Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 63,439
Top Poster #2
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 63,439
- Reaction score
- 7,020
- Points
- 916
- Awards
- 1
11.09.2024 - "Saya ternampak sebuah kereta di dalam tali air dan di dalamnya ada beberapa individu yang melambai-lambai tangan meminta tolong. Tanpa membuang masa, saya dan beberapa penduduk kampung bergegas untuk membantu dan ketika itu seorang lelaki yang juga pemandu kereta itu sudah berjaya keluar dan duduk di atas bumbung kereta," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Isma Alif berkata, dia dan penduduk kampung cuba menguis kereta itu agar menghampiri tebing sebelum cuba membuka pintu di sebelah penumpang hadapan kerana pintu yang lain seakan terkunci. Menurutnya, tiga wanita di tempat duduk belakang akhirnya berjaya keluar dengan dibantu penduduk kampung walaupun dalam keadaan basah lencun.
"Mereka nampak ketakutan dan ada yang menangis, mungkin bimbang tenggelam kerana tali air ini agak dalam juga, kira-kira dua meter. Bagaimanapun, mereka semua selamat manakala kereta itu sehingga kini masih di dalam tali air dan tidak pasti bila pemiliknya akan keluarkan," katanya.
Tular satu video berdurasi satu minit 25 saat memaparkan penduduk kampung membantu mengeluarkan semua mangsa dari kenderaan yang terbabas ke dalam tali air. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit namun tiada laporan dibuat.