BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Saya hanya ingat mati'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


BATU LIMA - Seorang pendawai elektrik terpaksa bertarung nyawa ketika kereta dipandunya berpusing beberapa kali selepas hilang kawalan lalu merempuh tiang di pembahagi jalan.

Bagaimanapun, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Faizal, 28, hanya cedera ringan terkena serpihan kaca cermin sisi yang pecah akibat rempuhan kuat Proton Waja dipandunya pada tiang elektrik di pembahagi jalan terbabit.

Menceritakan pengalaman cemas itu, Mohd Faizal berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari rumahnya di Felda Kerteh 4 ke tempat kerjanya di sebuah bengkel dekat Batu Lima.

Sebaik sampai di lokasi kejadian, kereta dipandunya tiba-tiba hilang kawalan selepas dipercayai melalui permukaan jalan tidak rata sehingga berpusing empat kali sebelum merempuh tiang elektrik di pembahagi tengah jalan.

Menurut Faizal, dia tidak dapat berbuat apa-apa ketika keretanya berpusing dan hanya mampu berdoa pada Tuhan agar terselamat.

Katanya, dalam keadaan separuh sedar, dia dibantu orang awam keluar melalui cermin pintu sebelah tepi untuk menyelamatkan diri dan sebaik berjaya dikeluarkan, dia mengalami muntah-muntah, selain kepalanya pening.

“Semasa kereta tengah berpusing, saya cuma ingat mati.

"Nasib baik tiang elektrik jadi penghalang, jika tidak, kenderaan saya melambung di laluan bertentangan dan mungkin dirempuh kenderaan lain," katanya yang bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan kira-kira jam 9.15 pagi kelmarin itu.

Mangsa yang juga anak peneroka Felda itu hanya cedera ringan di bahagian muka dan dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Berikutan kejadian itu, Faizal membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Dungun.



SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/saya-hanya-ingat-mati-1.181995
 
Jalan sekarang ni teruk gila...rosak spotrim aku..huhuh
 
Umur masih panjang
 
tayar botak ker atau jalan licin??
 
ada orang letak minyak itam ka?:-?
 
tgk jalan pun basah..tayar botakla tu
 
langgar lopak nie...klau langgar lopak nie brek pon takleh tekan minyak pon takleh..biar kereta tu meluncur...
 
Alhamdulillah selamat...dengan gunanya seat belt...
 
Back
Top
Log in Register