dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120
SEPERTI yang dijangka, sambutan peminat terhadap Konsert Search Live In Istana Budaya amat memberangsangkan apabila 80 peratus tiket persembahan itu sudah pun terjual.
Lebih menarik, difahamkan tiket bukan sahaja terjual kepada peminat tempatan, malah penyokong tegar Search dari negara luar seperti Indonesia, Singapura dan Brunei turut merebut peluang untuk menyaksikan kumpulan kesayangan mereka bermula 4 Disember ini.
Mengulas lanjut mengenai konsert itu, vokalisnya, Amy Search menjanjikan persembahan yang berbeza buat peminat mereka.
“Untuk persembahan konsert kali ini, persembahan akan dijalankan lebih kurang dalam masa dua jam di mana kami akan menyampaikan sebanyak 20 buah lagu di mana salah satu lagu yang saya akan sampaikan buat kali pertama adalah Kejora Bersatu.
"Selain itu, kami mencari kelainan dengan memilih pemain cello yang menggelarkan diri sebagai ‘Paladin’ untuk berada bersama kami di pentas.
“Kami yakin persembahan kali ini akan menjadi sesuatu yang luar biasa dan mengharapkan peminat akan terhibur,” katanya yang bakal menyampaikan lagu ‘Kejora Bersatu’ buat pertama kalinya.
Demi memastikan perjalanan konsert berjalan dengan lancar, persiapan konsert dari segi sesi latihan telah dijalankan sejak sebulan lalu di Studio 9 Production, di Petaling Jaya.
Biarpun teruja untuk beraksi, kesemua anggotanya Nasir, Nordin dan Kid juga tidak lupa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik.
Menganggap persembahan ini sebagai mimpi menjadi kenyataan, pemain bass Search, Nasir memberitahu persembahan tersebut bakal memberi kepuasan kepada peminat yang sudah lama menantikan kemunculan mereka.
“Kami amat berbesar hati dengan tawaran ini dan mahu buat yang terbaik dengan cara kami yang tersendiri.
“Apa yang penting, kami mahu tonjolkan muzik Search sendiri sebagai pengubat rindu peminat kami.
“Kami amat berharap, peminat semua akan ambil peluang ini menikmati hiburan dalam suasana yang berbeza kerana inilah kali pertama kami beraksi di pentas Istana Budaya,” katanya teruja.
Buat peminat yang masih belum mendapatkan tiket persembahan Search berskala besar ini, anda bolehlah dapatkannya di www.ticketpro.com.my sekarang.
http://www.cari.gold/2014/12/search-janji-persembahan-berbeza.html