Saya mahu nikah lain

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KAJANG: “Saya anggap pernikahan kami sah,” kata bekas vokalis kumpulan Pearl, Amir atau nama penuhnya, Mohd Amir Mohd Esa, ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini, semalam.

Amir, 36, yang popular dengan lagu ‘Aku Tak Bersalah’ berkata demikian ketika mendengar sebutan kes berhubung permohonan faraq nikah (membatalkan pernikahan) yang dikemukakan bekas isterinya, Emylia Amer Hamzah, 28.

Malah sejurus prosiding berlangsung kira-kira jam 2.50 petang, Emylia yang mengemukakan permohonan faraq nikah diajukan soalan berulang kali oleh Abdul Malik berikutan tidak jelas maksud di sebaliknya.

“Mengapa nak faraq nikah? Sebenarnya apa alasan kamu nak faraq nikah? Saya tidak faham jawapan kamu kenapa kamu nak faraq nikah. Kalau kamu nak berkahwin dengan orang lain, kamu boleh cerai, tetapi kenapa kamu nak faraq nikah,” kata Abdul Malik menyoal beberapa kali berkaitan isu faraq.

Mendengar soalan yang dikemukakan Abdul Malik, Emylia selaku plaintif memberitahu tindakannya mengemukakan permohonan faraq nikah berikutan pernikahannya dengan defendan pada 5 November 1998 tidak didaftarkan.

“Saya bernikah di Gombak, pada 1998. Bapa yang mewalikan saya ketika itu. Saya mengemukakan permohonan terbabit kerana ingin berkahwin dengan orang lain. Pernikahan saya tidak didaftarkan,” katanya.

Abdul Malik yang mendengar jawapan Emylia kemudian berkata; ‘daftarkanlah perkahwinan kamu, apa masalahnya. Kenapa tidak daftarkan? Ketika kamu bernikah di Gombak adakah nikah kamu sah’ tanyanya kepada wanita terbabit.

Emylia kemudian mengakui pernikahannya sah dari segi hukum Syarak dan perlu membuat permohonan faraq kerana ingin bernikah lain.

“Saya dinikahkan seorang jurunikah dikenali sebagai Hj Ibrahim Tahir. Ikut fahaman saya, dia jurunikah yang diiktiraf Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Itu yang saya tahu. Bapa mewalikan saya dan disaksikan dua pak cik.

“Ketika majlis dibuat, saya mendengar lafaz dan ijab kabul itu. Saya tinggal bersama dengan suami selama lapan tahun,” katanya.

Abdul Malik yang tidak berpuas hati dengan alasan dikemukakan Emylia bertanya sekali lagi kepadanya berhubung permohonan faraq nikah dengan berkata; ‘atas isu apa kamu nak faraq nikah kamu?’.

Agak mengejutkan jawapan diberikan apabila Emylia berkata: ‘kerana saya dapati jurunikah yang menikahkan saya sudah ditarik balik pengiktirafannya oleh Jais dan kenyataan itu tersiar dalam akhbar tempatan’.

Amir yang menerima jolokan Amir Pearl bersetuju dengan permohonan dikemukakan bekas isterinya dan ketika proses akad dijalankan dia mengakui ia sah.

“Pada masa itu saya anggap pernikahan saya sah. Kemudian beberapa bulan selepas nikah baru saya tahu pentauliahan jurunikah yang menikahkan kami sudah ditarik balik Jais,” katanya.

Amir turut mendedahkan dia pernah melafazkan cerai terhadap Emylia pada 14 April 2006.

Baru aku tau yang ada artis dok Kajang...:eek::eek::eek:

Saja aku boh sebab nak tengok berapa orang yang ingat aku nak nikah lain...:eek::eek::eek:
 
Sponsored Post

sis_zety

Active+ Member
Joined
May 10, 2008
Messages
3,830
Reaction score
10
Points
40
ingatkan tuan tanah yg nikah lg :))
 

WMComm

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2008
Messages
22,845
Reaction score
95
Points
120
kajang kan bandar satey terunggul.semua duk sini nak pekena satey.8thn bersama tu.peh!
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Aku pikir ko nak nikah tadi...... terkujat jugak.....
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
dah 2 orang dah yang ingat aku nak nikah lain...

:)):)):))

pssss...boleh juga kalau ada yang nak meminang aku...:)):)):))
 

viper207

Banned
Joined
Nov 12, 2008
Messages
5,590
Reaction score
54
Points
70
nie laaa keje nak buat orang suspens

kalo bini ko tgk thread nie kan bagus :)):))
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
kang tido dengan lintah baru tau....
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
aku pun ingat kau nak nikah lagi tapi kot betul apa salahnya kot kau mampu aku doakan kau bahagia dan mendapat ramai zuriat yang soleh dan solehah yang akan doakan kau amin...............
 
Sponsored Post
Top
Log in Register