Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 61,100
Top Poster #1
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 61,100
- Reaction score
- 6,772
- Points
- 916
- Awards
- 1
Semua orang bercakap tentang AI hari ini. Google sebagai syarikat gergasi IT pastinya tidak ketinggalan. Sejak 3 bulan lalu, Google telah mula menguji SGE (Search Generative Experience) di mana AI akan membantu anda mendapatkan maklumat dengan lebih mudah ketika membuat carian melalui Google.
Semacam ChatGPT tetapi versi live ketika membuat carian melalui Google. Antara ciri-ciri baharu diperkenal adalah seperti di bawah. Kalau anda ingat, ia sebenarnya lebih kurang dengan apa ditawarkan Bing sekarang.
Semacam ChatGPT tetapi versi live ketika membuat carian melalui Google. Antara ciri-ciri baharu diperkenal adalah seperti di bawah. Kalau anda ingat, ia sebenarnya lebih kurang dengan apa ditawarkan Bing sekarang.
Definisi perkataan
Ketika anda sedang membuat kajian tentang satu-satu topik, anda mungkin akan jumpa perkataan, terma atau istilah yang tidak kenal. Dengan SGE, anda boleh letak cursor pada perkataan tersebut tanpa perlu klik dan ia akan memaparkan definisi serta rajah/gambar berkaitan topik tersebut. Misalnya, perkataan "proton" ketika anda buat carian tentang jadual berkala unsur.
Pengaturcaraan
Selepas 3 bulan dilancarkan, SGE kini mampu memahami dan debug kod pengaturcaraan (programming). Dengan ini, anda boleh dapatkan bantuan, cadangan snippet dan lain-lain. Segmen kod juga mempunyai kod warna supaya mudah pengguna untuk mengesan elemen-elemen berasingan dalam kod. Mudah kata, anda boleh minta bantuan Google untuk lihat apa kesalahan dalam kod anda. Namun, saya rasa ia masih belum secanggih ChatGPT.
Ringkasan kandungan yang panjang
Sebuah ciri dinamakan "SGE while browsing" kini tersedia dalam aplikasi Google di Android dan iOS. Dengan ciri ini, ia akan ringkaskan kandungan halaman tersebut kepada beberapa point. Untuk laman web yang disokongnya, anda akan dapat lihat "Get AI-powered key points" dan butang "Generate" di bahagian bawah. Namun, ciri "SGE while browing" tersedia hanya untuk laman web yang tersedia percuma pada umum, bukan yang mempunyai "paywall" (contohnya artikel yang perlu langganan dengan Bloomberg) atau yang dikawal penerbit.
Buat masa sekarang SGE hanya tersedia di Amerika Syarikat. Namun, jika anda mahu cuba juga (mungkin dengan VPN atau sebagainya), boleh daftar di Search Labs melalui pautan INI.
Sumber asal Google