sejarah bas mengusik kenangan(MARA)

CG Sponsors




-RIZUAN-

CG Top Poster Club
Joined
Mar 5, 2008
Messages
20,958
Reaction score
639
Points
161
lama rasa tk post artikel2 sejarah ni..jom kita tgk perjalanan bas yg mgkn mengusik kenangan kita satu masa dulu..
lupakan sebentar pada sesiapa yg ada loan MARA tu...kita santai2 dgn sejarah bas plak:)


1)kisah ekspress MARA
Khas untuk bekas anak-anak rantau di perantauan di penghujung tahun 1970-an dan di awal 1980-an yang pernah menggunakan perkhidmatannya pastinya tidak pernah lupa kepada bas MARA ekspress seperti yang tertera di dalam gambar ini. Pada waktu itu bas-bas ekspress tidaklah banyak seperti sekarang apatah lagi yang dua tingkat, memang tidak pernah dibayangkan lagi pada waktu itu.

Sungguh berlainan dengan sekarang di mana Konsortium Transnasional Berhad dengan rangkaian Nice, Plusliner, Cityliner dan Transnasionalnya, Konsortium Bas Ekspress Semenanjung, Firstcoach dan sebagainya yang telah membanjiri jalan raya dan lebuhraya-lebuhraya kita di mana menyaksikan kadar kemalangan yang melibatkan bas-bas ekspress juga turut meningkat. Kalau dahulu hendak mendengarkan sebuah bas masuk parit pun susah...


(Keratan berita mengenai MARA Ekspress yang telah diambil daripada sebuah majalah keluaran tahun 1978).


Untuk pengetahuan, bas MARA ekspress ini merupakan pengangkutan jarak jauh yang utama pada waktu itu sama ada untuk ke selatan (Singapura), utara (Alor Setar) mahupun timur (Kota Bharu) dari Kuala Lumpur. Bas ini berwarna putih dan bercermin gelap serta berlangsir, ia boleh membawa penumpang sekitar 35 orang dan sudah tentunya mempunyai penghawa dingin yang dikira sudah cukup canggih pada waktu itu.<br>

Di saat bas-bas berhawa dingin mula diperkenalkan, boleh dikatakan hampir kesemua bas yang mempunyai pendingin hawa akan meletakkan pelekat "Berhawa Dingin" pada bas masing-masing untuk pengetahuan dan tarikan bakal penumpang. Sememangnya hawa dingin itu pun sudah cukup untuk menjadikannya sesuatu yang sungguh istimewa pada waktu itu.

Dengan modal berbayar yang mencecah hampir RM5 juta nilainya pada waktu itu telah menjadikan MARA ekspress ini merupakan perkhidmatan pengangkutan utama yang menjadi pilihan pengguna pada waktu itu.


Adalah difahamkan bas jenama Mercedes ini adalah yang tercanggih pada waktu itu kerana memiliki sistem suspensi yang sungguh selesa. Sesuatu yang istimewa di dalam bas MARA ekspress ini ialah ia mempunyai tandas di dalam bas seperti dalam kapal terbang kerana ia mungkin telah dicipta untuk perjalanan jarak jauh.


Untuk pengetahuan, bas-bas yang mempunyai tandas ini pernah popular suatu ketika dahulu di era 1980-an di mana belum lagi tercipta lebuhraya-lebuhraya yang telah memendekkan sesuatu perjalanan. Pernah di suatu ketika bas ini juga turut mempunyai pramugari.


Penumpang juga turut disediakan dengan selimut dan tisu lembab sepanjang perjalanan untuk keselesaan.Kisah tisu lembab ini juga telah turut mengisahkan satu cerita lawak apabila seorang makcik yang mengunyahnya dengan selamba kerana sangkanya ia adalah makanan ringan yang disediakan oleh pihak bas...:">:">Penggunaan selimut terutama pada perjalanan di waktu malam sungguh menyelesakan tetapi malangnya ramai penumpang yang telah menyalahgunakan selimut itu dengan menjadikannya sebagai pengelap kasut... He.. he..



2)kisah 2,berkenaan bas2 MARA kampung-bandar


Bila disebut sahaja "Bas MARA" ini maka teringatlah juga kita di zaman kanak-kanak dahulu di mana bas MARA merupakan pengangkutan awam yang utama semasa di kampung. Basnya kontot sahaja, berwarna merah dan berjenama "Seddon". Apa yang istimewanya ialah pemandunya yang juga merangkap 'kolet' (tukang kutip tambang) dan boleh singgah dirumahnya untuk makan tengah hari.

Pemandunya juga sungguh segak dengan pakaian batik berwarna biru. Apa yang sungguh menarik pada waktu ialah terdapat tangga di belakang bas untuk naik ke bumbungnya, memang teringin sungguh untuk memanjatnya sampai ke atas... He.. he..

Kepada mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan bas MARA ini semuanya kini hanyalah tinggal kenangan kerana putaran waktu telah melihatkan kehadiran bas-bas yang lebih canggih dan perkhidmatan yang lebih selesa pada hari ini. Perkhidmatan bas MARA ini juga telah diberi penjenamaan semula dengan dikenali sebagai Mara Liner.

Kita lihat serba sedikit mengenai sejarah penubuhan Syarikat MARA Express Sdn. Bhd. ini:

Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melihat lebih ramai lagi bumiputra berkecimpung dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Galakan dan bantuan sentiasa diberikan bagi membolehkan mereka mengambil bahagian yang cergas dalam kedua-dua lapangan itu.

Di samping menggalakkan penubuhan syarikat-syarikat perniagaan persendirian, kerajaan melalui berbagai badan dan agensi, telah menubuhkan beberapa buah syarikat yang apabila sudah berjalan dengan baik, kukuh dan menguntungkan akan diserahkan, atau sebahagian sahamnya akan dijual kepada orang ramai, terutama bumiputra.

Sesuai dengan semangat ini, Syarikat MARA Express Sdn. Bhd. akan menjual 40 peratus dari sahamnya kepada orang ramai mulai dari 31 Ogos akan datang.Mara Ekspress adalah sebuah anak syarikat MARA yang ditubuhkan dalam tahun 1969 khas untuk mengadakan perkhidmatan bas jarak jauh.Modal yang dibayar syarikat tersebut sekarang ialah $3.9 juta dan ini akan dinaikkan menjadi $5 juta.
Berikutan dengan itu, $2 juta dari modal yang dibayar yang dinaikkan itu nanti, akan dijual kepada orang ramai.
Satu prospektus mengenai penjualan saham-saham untuk orang ramai seperti yang dikehendaki oleh Akta Syarikat, akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Keutamaan akan diberikan kepada syarikat-syarikat kenderaan bumiputra, syarikat-syarikat kerjasama serta pekerja-pekerja kenderaan.Syarikat itu sekarang mempunyai 70 buah bas, ada yang berhawa dingin ada yang tidak.Setakat ini, syarikat itu mengadakan perkhidmatan terus Kuala Lumpur Alor Setar, Kuala Lumpur Singapura, Kuala Lumpur Kota Baharu dan lain-lain.
Perkhidmatan bas ke tempat-tempat itu diadakan siang dan malam. Selalunya tambang untuk bas untuk tanpa hawa dingin kurang sedikit dari yang berhawa dingin.






Datuk Pang Tet Tshung, Menteri Perhubungan & Kerja Raya dalam kerajaan pimpinan Datuk Peter Lo, merasmikan pelancaran perkhidmatan bas di antara Kota Kinabalu dan Papar oleh MARA.















 
Sponsored Post

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,837
Points
196
Sekarang susah dah nak jumpa bas MARA lagi... semua rasanya macam Rapid dah ambil alih rasanya...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,904
Reaction score
21,015
Points
1,671
mara liner ade lg hari2 masuk laluan kg aku ni
 

-RIZUAN-

CG Top Poster Club
Joined
Mar 5, 2008
Messages
20,958
Reaction score
639
Points
161
Sekarang susah dah nak jumpa bas MARA lagi... semua rasanya macam Rapid dah ambil alih rasanya...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
bandar2 kecik byk lg boss..cuma bas2 dh dinaiktaraf..boleh kata pengangkutan rasmi org2 kg/Felda pada satu masa dulu..skang pun masih ada yg guna cuma disebabkan ramai dh mampu pkai kereta dan perkhidmatan bas ni agak perlahan penumpangnya kekerapan perjalanan dikurangkan..dulu2 boleh kata setiap 1 jam mesti ada..sekarang ada yg 3 trip sehari jer pun:)
 

artichoke

Junior Member
Joined
Sep 11, 2012
Messages
63
Reaction score
5
Points
11





sapa2 orang alor setaq mesti dok ingat tempat nih...
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
kat tmpt aku mmg ada syarikat bas nie memrepair bas nie..

klau sblum2 tu mmg best naik bas nie....skg nie..aduhai suspensi teruk..tayar gelung...
 

-RIZUAN-

CG Top Poster Club
Joined
Mar 5, 2008
Messages
20,958
Reaction score
639
Points
161





sapa2 orang alor setaq mesti dok ingat tempat nih...
silap2 nangis mungkin ada kenangan manis/sedih berkaitan tempat tu...hehe

mcm aku plak tak sempat la bas2 gambar hitam putih tu..cuma bas2 speisis mcm di bawah ni..pkl 5.30 pagi dah terpacak nunggu tepi jalan...adessss..kenangan paling berharga
 

-RIZUAN-

CG Top Poster Club
Joined
Mar 5, 2008
Messages
20,958
Reaction score
639
Points
161
kat tmpt aku mmg ada syarikat bas nie memrepair bas nie..

klau sblum2 tu mmg best naik bas nie....skg nie..aduhai suspensi teruk..tayar gelung...
rindu gak yg bas ada bunyik2 besi mcm2 ni..haha
skang bas2 semua sonyap sopi jer...nak tido pun pikir 4 kali takut berkeruh:)):)):))



**den ni rasa dh dekat 10 tahun tk naik bas ni:):)
 

syahays

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2010
Messages
23,441
Reaction score
50
Points
120
lama da xnaik bas..
dulu bas MARA la bas paling penting nk bawak kuar dari kg..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register