BTC USD 35,829.4 Gold USD 1,816.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Segerakan penggantian Hawk tingkat keupayaan aset TUDM

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
29hawk_1638153015.jpg


Malaysia menerusi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memiliki dua jenis pesawat BAE Systems Hawk iaitu Hawk 108 bagi tujuan latihan dan Hawk 208 bagi tujuan pesawat tempur.
Hawk 108 M40 mula bersama TUDM sejak 1996 dan beroperasi sejak 26 tahun lalu hingga hari ini. Pesawat ini berjasa dalam melahirkan sejumlah besar juruterbang TUDM bagi tujuan latihan lanjutan dan digunakan sebagai pesawat pejuang ringan.

Ia mempunyai kebolehan gerakan atau 'maneuver' sangat baik. Walaupun tidak mampu mencapai kelajuan supersonik iaitu sekitar Mach 1.2 ke 5.0 ketika penerbangan mendatar, ia boleh mencapai Mach 1.2 ketika formasi menjunam dan membolehkan pengendali pesawat mengawal dalam keadaan transonik.
Beberapa pesawat Hawk 208 juga digunakan dalam serangan udara di tempat persembunyian kumpulan pengganas Sulu dan Borneo Utara di Lahad Datu di Sabah pada 2013.


Terkini pada 16 November lalu, sebuah pesawat pejuang Hawk 108 mengalami kemalangan di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth di Pulau Pinang sekitar jam 10.07 malam, mengakibatkan seorang juruterbang terkorban, manakala seorang lagi terselamat ketika melaksanakan latihan penerbangan malam.
Bagi mengenal pasti punca nahas dalam bidang aeronautik, cabang teknikal pesawat boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian utama iaitu struktur, aerodinamik, enjin pesawat, sistem avionik (sistem elektronik yang digunakan dalam penerbangan) dan sistem alat kawalan.

Misi ini akan dikoordinasikan pakar daripada bidang kejuruteraan forensik dengan tujuan meningkatkan prestasi atau hayat komponen, atau untuk membantu badan siasatan menentukan fakta kemalangan.Jika dilihat dari sudut struktur pesawat, kegagalan teknikal seperti 'fatigue' (kelesuan) rangka pesawat yang uzur disebabkan usia boleh menjadi punca nahas disebabkan oleh ketahanan struktur yangsemakin lemah.

Dalam sains bahan, kelesuan ialah tanda aras bagi permulaan dan penyebaran keretakan dalam sesuatu struktur akibat sesuatu beban yang berulang-ulang yang dipanggil 'cyclic load' (beban kitaran).
Dalam hal ini, beban terbabit merujuk kepada beban aerodinamik, iaitu interaksi sesebuah pesawat dengan udara yang dialirkan ke atas permukaan struktur berkenaan pada kelajuan yang dioperasikan.

Kelesuan boleh menyebabkan kewujudan permulaan keretakan bersaiz mikro dan kemudian menjalar sehingga patah akibat beban aerodinamik yang dikenakan. Hal ini turut bergantung kepada faktor komponen pesawat sekiranya terdapat isu kakisan bahan (karat) yang turut akan mengurangkan kekuatan struktur.
Maka, penggantian komponen diperlukan mengikut fasa kitaran masa bagi memastikan pesawat sentiasa diselenggara dan berada dalam keadaan yang baik.

Beberapa insiden kemalangan membabitkan pesawat Hawk 108 M40-02 boleh dikaji sepanjang ia dioperasikan sejak 1996. Kali terakhir pesawat pejuang dua tempat duduk dimiliki TUDM ini terhempas adalah pada 2017, di mana laporan oleh pasukan siasatan khas mendedahkan nahas berkenaan berpunca daripada kegagalan teknikal akibat masalah rangka pesawat.
Selain itu, kegagalan struktur dipanggil 'aeroelastic failure' (kegagalan aeroelastik) disebabkan interaksi beban aerodinamik boleh terjadi apabila sesebuah pesawat melepasi had kelajuan yang ditetapkan daripada fasa reka bentuk pesawat berkenaan, sehingga mengakibatkan getaran pada struktur badan atau sayap.

Dalam situasi ini, struktur pesawat berkenaan berada dalam keadaan tidak stabil apabila menerima tenaga dari luar yang disebabkan aliran udara, kemudian mengalami getaran dipanggil 'self-excitation' dan akhirnya gagal dari sudut ketahanan struktur lalu hancur.

Situasi kegagalan aeroelastik seperti ini boleh dirujuk kepada insiden kemalangan pesawat North American P-51D Mustang yang terhempas dan merempuh penonton semasa pertandingan udara Reno Air Races di Reno, Nevada, mengakibatkan juruterbang dan 10 yang lain terkorban.

Faktor cuaca ketika penerbangan juga diambil kira terutamanya bagi tujuan penerbangan malam yang lebih mencabar, bahkan boleh menjejaskan operasi pesawat dengan sangat ketara.
Awan rendah, kabus dan hujan mungkin menghalang penglihatan, manakala ribut petir dan kilat boleh menyebabkan gangguan serius ketika penerbangan berlangsung.
Sebagai contoh, pergolakan angin agresif dan tidak teratur dipanggil 'turbulence' antara fenomena persekitaran yang tidak dapat diramalkan juruterbang. Keadaan ini boleh menyebabkan pesawat hilang kawalan sekiranya ia muncul secara ekstrem dan menyebabkan kerosakan struktur.

Selain, itu faktor kesilapan teknikal juruterbang ketika mengendalikan pesawat turut perlu diambil kira bagi menganalisis punca nahas.
Kegagalan enjin pesawat pula boleh terjadi akibat beberapa faktor seperti masalah elektronik, limpahan atau tumpahan minyak pesawat dan beberapa faktor teknikal yang serius.
Misalnya, faktor kelesuan akibat beban haba tinggi dikeluarkan enjin pesawat secara berulang-ulang dikenali sebagai 'creep' boleh menyebabkan kewujudan awal keretakan pada dinding enjin pesawat yang dibuat menggunakan logam.

Perkara ini sangat kritikal untuk dikenal pasti bagi pesawat Hawk 108 yang menggunakan enjin turbofan, di mana bahan api bagi tujuan tujahan terbakar sehingga 2,000 darjah Celsius.
Takat suhu cair logam pada bahagian enjin turbofan adalah sekitar 1,300 darjah Celsius. Maka, sistem penyejukan khas diperlukan bagi merendahkan suhu sekitar enjin terbabit. Kegagalan sistem penyejukan ini berfungsi dengan baik boleh mengakibatkan kebakaran pada bahagian berkenaan.
Bagi pesawat komersial, beberapa insiden akibat serangan burung dipanggil 'birdstrike' menyebabkan kipas enjin hancur dan akhirnya terbakar kerana kedudukan enjin yang terdedah berbanding pesawat tempur.

Dalam hal berkenaan, pesawat BAE Systems Hawk ini dilihat beroperasi dalam jangka masa lama dan berkemungkinan sudah usang, ditambah pula, keperluan teknologi tinggi dan canggih dalam meningkatkan keberkesanan operasi dengan lebih efisien.

Oleh itu, perolehan pesawat tempur ringan (LCA) bagi menggantikan pesawat BAE Systems Hawk menerusi projek Fighter Lead In Trainer - Light Combat Aircraft (FLIT-LCA) harus dipercepatkan.
Ia penting bagi meningkatkan keupayaan aset menerusi Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP 55) dan melestarikan operasi TUDM berdasarkan hala tuju Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan seperti digariskan dalam dasar Kertas Putih Pertahanan.

Penulis adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Aeroangkasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,313
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,313
Reaction score
3,208
Points
261
Awards
1
AS, Singapura terus meningkatkan hubungan ketenteraan

WASHINGTON - Kerjasama pertahanan antara Singapura dan Amerika Syarikat berjalan dengan baik, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen pada Rabu (3 Nov), ketika AS mengulangi komitmennya untuk meneruskan latihan bersama dan latihan lain dengan Singapura.

Amerika dan Singapura akan bekerjasama untuk terus menubuhkan detasmen latihan jet pejuang Singapura yang akan datang di wilayah AS di Guam, yang akan bermula sekitar 2029.

AS juga akan membantu Singapura memindahkan armada pesawat pejuang F-16 dari Pangkalan Tentera Udara Luke, Arizona, ke Pangkalan Pengawal Kebangsaan Udara Ebbing di Fort Smith, Arkansas, satu langkah yang dijangka selesai pada Jun 2023.

Pemilihan Ebbing, yang juga akan menjadi tuan rumah jet pejuang F-35B generasi akan datang Singapura apabila mereka mula tiba pada 2026, diumumkan pada Jun.

"Kami sedang membuat persiapan," kata Dr Ng dalam temu bual dengan media Singapura pada hari Rabu, selepas pertemuannya dengan Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin. "Setiausaha Lloyd Austin memberi jaminannya, dan kami sangat berterima kasih untuk itu, bahawa mereka akan bersandar ke hadapan untuk membantu kami berpindah dari Luke."

Dr Ng menggelar langkah itu sebagai perkembangan yang baik untuk SAF, sambil menambah: "Ia memberi kami peluang latihan untuk dekad atau dekad akan datang."

Encik Austin, ketika berucap mengalu-alukan Dr Ng ke Pentagon, berkata bahawa kerjasama Singapura dan Amerika kekal penting untuk memelihara dan mengembangkan keselamatan dan kemakmuran rantau ini.

Encik Austin, yang melawat Singapura, Vietnam dan Filipina pada Julai, menyatakan bahawa lawatannya adalah salah satu daripada beberapa mesyuarat peringkat tinggi yang akan berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sambil menambah: "Semua ini menekankan betapa mendalamnya kami menghargai hubungan kami di Asia Tenggara dan kami. perkongsian dengan Singapura.”

"Negara kita telah berdiri bersama-sama antara satu sama lain melalui pelbagai cabaran, dan tahun lalu ini mengingatkan kita sekali lagi tentang kekuatan perkongsian kita."

Singapura, tambahnya, sentiasa menjadi rakan kongsi AS yang kuat, bersedia dan bersedia dalam cabaran keselamatan global.

Dalam satu kenyataan pada hari Rabu, Jabatan Pertahanan AS berkata Dr Ng dan Encik Austin "bersetuju untuk memajukan beberapa inisiatif yang akan memastikan perkongsian dua hala diwujudkan untuk menangani cabaran baharu dan baru muncul".

Ini termasuk bekerjasama dengan Singapura untuk menyokong pemulihan rantau ini daripada wabak itu, dan untuk mengukuhkan kerjasama keselamatan siber antara AS dan Singapura.

Mereka juga bersetuju untuk memudahkan peluang latihan gabungan mewah di udara dan laut, dan meningkatkan operasi postur pasukan gabungan di Indo-Pasifik, termasuk melalui aktiviti udara dan tentera laut AS di Singapura, kata Pentagon.

Ia menambah bahawa kedua-dua pemimpin mengulangi komitmen mereka untuk menyokong keselamatan, kestabilan, dan kemakmuran Indo-Pasifik, dan untuk membina kerjasama yang lebih baik "berdasarkan asas perkongsian kepentingan dan nilai bersama".

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register