eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,652
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
Lelaki 'mati pucuk' didakwa merogol
SHAH ALAM 28 Okt. - Helah seorang lelaki berusia 64 tahun kononnya dia telah mati pucuk, gagal mengelakkan dirinya daripada didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol anak jiran berusia 10 tahun.
Penganggur, Bahavudeen Sheikh Dawood, didakwa merogol mangsa antara pukul 7 dan 7.30 malam, 14 Oktober lalu di rumahnya di Selayang Baru, Batu Caves dekat sini.
Sejurus pertuduhan dibacakan, Bahavudeen mendakwa kononnya dia mengidap penyakit kencing manis.
"Tuan Hakim. Saya telah mati pucuk dan tidak ada tenaga batin," dakwa tertuduh dengan nada bersungguh-sungguh.
Tertuduh yang bertubuh kecil, berkulit gelap dan sudah beruban bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon supaya dibicarakan.
Pertuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dikemukakan Penolong Pendakwa Raya, Suzana Abdul Latiff. Hukuman yang diperuntukkan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun.
Suzana membantah jaminan diberikan kerana mangsa, anak jirannya. Jika jaminan diberikan, Suzana bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa.
Hakim Wan Mohd. Norhisham Wan Yaakob bagaimanapun membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.
Dengan tegas, beliau mengingatkan jaminan boleh ditarik balik sekiranya mahkamah mendapati tertuduh menganggu mangsa.
Kes akan disebut semula pada 27 November ini untuk tertuduh melantik peguam.
Masa pembicaraan baru nanti boh dia dalam bilik lepas tu tayang baik punya VCD kalau dia sotim sah ler tak mati pucuk