notepad
Legendary Member

- Messages
- 11,550
- Joined
- Sep 17, 2011
- Messages
- 11,550
- Reaction score
- 1,264
- Points
- 206
Kempen Kebun Kita Diperhebat
IPOH, 30 Nov – Kerajaan Negeri Perak akan memperhebatkan kempen Kebun Kita bagi membantu meringankan beban rakyat, khususnya di bandar, yang terkesan dengan kenaikan harga sayur-sayuran sejak kebelakangan ini.
“Kempen ini secara keseluruhannya menyasarkan sejumlah 7,657 individu dan 147 komuniti.
“Setiap komuniti melibatkan 10 peserta dan jumlah keseluruhan bagi peserta komuniti adalah 1,470 orang.
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan peserta bagi kempen ini adalah 9,127 orang atau bersamaaan 9,127 rumah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan petak promosi pertanian bandar Jabatan Pertanian Perak di pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.
Saarani berkata, sekiranya satu rumah mempunyai empat orang, bermakna program itu memberi manfaat kepada lebih 36,508 orang rakyat negeri Perak.
Menurutnya, menerusi kempen itu, peserta individu dibekalkan dengan barang-barang seperti pasu, benih, tanah baja, biopestiside dan bahan tanaman beserta manual tanaman.
“Manakala peserta komuniti pula dibekalkan dengan set sistem fertigasi, baja, tanah, planter box, biopestiside dan lain-lain set perkebunan,” tambahnya.
Katanya, Inisiatif kempen itu bertujuan untuk menggalakkan dan membudayakan rakyat negeri Perak untuk menanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan di halaman rumah.
“Kita berharap usaha ini dapat mencetuskan kecintaan masyarakat terhadap bidang pertanian, bermula dengan mengusahakan ‘kitchen garden’ atau taman sayur di halaman masing-masing,” ujarnya.
Katanya, kempen Kebun Kita juga bertepatan dengan slogan ‘Tanam apa yang kita makan, makan apa yang kita tanam, selebihnya kita boleh jual atau bersedekah’ yang beliau perkenalkan.
Sementara itu, beliau memberitahu, tanaman yang ada di petak promosi berkenaan merupakan pusingan tanaman yang kedua.
“Pusingan pertama telah ditanam dengan pokok markisa, petola, timun, kangkung, bayam brazil, sawi, kailan, pak choy, terung dan cili merah. Hasil pusingan pertama yang telah dituai mencecah hampir 200 kilogram,” ujarnya.
Bagi pusingan kedua pula, kata beliau, tanaman markisa masih dikekalkan disamping tanaman semula pokok petola, kangkung, bayam brazil, cili padi, terung dan kobis tanah rendah.
The post Kempen Kebun Kita Diperhebat appeared first on Suara Perak.