BTC USD 100,478 Gold USD 2,714.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sediakan dana ‘one-off’ RM15b untuk atasi banjir di Kelantan - Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,556
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,556
Reaction score
6,646
Points
881
Awards
1
Sedia dana ‘one-off’ RM15b untuk atasi banjir

AZMI YUSOFNovember 6, 2024

Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) mencadangkan supaya kerajaan menyediakan dana besar secara ‘one-off’ sebanyak RM15 bilion bagi menangani masalah banjir negara secara menyeluruh.

- Advertisement -
Menurut beliau, bajet tahunan atau bajet RMK mungkin tidak mencukupi untuk menyelesaikan isu ini sepenuhnya.

“Sebagai contoh, Belanda terpaksa membuat pinjaman dengan negara Eropah untuk menangani isu banjir.

“Saya berpendapat satu dana besar diperlukan untuk tujuan ini, seperti yang pernah kita usulkan dahulu. Ini mungkin penyelesaian total kepada masalah banjir negara,” katanya ketika mencelah pada sesi penggulungan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah berkata, kerajaan kini sedang mempertimbangkan kerjasama awam-swasta sebagai salah satu kaedah untuk melaksanakan projek mitigasi banjir.

Menurutnya, pendekatan ini boleh membantu menangani kekangan kewangan kerajaan dalam menyediakan dana untuk projek-projek berkaitan.

“Sebahagian daripada dasar ini telah diputuskan oleh kabinet dan kerjasama antara sektor awam dan swasta dilihat sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah banjir secara berkesan.

“Dengan penglibatan sektor swasta, kita dapat memperluaskan usaha menangani masalah banjir tanpa sepenuhnya bergantung kepada dana kerajaan,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 6/11/2024
 
Sponsored Post

kalo camgitu, tanya la kat negara2 Eropah .. kalo diorang boleh bantu Belanda, mesti diorang mampu bantu negara Kelantan 🤭

ko bukak kopiah tu sekejap perah otak cara untuk atasi banjir .. bukan selalu mintak bantuan banjir bongok ..
 
tu aku kata.. party kuat melalak.. habuk tak ada..jd kerajaan negeri senang hidup

dia lupe sape kerajaan pusat kot minta mcm zaman tebok atap 🤣😂🤣😂
 
tu aku kata.. party kuat melalak.. habuk tak ada..jd kerajaan negeri senang hidup

dia lupe sape kerajaan pusat kot minta mcm zaman tebok atap 🤣😂🤣😂
tajuk news bukan untik kelantan sahaja. untuk satu negara
theard starter sengaja provoke
 
IMG_5052.png

Mohon tuan @Sniper @Dann ubah tajuk
 
kalo camgitu, tanya la kat negara2 Eropah .. kalo diorang boleh bantu Belanda, mesti diorang mampu bantu negara Kelantan 🤭

ko bukak kopiah tu sekejap perah otak cara untuk atasi banjir .. bukan selalu mintak bantuan banjir bongok ..

tuan termakan fitnah
news ni bukan untuk kelantan sahaja, untuk satu negara
lain kali check sumber dahulu
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register