BTC USD 62,284.7 Gold USD 1,764.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sebab Subsidi Diselaraskan - Kadar kemiskinan turun kepada 3.6 peratus

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan secara komprehensif oleh pihak kerajaan sejak 1970 sehingga sekarang telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dari hampir 50 peratus kepada 3.6 peratus.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (gambar) berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada usaha kerajaan melalui tiga bidang utama iaitu agropolitan, pendidikan dan keusahawanan.

Beliau berkata, selain itu program pembasmian kemiskinan turut dilakukan dalam bentuk pemberian bantuan serta penyediaan kemudahan terutama infrastruktur asas.

''Dalam program agropolitan, kementerian telah menjalankan beberapa projek pertanian dengan tujuan meningkatkan pendapatan mereka.

''Antaranya projek agropolitan Gahai di Kuala Lipis apabila para peserta berjaya meningkatkan pendapatan mereka daripada RM500 kepada RM1,700 hingga RM2,500 sebulan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd. Shafie berkata, peningkatan pendapatan itu adalah adalah hasil daripada penglibatan mereka dengan penanaman getah dan nanas.

''Lebih menarik lagi para peserta juga diberi saham bagi tanaman getah yang membolehkan mereka menerima dividen tahunan jika projek tersebut memberi keuntungan," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, buat masa ini pihak kementerian sedang melaksanakan empat lagi projek agropolitan bagi mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar dan membasmi kemiskinan tegar menjelang 2010.

Melalui medium pendidikan, beliau berkata, daripada 30,345 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara, 70 peratus daripadanya merupakan pelajar luar bandar yang datang daripada keluarga miskin.

''Di peringkat pengajian tinggi pula daripada 53,000 pelajar yang sedang ditaja oleh Mara, 46,000 adalah pelajar dalam negeri dan 7,000 belajar di luar negara terdiri daripada anak-anak luar bandar.

''Pihak kementerian juga menganjurkan pelbagai program keusahawanan menerusi agensi Mara yang kumpulan sasarnya adalah mereka yang tersenarai di dalam e-Kasih," katanya.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register