Viral 'Saya tolong dia sebab dulu saya pun biasa tidur di stesen bas...'

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,216
Reaction score
1,872
Points
206
949642.jpg

Cheng Seng sedang mengajar Lester Mohd menggunakan sistem pam minyak di Stesen Minyak Caltex Bachang, di sini, pada Sabtu.
A
A
MELAKA - Pengalaman pernah hidup miskin suatu masa dahulu mendorong pengurus di sebuah stesen minyak di sini untuk membantu seorang gelandangan mendapatkan pekerjaan.

Kisah Lee Cheng Seng, 50, membantu seorang gelandangan dari Beaufort, Sabah dikenali sebagai Lester Mohd Sufian, 40, tular di media sosial dan mendapat respons positif daripada netizen, sejak Jumaat.

"Saya sekarang bekerja sebagai pengurus sumber manusia di Stesen Minyak Hong Brothers. Saya pernah hidup dalam kemiskinan hingga terpaksa berhenti sekolah ketika di Tingkatan Dua. Saya juga pernah rasa tidur di stesen bas akibat kesempitan hidup.

"Dengan nasib yang pernah saya alami, hati saya tergerak untuk menolong Lester yang datang ke stesen minyak ini yang terletak di Jalan Tun Perak, Bachang, pada minggu lalu untuk mencari kerja. Selepas temuduga, saya tanya kepada dia mahu pulang ke mana dan dia beritahu cuma tidur di stesen bas.

"Mendengar jawapan dia, hati menjadi sebak kerana saya pernah merasai peritnya tidur di stesen bas akibat kesempitan hidup," luahnya.

949641.jpg

Cheng Seng bersama Lester Mohd yang merupakan seorang gelandangan namun diambil bekerja di stesen minyak itu.
Cheng Seng yang berasal dari Bukit Palah, di sini, menerima Lester bekerja di stesen minyak milik keluarga isterinya iaitu Stesen Minyak Caltex Bachang.

Selain memberikan pekerjaan, Cheng Seng juga membantu Lester mendapatkan bilik kediaman untuk berteduh.

"Saya bertanya kepada pekerja yang lain jika ada bilik kosong untuk dia tinggal dan salah seorang daripada mereka beritahu saya terdapat bilik kosong yang boleh didiami olehnya. Kemudian saya membawa dia membeli beberapa keperluan seperti pakaian dan kasut untuk memudahkan dia bekerja.

"Kebaikan yang saya lakukan ini bukan untuk menunjuk atau membangga diri. Cukuplah sekadar saya mengajak orang lain menyebarkan kebaikan lebih-lebih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ketika ini. Ramai insan terjejas dan bantulah mereka dengan ikhlas," katanya yang mempunyai dua orang anak.

Sementara itu, Lester berkata, dia bersyukur dipertemukan dengan majikan berhati bersih seperti Cheng Seng yang sudi memberikannya pekerjaan malah membantunya mencari tempat berteduh untuk meneruskan kehidupan dan mencari rezeki di Melaka.

"Sudah lebih sebulan saya tidur di merata tempat di Klang, Selangor termasuk di bawah jambatan kerana tidak ada duit. Kemudian saya ambil keputusan untuk mencari pekerjaan di Melaka.

"Pada asalnya, saya berhasrat nak cari kerja di Pulau Pinang tetapi duit yang saya ada cuma cukup untuk saya membeli tiket bas ke Melaka. Namun takdir sangat indah apabila saya ditemukan dengan seorang insan baik hati yang akhirnya membantu saya," ujar lelaki itu tulus.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...sebab-dulu-saya-pun-biasa-tidur-di-stesen-bas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
May 29, 2008
Messages
12,077
Reaction score
2,639
Points
201
Sorry ni cerita lain sikit..
Aku letak selingan la yer..tiada kaitan dgn thread..

Benda ni Sebab lawak..

Banyak video boss2 cina yang cakap melayu buat video viral di tiktok.. Tunjuk baik..

Ini video counter video boss2 china.. :ROFLMAO: :ROFLMAO: :ROFLMAO:

 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,010
Reaction score
742
Points
121
bagus lah 40 tahun masih mencari kerja,

dia masih ingat agama. kalau org lain, dah jadi penyamun pecah rumah org kot.
 

izaf505

Active Member
Joined
Oct 25, 2011
Messages
1,991
Reaction score
62
Points
45
Alhamdulillah, sebarkan kebaikan.harap ramai lg yg blh buat macam ni
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,491
Reaction score
2,008
Points
201
Last2 cina gak yg tolong huhu
Nape tak mintak kat adun melayu islam
 
Sponsored Post
Top
Log in Register