sebagai muzium oleh Mustafa Kemal.

Langkah itu diambil bagi menjadikan Istanbul sebagai negara sekular dan lebih moden.

Sehingga pada awal bulan ini, Hagia Sophia akhirnya dimuktamadkan kembali sebagai masjid selepas mahkamah Turki membatalkan keputusan Majlis Menteri bertarikh 24 November 1934 mengenai penukaran bangunan itu.


== UTUSAN ONLINE
terbaekkk
Masjid atau kuil atau gereja yg apabila penganut nya pun tak mau meramaikan

memang patut di jdkan di berikan kpd
lebih memerlukan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register