BTC USD 62,775.4 Gold USD 4,336.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejam derita dalam tandas

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUANTAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun terpaksa menahan kesakitan hampir sejam apabila kaki kirinya tersangkut sehingga paras paha dalam mangkuk tandas di rumahnya di Taman Pelindung Maju di sini semalam.

Sewaktu kejadian pukul 11.40 pagi, Norlaila Sarah Marzuki yang mengidap autisme sedang dimandikan dan ditinggalkan seketika oleh ibunya yang mengambil tuala mandi.

Ibunya, Norhaya Japar (gambar), 39, terkejut mendengar suara anaknya menangis dan mendapati Norlaila sudah terduduk di atas mangkuk tandas.

Dalam keadaan panik, dia cuba menarik keluar kaki anaknya itu tetapi gagal dan terpaksa mendapatkan bantuan.

Sepasukan enam anggota Bomba dan Penyelamat Kuantan dan beberapa kakitangan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) tiba pada kira-kira pukul 12 tengah hari untuk membantu.

Usaha mereka menyapu minyak masak pada kaki mangsa untuk memudahkan ia ditarik keluar juga gagal.

Kaki kanak-kanak itu akhirnya berjaya dikeluarkan pada kira-kira pukul 1 petang selepas disapu dengan sejenis gel yang digunakan untuk rawatan kecemasan dalam ambulans.

Norhaya bersyukur kerana Norlaila tidak mengalami kecederaan teruk, cuma bengkak pada kakinya itu. Dia dibawa ke HTAA untuk rawatan.
 
maknyer pun satu...pi tinggal ank kecik dalam toilet tu watper...8 tahun pun bukan ble arap lagi..
 
Ingatkan ada org buang air keluar rotan tadi....
 
syukurlah ....kalau tidak ilang la kaki si kecil!
 
kesian budak tu...
bahaya biar anak dlm bilik air tanpa dipantau ibubapa...
 
dalam toilet pun kena buat risk assessment pulak lepas ni.. :">
 
Back
Top
Log in Register