BTC USD 101,770 Gold USD 2,656.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[SCAM] Faratach (M) Sdn Bhd (444409-D) | Penipu Besar Bisnes Streamyx Konon

ADAKAH FARATECH HARUS DISIASAT KERAJAAN MALAYSIA & TELEKOM MALAYSIA?

  • Total voters
    0
  • This poll will close: .
aku pon kene gak dgn kampeni gam*ang ni!!! RM15000 sial!!! personally aku jumpe farah edora suh pulang kan balik...

ye... aku kalah sebab ade perjanjian dah sain... kat situ dah state duit yang dah dibayar x leh pulang balik...

sampai aku ilang kawan la benda kampeni gam*ang punye program ni...

kat cg ni x de lawyer ke... series aku dah hilang punca...
 
Sponsored Post

Aku pun kena tipu ngan faratech 30Ribu program TMBP..Janji manis jer..Kalau x nak join program dikatanya melayu x nak maju&kami x paksa.

aku sampai bergolok gadai nak join company lahanat nie..

kepada yang dah terkena apa kata kita buat memorandum dan hantar ke TM supaya TM leh buat penjelasan.Tp Kalau org kuat TM juga yg suport company faratech ni...ermmm tak leh buat aper la jugak..nanti aku nak try tanya kwn aku kat kosmo@sinar harian..x pun kita kumpul ramai2 panggil TV3.

apa pendapat korang??
:(scam :(scam :(scam :(scam :(scam :(scam

Bro, kawan aku pun ada kes macam ni jugak. Kawan aku ni dia join PKUT tahun 2005 sebagai Reseller. Dia bayar RM5 ribu lebih utk jadi reseller faratech. Oleh kerana duit tak cukup, dia buat loan MARA. Aku jadi agen kawan aku ni. Aku daftar bawah dia. Masa tu sesapa yg nak jadi agen di bawah reseller, tak kena bayor satu sen pun. Sekarang kena bayor (RM1818.00).

Aku pernah tanya Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) KPDNHEP bagi pihak kawan aku yg tak puas hati ni. Kita boleh failkan kes kat TTP tapi dgn syarat kes yg kita failkan tu mesti tuntutannya tak lebih dari RM25,000.00. Kalau lebih dari RM25 ribu, kita kena failkan kat mahkamah tuntutan kecil dan kena lantik peguam sendiri.

Tapi, dalam kes faratech ni kita tak boleh failkan kes kat TTP sebab kita tidak dianggap sebagai "pengguna" yg dianiaya/ditipu, tapi agen yg diperdaya/dipermain/ditipu oleh faratech. Ini kes antara pihak orang tengah (faratech) dan agen yg dilantik (distributor/reseller/agent), bukan kes antara penjual-pembeli/pengguna.

Jadi, kenalah failkan kes macam ni di mahkamah tuntutan kecil dgn melantik seorang peguam. Aku dah tanya seorang peguam kat tempat aku pasal kos guaman dan sebagainya. Kalau nak buat surat tuntutan boleh. Peguam akan keluarkan surat tuntutan permulaan dulu, kalau takde feedback peguam akan keluarkan surat saman kepada faratech dan bawa kes ke mahkamah.

Anggaran utk kos urusan, surat saman, pemfailan kes, pendakwaan dan semuanya adalah kira2 RM1500.00 gitu laa.. Kos bergantung kepada peguam, kalau ko ada kenal dgn mana2 peguam, yg baik dgn ko mungkin dia boleh bagi diskaun ke.....
 
ok laa tu kalau rm1500 je..tapi mmg boley up lagi tu sbb mesti slalu turon naik court punye,tapi tgk deal dgn lawyer tu camne laa..
 
ok laa tu kalau rm1500 je..tapi mmg boley up lagi tu sbb mesti slalu turon naik court punye,tapi tgk deal dgn lawyer tu camne laa..

kalo nak bawa ke mahkamah, korang semua kena pakat2 la. kongsi ramai dan upah satu lawyer yg power. pastu nak saman, saman skali mara dan agensi kerajaan yg terlibat kerana misleading. pastu kecoh dlm paper. pergh... mmg dasat la.

aku nyaris gak terjoin. dah tulis check pun. tinggal nak hantar je check tu kat tgn mrk. last2 tak jd sbb nak kawen.
 
Aku plan nak suruh media masa bongkar kisah faratech nie sampai akar umbi..

:(scam :(scam

Bagus kalau ko nak bongkar. Biar semua orang Melayu faham agenda tersembunyi syarikat ni. Tapi sebelum nak bongkar tu, pastikan keterangan/statement kasi teratur, cantik, meyakinkan dgn fakta & angka. Bior semua orang terbeliak biji mata. Bior si Azlan Rosmera, Farah Edora, Mohd Mithaq, Mohd Annuar, Shamsul Ridzuan, Zansyuwari tercirit dgn pembongkaran ni.

Kalau ada apa-apa maklumat lagi, kongsi la sama-sama kat sini.
 
Kisah Faratech: Bagi yg belum tau/belum baca

o0o.. baru hari ni aku tahu psl faratech ni..

Ini aku copy & paste mengenai kisah faratech dari forum CG yg lepas2.

------------------------------------------------------------------
Kepada kawan-kawan semua.

Aku ingin berkongsi pengalaman aku ketika bersama-sama menjalankan bisnes streamyx ni. Kawan aku ni jadi Reseller di bawah Program Khas Usahawan Telekomunikasi (PKUT) yg dianjurkan oleh sykt Distributor besor iaitu Faratech yg beribu pejabat di Seri Kembangan Serdang Selangor Malaysia.

Kitorang dah setahun lebih buat benda ni. Lebih banyak duka dari ceria. Kita Reseller2 ni terpaksa mahu tidak mahu mesti berurusan melalui Master Distributor besor dulu. Komisyen yg kitorang dapat terpaksa diberi lebih sikit kepada Faratech. Kesudahannya, komisyen kitorang ciput jer. Buat keje macam nak rak, promosi sana, sewa sana sewa sini. Lepas tu, borang mesti dihantar ke Faratech, kemudian tunggulah claim beberapa lama. Hari, bulan, claim diberi dlm bentuk cek. Lagilah lama. Kawan aku yg Reseller ni dpt cek selepas 3 bulan pun ada. Tengok2 tarikh cek tu dah nak expired. Adilkah kerjasama perniagaan yg macam ni?

Reseller2 streamyx & tmnet yg melambak sekarang ni (Terutama Reseller bangsa Melayu) diorang tu dpt komisyen ciput jer cuma 80% setiap streamyx yg dijual, sepatutnya 150%, tapi sebab dah ditolak awal2 oleh Faratech beberapa percent yg sepatutnya Reseller dapat. Sedangkan ada agen lain yg dibayar komisyen lebih tinggi dari Reseller PKUT ni iaitu 150%. Siapakah mereka itu? mereka itu ialah agen yg bekerja utk Distributor/Reseller yg telah mendaftar terus ke TM dgn modal berbayar RM100,000.00 utk menjadi pengedar sah Streamyx.Sykt ini tidak ada kena mengena langsung dgn PKUT dan Faratech.

Jadi, saya memang menggalakkanlah kepada sesapa yg nak jadi agen streamyx ni samada sepenuh masa atau separuh masa, jadilah agen bagi sykt yg telah mendapat hak pengedaran terus direct dari TM.Sykt tu mestilah telah membayar modal RM100,000.00 tadi tu kepada TM. Dan komisyennya mestilah 150% atau mungkin kurang sikit tapi tak kurang dari 110% sebab komisyen ni walaupun nampak tinggi tapi ia cuma dibayar sekali sahaja. Sykt Distributor ini akan dapat komisyen lain dari pihak TM. Tak usahlah join yg PKUT punya.

Mintak maaf kalau ada reseller2 dari sytk Distributor PKUT,bukan nak menghasut tapi ini pengalaman aku dan kawan aku yg telah rugi setahun buat bisnes melalui PKUT ni. Program ni skrg pun menghadapi bnyk masalah apabila ramai pihak dlm sykt Master Distributor PKUT iaitu Faratech tu telah meletak jawatan dan ramai yg lepas tangan dlm mengendalikan permohonan dan borang2 reseller ciput macam kitorang.

Akhirnya, bisnes streamyx kita terabai.Kalau kitorang submit borang streamyx terus ke TM, kitorang takkan dpt komisyen dan TM takkan layan kita. Kitorang mesti submit ke Faratech sbg Master Distributor PKUT tu tadi jugak. Akhirnya, rugi modal yg telah dikeluarkan sebanyak RM4800.00 (kalau dijumlahkan semua kos hampir 5 ribu lebih) utk join jadi reseller bawah Distributor PKUT sebab selama setahun buat benda ni, modal tak balik.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Back
Top
Log in Register