akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 59,869
Top Poster #6
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 59,869
- Reaction score
- 6,918
- Points
- 881
- Awards
- 1
'Saya tidak ambil gaji kerana mahu buktikan bukan semua menteri curi duit' - Anwar
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
A view of the sea
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Perak di Sekolah Kebangsaan Dato’ Alauddin, Selinsing. FOTO L Manimaran
Bagan Serai: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin supaya menghayati kemuliaan Ramadan dengan bermuhasabah dengan tidak menggunakan kelebihan dan kedudukan untuk melakukan penyelewengan dan mencuri wang kerajaan.
Perdana Menteri turut mengulangi kenyataan, beliau tidak mengambil gaji biarpun berhak demi menunjukkan kepada rakyat bukan semua menteri menyeleweng wang kerajaan.
"Saya tak ambil gaji sebab apa? Saya nak tunjukkan bahawa bukan semua menteri curi duit... Gaji itu hak, kalau orang ambil gaji itu haknya.
"Tetapi jangan curi, simpan di rumah lain.... Tak boleh.... Jadi Perdana Menteri, jadi Menteri Kewangan, kerjanya nak kayakan diri. Tak boleh! Kalau tidak negeri ini rosak," katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Perdana Menteri di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Alaudin, Selinsing, di sini hari ini.
Tanpa merujuk kepada mana-mana individu, Anwar berkata tiada maknanya untuk beliau bergaduh dan berdendam memandangkan sudah memegang jawatan Perdana Menteri.
"Kena faham... ada orang kata ini pasal dendam, marah. Saya sudah (menjawat) Perdana Menteri, hendak bergaduh apa lagi?
"Saya Perdana Menteri. Tanggungjawab saya nak jaga duit rakyat ini supaya balik kepada rakyat.
"Saya fikir boleh beri RM100,000 untuk setiap kampung (melalui geran Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI)) kerana kita ada upaya.
"Ini semangat Ramadan untuk bentuk akhlak, nilai, disiplin. Kalau kita tipu orang tidak tahu namun Allah SWT tahu. Jadi madrasah Ramadan ertinya bentuk keyakinan dan kekuatan integriti, peribadi kita supaya betulkan nilai," katanya.
Disiarkan pada: March 14, 2025 @ 10:22pm