BTC USD 35,715.3 Gold USD 1,764.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saya Minta Maaf, Akan Terima Tindakan - Dr Mahathir

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,575
Reaction score
3,995
Points
236
12.05.2021 - Kuala Lumpur, Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa dirinya telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke sebuah surau di Langkawi pada Sabtu lalu. Katanya, tindakan itu merupakan satu kesalahan dan tidak seharusnya berlaku.

“Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP. Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan. Pada 8hb Mei, saya balik ke Langkawi untuk memenuhi beberapa program sampaikan sumbangan bulan Ramadhan serta Aidilfitri di kawasan Parlimen saya. Antaranya sumbangan raya kepada penduduk di Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Kuah. Saya dimaklumkan pada acara tersebut, saya telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke surau tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini tular di media sosial yang memaparkan video yang menunjukkan bekas perdana menteri itu melanggar kesalahan SOP ketika menghadiri satu majlis di Langkawi. Dr Mahathir dipaparkan gagal mengimbas suhu dan MySejahtera ketika memasuki kawasan surau tersebut walaupun disediakan alat pengimbas suhu dan juga kod imbasan MySejahtera. Video itu juga dikongsi oleh beberapa pemimpin Umno termasuk bekas presidennya Najib Razak.

Najib baru-baru ini didenda RM3,000 kerana melanggar SOP Covid-19 tidak merekodkan kehadirannya di Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng di Bukit Bintang selain tidak membuat pemeriksaan suhu badan ketika memasuki premis berkenaan pada 19 Mac lalu. Restoran nasi ayam yang dikunjunginya pula dikenakan kompaun sebanyak RM10,000. Mengulas lanjut kejadian itu, Dr Mahathir yang juga adalah ahli parlimen Langkawi mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP dan menjaga keselamatan masing-masing.

“Covid-19 adalah wabak yang serius dan penyakit ini tidak mengenali sesiapa mahupun sempadan kawasan. SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit ini. Kita tidak harus ambil ringan. Sekali lagi saya minta maaf kerana melanggar peraturan ini,” katanya.

Screenshot-211.jpg

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/574388
 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
13,430
Reaction score
3,241
Points
201
kena denda 5k.. relax je..
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,238
Reaction score
707
Points
121
Kata menteri warga kayangan pun kena diambil tindakan serta merta.
Polis..dok tunggu apa lagi.
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,816
Reaction score
610
Points
121
Kata menteri warga kayangan pun kena diambil tindakan serta merta.
Polis..dok tunggu apa lagi.
Rilexla..lepas raya polis panggilla. Ambil keterangan
 

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
3,275
Reaction score
783
Points
81
Kata menteri warga kayangan pun kena diambil tindakan serta merta.
Polis..dok tunggu apa lagi.
yg kayangan tu satu hal la.. masalahnya kalau dia sangkut, dah tentu2 surau tu pun sangkut gak.. gagal memastikan org yg datang menyukat suhu.. selain berjaya dgn menjual aset, kerajaan PN turut berjaya kaut duti kompaun sop..
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,816
Reaction score
610
Points
121
Ada exco langgar sop ke🤣🤣
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register