BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seagate beli operasi HDD Samsung

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR 20 Dis. - Seagate Technology, peneraju dunia dalam pemacu cakera keras dan penyelesaian storan, telah memuktamadkan urus niaga pembelian operasi pemacu cakera keras (HDD) Samsung Electronics Co., Ltd., sebuah syarikat peneraju dunia dalam elektronik digital pengguna dan informasi teknologi.

Di bawah syarat-syarat urus niaga, Seagate telah menguasai elemen-elemen terpilih bisnes HDD Samsung, termasuk aset-aset, infrastruktur dan pekerja-pekerja yang membolehkan Seagate meningkatkan produksi dan inovasi.

Aset-aset itu termasuk produk M8 2.5 inci HDD Samsung berkapasiti tinggi manakala para pekerja Samsung yang menyertai Seagate akan menumpukan kepada pembangunan produk berbentuk kecil untuk pasaran pengkomputeran mudah alih.

''Seagate dan Samsung telah menyelaras usaha pembangunan produk kini dan masa depan syarikat dalam usaha mempercepatkan keberkesanan pemasaran bagi produk baharu bagi meletakkan kami pada posisi lebih baik dalam menangani permintaan storan yang kian meningkat,'' kata Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Seagate, Steve Luczo.

Urus niaga tersebut telah diumumkan pada April 2011 bersama dengan perjanjian-perjanjian yang lain antara Seagate dan Samsung.

Seagate membekalkan cakera keras kepada Samsung untuk komputer peribadi, komputer riba dan peranti-peranti elektronik pengguna manakala Samsung pula membekalkan produk-produk semikonduktor kepada Seagate.

Urus niaga dan perjanjian itu memperluaskan akses pelanggan-pelanggan Seagate di China, Asia Tenggara, Brazil, Germany dan Russia secara ketara.

Nilai gabungan urus-urus niaga dan perjanjian itu adalah lebih kurang AS$1.4 billion (RM4.452 bilion), yang terdiri daripada 45,239,490 saham biasa Seagate dan baki yang dijelaskan secara tunai.

Samsung pula akan melantik seorang penama untuk menyertai Lembaga Pengarah Seagate.

Seagate dan Samsung juga telah bekerjasama untuk memastikan pelanggan-pelanggan mereka terus menerima servis yang baik, sokongan dan inovasi, termasuk aktiviti-aktiviti untuk menyelaraskan pangkalan-pangkalan bekalan dan infrastruktur penghantaran.

Untuk memudahkan peralihan produk-produk dan teknologi, Seagate akan mengekalkan produk-produk HDD Samsung tertentu di bawah nama Samsung untuk 12 bulan dan mengekalkan atau menubuhkan operasi yang bebas termasuk staf pemasaran, pengeluaran utama serta penyelidikan dan pembangunan.
 
harddisk akn menjadi lebih kecik n kapasiti lbih besar..best3..
 
Back
Top
Log in Register