BTC USD 28,380.6 Gold USD 1,976.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saya Tak Gentar Disiasat - Aktivis Pelajar, Fahmi Zainol

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
PETALING JAYA: Presiden Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol mengakui tidak gentar sekiranya dipanggil untuk membantu siasatan dalaman kes melibatkan pelajar universiti itu yang terlibat dalam perhimpunan haram yang diadakan pada Isnin malam.

Bagaimanapun Fahmi berkata, setakat ini dia belum menerima sebarang panggilan mahupun surat daripada pihak pentadbiran universiti bagi memaklumkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, anak muda yang berasal dari Permatang Pauh, yakin pihak universiti tidak akan mengambil tindakan drastik terhadapnya atau mana-mana pelajar yang terlibat dengan perhimpunan itu.

"Saya yakin UM sebuah universiti yang mendukung aspirasi kebangsaan dan membenarkan kebebasan bersuara, sekiranya siasatan dijalankan ia akan dilaksanakan secara adil.

"Saya sedia untuk memberikan keterangan jika dipanggil. Berani kerana benar,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Ditanya sekiranya pihak universiti mengambil tindakan tegas termasuk menggantung pengajian atau membuangnya daripada UM, Fahmi berkata: "Saya yakin pihak pentadbiran UM tidak akan mengambil tindakan kejam seperti itu."

"Saya sentiasa bersiap sedia. Cuma saya harap dapat tamatkan pengajian, kerana saya tinggal satu semester sahaja lagi," katanya yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Pentadbiran dan Keadilan Sosial.

Fahmi turut menafikan beliau merupakan penyokong tegar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya menyatakan tujuan 'Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya ke Penjara' di Dataran Tunku Canselor diadakan bagi memperjuangkan kebebasan bersuara dan menolak kekejaman kuasa politik yang campur tangan dalam pentadbiran universiti tempatan.

"Saya adakan program ini bukan hanya kerana saya meminati beliau (Anwar Ibrahim), malah sudah tiba masanya masyarakat mendengar suara anak muda, kerana mereka ini akan menjadi pemimpin masa hadapan,” katanya yang juga pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Terdahulu, UM telah menjalankan siasatan dalaman terhadap pelajarnya yang terlibat dalam perhimpunan haram di universiti berkenaan pada Isnin malam.

Dalam masa sama juga, pihak pentadbiran UM turut membuat laporan polis di Balai Polis Pantai pada Selasa berhubung perhimpunan haram itu.

Keadaan di UM pada perhimpunan haram menjadi huru-hara apabila sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Anwar bertindak merempuh pintu utama UM untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu.

Dalam kejadian pada pukul 9.20 malam itu, kumpulan tersebut berjaya merempuh masuk pintu arah Bangsar selepas ia dikunci bagi tujuan keselamatan manakala pintu lain dibuka dengan kawalan.

fahmi%20zainol.ashx
 
Sponsored Post

mobileapps

Active+ Member
Messages
3,825
Joined
Mar 26, 2013
Messages
3,825
Reaction score
25
Points
25
"Keadaan di UM pada perhimpunan haram menjadi huru-hara apabila sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Anwar bertindak merempuh pintu utama UM untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu."

soalan : mana tahu yg start provoke rempuh tu student? mcm xbiasa trik ni kan
 

Dewa19Kangen

Banned
Messages
8,902
Joined
Oct 2, 2010
Messages
8,902
Reaction score
4
Points
65
teringat dekat rakan2 setugas.. pasal piket ramai dah kena gantung tugas.. ada yang kena buang.. ada dah 2 minggu kena gantung.. dah tu.. piket lama bila punya.. baru mula panggil.. kesan psikologi diri dan keluarga serta rakan2.. komitmen hutang bulanan lg..

kat malaya nie lebih baik jaga perut sendiri dulu/atas pagar.. selagi umno/bn berkuasa..
 
Sponsored Post

Top
Log in Register