Sedekahkan Al-Fatihah(Petikan Harian Metro)Koma Sebelum Bertunang

CG Sponsors




djnaim

Fun Poster
Joined
Mar 15, 2008
Messages
471
Reaction score
7
Points
15
Salam semua.mintak sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara saya yang baru shj meninggal jam 12am Farhan Hussein Bin Talib (Al-Fatihah)

(kalau sapa rakan2 kat muar..dia ni anak kepada aruah pustaka hussein(kdai buku)

Hmetro
MUAR: “Macam pergaduhan dalam filem koboi,” kata seorang saksi menceritakan kejadian seorang peniaga parah selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata tajam, termasuk pedang dipercayai berebut seorang gadis di kedai buku, di Jalan Abdullah di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.40 malam itu, Farhan Hussein, 28, sepatutnya melangsungkan pertunangan minggu ini dengan gadis menjadi rebutan antaranya dengan seorang daripada enam penyerangnya, termasuk tiga beradik.

Dia mengalami pendarahan otak akibat dipukul dengan objek tajam.

Mangsa dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan dilaporkan koma.

Saksi berusia 50-an yang enggan dikenali itu, berkata dia sekeluarga kebetulan berada dalam kereta berhampiran tempat kejadian.

“Saya terkejut melihat kejadian itu manakala isteri yang berada di tempat duduk penumpang kereta menggigil ketakutan kerana kali pertama menyaksikan pergaduhan.

“Keadaan kelam-kabut seketika dan kami nampak mangsa cedera parah cuba melarikan diri menuju ke deretan kedai bersebelahan tetapi tidak sempat sebelum terjatuh di jalan raya,” katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa berada di kedai buku milik keluarganya bersama dua rakan sebelum tiga kereta dinaiki enam lelaki, termasuk tiga beradik berhenti lalu keluar menyerang mereka dengan senjata tajam, termasuk pedang.

Ketiga-tiga mangsa cuba menyelamatkan diri dengan Farhan melintas jalan menuju ke deretan bangunan bersebelahan tetapi tidak sempat sebelum terjatuh di tepi jalan raya dalam keadaan berlumuran darah.

Difahamkan, mangsa anak kedua daripada 11 beradik sudah membuat persiapan majlis pertunangan dengan wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata keenam-enam lelaki dipercayai dari Melaka itu menaiki tiga kereta sebelum menyerang mangsa.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah dihantar ke HPSF disahkan mengalami pendarahan otak sebelum dipindahkan ke HSA dan dalam keadaan koma.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dengan lelaki yang menyerangnya pernah berselisih faham dalam satu kejadian di Melaka kerana seorang wanita yang juga bakal tunangnya.

Susulan daripada pergaduhan itu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Muar melancarkan operasi dengan dibantu JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

“Enam lelaki berusia antara 21 hingga 28 tahun, termasuk tiga beradik ditahan di Bachang dan Malim, Melaka, antara jam 5.30 hingga 6.15 pagi tadi (semalam). Mereka ditahan reman tujuh hari sehingga 30 November ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Sementara itu, tinjauan di HSA petang semalam mendapati kira-kira 20 ahli keluarga mangsa, termasuk seorang wanita dalam usia lingkungan 20-an dipercayai bakal tunangnya berkumpul melawat Farhan.

Wanita itu kelihatan menangis teresak-esak sebelum ditenangkan ahli keluarga mangsa.

Beberapa ahli keluarga mangsa enggan ditemu-bual tetapi mengesahkan persiapan pertunangan sudah lengkap sebelum menanti hari ditetapkan menghantar rombongan ke rumah bakal tunangnya.
 
Last edited:
Sponsored Post

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
65
al-fatihah...

takziah buat keluarga arwah...
 

intan_q77

Junior Member
Joined
Aug 14, 2008
Messages
99
Reaction score
0
Points
6
al fatihah..semoga arwah ditempatkan bersama golongan2 hamba2 yang dikasihi...amin.......
 

old_code

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Oct 12, 2006
Messages
3,814
Reaction score
69
Points
30
al fatihah....

Innalillah hiwainnahirajiun...
 

haQ

Active+ Member
Joined
Jan 28, 2006
Messages
3,237
Reaction score
55
Points
35
tumpang skali, kawan aku punya bapak meninggal tadi..

Hj Mokhtar, Sg Petani Kedah..alfatihah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register