BTC USD 64,901.4 Gold USD 1,784.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sayur-sayuran yang boleh mencegah kanser

fantaghiro

Fun Poster
Joined
Aug 30, 2010
Messages
755
Reaction score
80
Points
20
BROKOLI

* Brokoli dapat melindungi dari kanser usus besar dan kanser payudara. Menurut kajian, brokoli dan sayuran daun hijau lain kaya dengan serat dalam gula 'galaktosa' yang dapat membantu melindungi protein 'lectin' yang melekat pada dinding usus besar dan menyebabkan kerosakan.


TOMATO

* Tomato dapat melindungi dari kanser dan penyakit jantung. Satu dari unsur aktif dalam tomato adalah 'phytochemical lycopene' dikatakan dapat menyekat terjadinya kanser. Menurut Jurnal Institut Kanser Nasional, orang yang banyak memakan tomato dapat menurunkan risiko berkembangnya pelbagai jenis kanser sebanyak 40%. Selain itu, tomato juga memiliki bukti cukup kuat untuk kanser prostat, paru-paru dan perut.


KUBIS

* Kubis melindungi bahagian perut dari diserang kanser usus besar dan kanser payudara kerana kubis mengandungi 'glutamine' dan 'smethylmethionine'.


BAWANG PUTIH dan MERAH

* Mengawal kolesterol tinggi, serangan jantung, demam, kanser dan radang. Kandungan sulfur dalam bawang putih yang diambil secara teratur dapat membantu menurunkan kolesterol dan menurunkan gumpalan darah.


LOBAK

* Mengurangi risiko penurunan kadar penglihatan, demam dan kanser. Lobak kaya dengan beta karotena yang mampu merangsang daya tahan tubuh dan anti kanser.


LADA MERAH

* Melindungi dari demam dan kanser. Lada merah kaya dengan vitamin C dan beta karotena yang dapat meningkatkan sistem kekebalan dan melindungi terhadap segala sesuatu dari demam hinggalah kanser.
 
Sponsored Post

bazsh

Super Active Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
7,020
Reaction score
12
Points
65
A'ah....makanan yg kita selalu makan
Cuma xtau apa kelebihannya
Thanks for the info TT

P/S : Boleh tau sumber info ni TT?
 

bob76

Legendary Member
Joined
Jul 7, 2010
Messages
16,296
Reaction score
70
Points
120
Tapi kena ingat..kalau dah masak sayur2 tuh sampai lecur..lembik x guna gak..habis ilang zat2 dia..sebaik2nya..mkan secara salad/kerabu/raw so khasiat dpt dikekalkan..:)cgrock
 

zamreda

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
makan pegaga...ulam ulaman paling berkhasiat..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register