BTC USD 68,771.8 Gold USD 2,343.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saya tak mahu terlibat, kata Anwar berkait tahanan rumah Najib

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
6,130
Joined
Jun 21, 2021
Messages
6,130
Reaction score
863
Points
121
Saya tak mahu terlibat, kata Anwar berkait tahanan rumah Najib

19 Apr 2024, 03:00 PM

Perdana menteri berkata perkara itu adalah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan melibatkan Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja Melayu.


IMG-1350.jpg

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ditemui selepas solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang. (Gambar Bernama)


KAJANG: Anwar Ibrahim menegaskan beliau enggan terlibat dengan pertikaian “perintah tambahan” berhubung tahanan rumah Najib Razak.
Perdana menteri berkata, perkara itu adalah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan melibatkan Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja Melayu.

Saya tak mahu terlibat perbincangan soal titah adendum sebagainya, ini bidang kuasa lembaga pengampunan dan wewenang sepenuhnya Agong atau raja-raja Melayu.

Sepatutnya semua pihak terima kenyataan tersebut dan terus dengan tumpuan kita untuk jamin keamanan, kuatkan kestabilan politik dan membangunkan negara,” katanya ketika ditemui selepas solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang.

Anwar berkata, beliau juga maklum berkenaan afidavit difailkan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkaitan isu berkenaan.

Karanya, pendirian kerajaan juga adalah tidak mencabar sebarang keputusan melibatkan institusi beraja di mahkamah.

Beliau lakukan sebagai presiden Umno…pendirian kita semua urusan yang melibatkan raja-raja tidak harus dicabar di mahkamah.

Jadi, sebab itu saya tak mahu ulas, ini prinsip dan pendirian kerajaan bukan hanya sekarang tapi selamanya sejak merdeka sampai sekarang ini dia pendirian kita sebagai kerajaan,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Zahid memfailkan afidavit di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April mendakwa melihat perintah tambahan bagi Najib menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan rumah.

Dakwanya, beliau dimaklumkan perkara itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz dalam pertemuan di kediamannya, pada 30 Jan lalu.

Malah, katanya Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail turut maklum kewujudan perintah tersebut.

Zafrul kemudian dalam kenyataan berkata, akan mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk memperbetulkan beberapa kesilapan fakta dalam afidavit Zahid.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register