BTC USD 118,359 Gold USD 3,350.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sebabkan Kematian : Pemandu Lori Terlepas Hukuman Gantung, Dipenjara Tiga Tahun

Md Hanif

Active+ Member
Messages
4,666
Joined
Jun 13, 2023
Messages
4,666
Reaction score
219
Points
38
5cf981137f8e97274303b3791adf9bf45e3a410945855


Seorang pemandu lori terlepas hukuman gantung selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian bapanya tanpa niat pada 2023.

Hakim Datin Rohani Ismail menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap K P Niruben, 28, bermula dari tarikh tangkap pada 5 Ogos 2023, setelah mengambil kira fakta pemberat dan rayuan mitigasi dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan.

“Kamu (tertuduh) boleh bersabar, kalau ada apa-apa jangan membuat tindakan melulu seperti itu, kamu bernasib baik kerana kes tidak diteruskan dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum gantung sampai mati, jadi hati-hati,” katanya.

Niruben sebelum ini didakwa atas tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 dan 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, perlu juga dikenakan sebat tidak kurang 12 kali, jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menyebabkan kematian terhadap K K Paramasivan, 51, dengan mengetahui perbuatan itu mungkin menyebabkan kematian di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 12.20 tengah malam hingga 1.10 pagi di sebuah rumah di Kota Lukut, Port Dickson pada 5 Ogos 2023.

Terdahulu, peguam S Paul Krishnaraja yang mewakili tertuduh memohon hukuman penjara paling minimum, mengambil kira tertuduh merupakan pemandu lori dan terpaksa menjaga ibu dan adik selain telah insaf semasa berada dalam tempoh reman.

“Mangsa merupakan bapa tertuduh dan pada hari kejadian, mangsa dalam keadaan amat mabuk dan telah bergaduh dengan ibu tertuduh, selain menggunakan kata-kata kesat yang kejadian itu sering berlaku, tertuduh cuba menghentikan perkara itu.

“Mangsa yang memulakan pergaduhan menggunakan kayu dan barang lain terhadap tertuduh, akibat perbuatan itu, tertuduh mengalami kecederaan di bahagian kepala, jadi berdasarkan fakta kes, semua berpunca daripada tindakan mangsa,” katanya.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register