Scomi: Malaysia mahu AS buktikan dakwaan(US nak serang Malaysia??)

CG Sponsors




akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,478
Reaction score
1,751
Points
206
KUALA KLAWANG 16 Jan. — Kementerian Luar akan mendapatkan laporan lengkap daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat berhubung perintah sekatan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Scomi kerana kononnya terlibat dengan jaringan pemerolehan peralatan nuklear.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kerajaan Malaysia tidak dapat menerima tuduhan itu begitu sahaja tanpa ada bukti kukuh.

“Kita akan menunggu laporan rasmi daripada pihak-pihak yang menyiasat kemudian baru kita buat perincian,” katanya kepada Bernama selepas satu majlis di sini hari ini.

Kerajaan Malaysia akan menyiasat sama ada dakwaan kuasa besar itu mempunyai asas yang berkait dengan perundangan antarabangsa, undang-undang nuklear atau pun undang-undang yang berkaitan dengan keluaran dan kemasukan barangan yang dilarang di peringkat antarabangsa, katanya.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang disiarkan The Straits Times, Singapura yang melaporkan bahawa nama CEO Scomi, Shah Hakim @ Shahzanim Zain, dimasukkan dalam senarai Jabatan Negara Amerika bersama 12 invididu lain kerana didakwa terlibat dalam pemerolehan peralatan nuklear. - Bernama

ADAKAH MALAYSIA AKAN DISERANG KERANA DAKWAAN NUKLEAR INI.. PIKIR-PIKIR KAN
 
Last edited:
Sponsored Post

AshFaQue

Active+ Member
Joined
Aug 10, 2008
Messages
3,262
Reaction score
27
Points
30
mungkin malaysia target AS seterusnyer???
 

syah99

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2006
Messages
6,069
Reaction score
62
Points
70
Pandai pulak Kerajaan BN ni nak bukti,
selama ni kalau dgn rakyat sendiri,
takde bukti pun boleh kurung org tangkap bawah ISA sukahati.
 

hazri99

Active Member
Joined
Nov 30, 2007
Messages
1,576
Reaction score
2
Points
25
emm.. bahaya gak.. kalau tak bersatu mau kene Malaysia nanti..
 

rakyat_jelata

Active+ Member
Joined
Dec 8, 2008
Messages
3,387
Reaction score
131
Points
38
apa yg depa nk dgn Malaysia...?
bukan ada apa pun..
harta yang ada kat malaysia nie cuma 2,
1. Minyak
2. Pemikiran Tun Mahathir..
 

ruspadu

Fun Poster
Joined
Feb 7, 2007
Messages
593
Reaction score
2
Points
15
Tangkap Ceo Scomi sudah lah...
rakyat lain tak terlibat..
yg jual dia... yg dpt duit pun dia..
bukan rakyat Malaysia..
 
Joined
Jan 22, 2008
Messages
5,049
Reaction score
5
Points
65
bahaya tahap gaban ni....
nasib baik diorang minta buat kajian terperinci...
hopefully kita aman selamanya....
 

LλMBDΛ

Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
1,052
Reaction score
0
Points
20
jgn kena serang sudah....(kene serang pon bagus..bagi sedar melayu skang nih ttg kesusahan zaman dedolu! gurau je)
 

mamza

Active Member
Joined
May 24, 2008
Messages
2,032
Reaction score
1
Points
30
isu nuklear ni serius, tapi apasal masuk kat NST singapore...kenapa pegawai US tak terus dtg sini ke, contact pak lah terus ke...apasal nak kecoh2.....

ataupun saje nak gertak?
 

junior27

Active Member
Joined
Nov 1, 2008
Messages
2,030
Reaction score
1
Points
25
tuduhan tanpa bukti....kalau ada buktikan.....US memang sengaja nak cari pasal tu...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register