Sedia Lulus Lesen Sementara Niaga Depan Rumah, Hanya Pandu Lalu - EXCO

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
16.09.2020 - Shah Alam, Kerajaan Negeri akan membuka permohonan lesen sementara kepada peniaga bagi menjalankan perniagaan di hadapan rumah. EXCO pembangunan usahawan berkata inisiatif itu diluluskan pada Mesyuarat Exco dua minggu lalu membolehkan mereka berniaga tanpa perlu mencari lokasi lain khususnya di tepi jalan yang dibimbangi boleh mengganggu aliran trafik.

“Usaha ini untuk menggalakkan peniaga-peniaga tampil ke hadapan memohon lesen dan mematuhi beberapa peraturan seperti membuat suntikan (tifoid) jika menjual makanan serta mematuhi aspek kebersihan. “Lesen itu kita beri setahun dan perlu diperbaharui setiap tiga bulan untuk kita lihat mereka konsisten berniaga atau tidak. Mereka hanya dibenarkan berniaga secara pandu lalu sahaja,” kata Rodziah Ismail ketika Majlis Dialog Grow 2020 di Dewan Jubli Perak semalam.

Beliau menjelaskan menerusi insiatif ini juga peniaga yang konsisten berpeluang ditawarkan tempat yang lebih strategik bagi meneruskan perniagaan sekiranya berminat. Rodziah berkata pengumuman rasmi mengenai program ini akan dibuat Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari dalam masa terdekat.

rodziah-growth-960x540.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/09/exc...mentara-niaga-hadapan-rumah-hanya-pandu-lalu/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Selangor Dahului Negeri Lain Keluar Lesen Sementara Bantu Peniaga

24.11.2020 - Shah Alam, Kerajaan Negeri bertindak lebih pantas membantu rakyat menjalankan perniagaan melalui program lesen sementara. EXCO kerajaan tempatan berkata penerima lesen dibenarkan menjalankan operasi sehingga Disember tahun hadapan.

“Ketika ini pihak berkuasa tempatan (PBT) giat mengenal pasti tapak sesuai serta selamat bagi menempatkan lebih ramai peniaga. Tindakan ini lebih awal dari pelaksanaan zon bebas niaga sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kerajaan Negeri mengalu-alukan negeri lain mengikut jejak ini demi kepentingan penjaja,” kata Ng Sze Han kepada SelangorKini.

Selain lesen niaga sementara, beliau berkata pemberian bantuan sekali bayar RM500 turut dilakukan bagi menjaga kebajikan peniaga ketika berdepan pandemik Covid-19.

“Kerajaan juga mengecualikan bayaran fi lesen selama enam tahun berturut-turut termasuk tahun hadapan,” katanya.

Bermula Ogos lalu, PBT negeri ini bermula dari Majlis Bandaraya Shah Alam memberikan permit sementara kepada peniaga tidak berlesen dan ia membantu golongan berpendapatan rendah (B40) menjana pendapatan seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/selangor-dahului-negeri-lain-keluar-lesen-sementara-bantu-peniaga/
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,626
Reaction score
1,392
Points
201
Menarik.. flat tak tau la nak niaga mcm mane
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,112
Reaction score
1,992
Points
206
teresa kok xmangamuk pulak
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
^^ Selangor is Untouchable .. sape2 cakap apa2 pun kita buat masuk telinga kanan keluar telinga kiri :D
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,443
Reaction score
1,170
Points
201
kt area umah aku ni sejak Kl diwarta zon bebas niaga... selang 500meter akan ade penjaja... kalo lalu depan tasik permaisuri dah jd cam bazar ramadhan... bile pikir balik.. mase bulan pose bazar x bleh dibuka... skrg bile2 masa dorg leh niaga.. siap tukar2 menu jualan lg... hahahah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register