BTC USD 86,788.8 Gold USD 3,050.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Saya hanya hormati ulama agama, bukan ulama politik' - Zahid

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
59,127
Top Poster #1
Joined
Jun 17, 2007
Messages
59,127
Reaction score
6,865
Points
881
Awards
1
'Saya hanya hormati ulama agama, bukan ulama politik'


Kuala Lumpur: "Saya hanya menghormati ulama agama, bukan ulama politik," demikian kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulas tindakan segelintir pihak yang dikatakan cenderung 'menunggang' Islam demi kepentingan peribadi.

Tanpa menamakan mana-mana pihak secara jelas, Timbalan Perdana Menteri dalam nada tegas menasihatkan supaya individu mahupun parti tertentu tidak menyeleweng dakwah dan Islam sebagai kaedah meraih sokongan.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut memberi gambaran golongan berkenaan sering memberi tafsiran berbeza terhadap nas al-Quran, hadis dan terjemahan yang sama.

"Kalau nak berpolitik buat cara politik. Jika mahu berdakwah, buat cara dakwah tetapi jangan menyeleweng, menyongsangkan pemikiran dan membuat fatwa mengikut rasa hati.

"Golongan begini (menunggang agama demi kepentingan peribadi), saya khuatir (menjadi) antara orang paling awal masuk neraka.

"Saya tak kira sesiapa mahupun dari parti mana pun. Jika ada kumpulan dan tokoh yang begitu, kita tolaklah," katanya menerusi rakaman audio siar Podcast Utama siaran Buletin Utama TV3.



Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO belum bersedia menjalin kerjasama dengan PAS dalam usaha meminimumkan jurang perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu, berpunca daripada perbezaan politik.

Presiden UMNO itu turut memberi gambaran parti berkenaan tidak bersedia untuk 'dipatuk ular sama' untuk kali kedua, biarpun PAS dikatakan sudah mula untuk berbaik semula dengan UMNO.

"Kita sudah berusaha mewujudkan Muafakat Nasional, namun akhirnya dihujani air najis oleh rakan politik yang kini saya anggap mula berjinak-jinak, kononnya mahu berbaik semula.

"Saya fikir jangan dilayan la orang gila talak ini. Kita sudah melihat hati budi mereka," katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk.

AHMAD Zahin (kiri) pada Podcast Utama siaran Buletin Utama TV3. FOTO YouTube Buletin TV3
AHMAD Zahin (kiri) pada Podcast Utama siaran Buletin Utama TV3. FOTO YouTube Buletin TV3
Mengulas lanjut, katanya, kerjasama bagi penyatuan masyarakat Melayu tidak semestinya melalui politik semata-mata, sebaliknya ia boleh berlaku menerusi sokongan terhadap pelaksanaan pelbagai agenda membabitkan golongan Bumiputera.

"Agenda ekonomi boleh dilakukan apabila kita bercakap mengenai kesyumulan Islam (dan) penyatuan orang Melayu. Banyak agenda Melayu boleh dilakukan bersama dan ini semua perkara yang kita mahu lakukan.

"Umpamanya ada 60 teras dalam resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera. Jangan pandang ia sebagai agenda politik, sebaliknya agenda bersama. Lakukan bersama, janganlah pandang ini sebagai semuanya politik," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid menegaskan kombinasi pemimpin lama dan baharu adalah resipi terbaik dalam usaha meremajakan UMNO dan proses berkenaan tidak boleh mengetepikan peranan pemimpin setiap lapisan, memandangkan masing-masing memiliki kekuatan tersendiri.

Ini kerana, katanya, kelangsungan UMNO bukan hanya terletak kepada pemimpin muda, sebaliknya turut dipacu cetusan idea, termasuk 'game changer' daripada golongan veteran.

"Tapisan di sekolah patriotik UMNO bukan satu-satunya jalan. Banyak perkara lain, umpamanya komposisi Majlis Tertinggi UMNO, 50 peratus ahlinya adalah orang baharu, manakala (sayap) Wanita pula 30 peratus adalah pemimpin baharu.

"Dalam kalangan Pemuda, 85 peratus adalah pemimpin baharu, diikuti Puteri (97 peratus). Ini adalah proses generasi baharu untuk pemimpin politik dan saya fikir kita tidak boleh lari (daripada melahirkan pelapis).

"Muda atau veteran hanyalah usia, tetapi yang lebih penting adalah pemikiran dan 'game changer' yang dibawa setiap daripada mereka," katanya.
 
Sponsored Post

Politikus ada salah memang akan takut kepada ulama

IzwanFebruary 4, 2025

KUALA LUMPUR: Ulama adalah pewaris para Nabi dan bukan sekadar mengajar agama di masjid, tetapi juga bertanggungjawab dalam membimbing masyarakat termasuk dalam hal politik.


- -
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin berkata, ulama turut mengambil berat mengenai politik bagi menjaga kepentingan umat Islam dalam pemerintahan.

“Kalau ulama tak peduli pasal politik, siapa lagi yang nak jaga kepentingan umat Islam dalam pemerintahan? Politik bukan sekadar mengenai kuasa.

“Tapi berkaitan dasar yang mempengaruhi kehidupan rakyat, halal haram ekonomi, pendidikan anak-anak, keadilan sosial dan banyak lagi.

“Kalau ulama tidak peduli soal politik, maka mereka membiarkan urusan umat Islam ditentukan oleh mereka yang mungkin tidak memahami atau tidak peduli kepada hukum Allah.

“Sedangkan Islam sendiri menuntut kita untuk mengambil berat urusan kepimpinan dan pemerintahan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Jelas beliau, ulama juga akan menjadi ‘suara’ jika terdapat pemerintah yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan betul.

“Mereka perlu bersuara apabila ada ketidakadilan, memberi nasihat kepada pemimpin, dan jika perlu, terlibat secara langsung dalam sistem politik untuk memastikan pemerintahan berjalan atas dasar Islam.

“Jika mereka diam, mereka membiarkan umat ditadbir oleh sistem yang mungkin jauh daripada nilai-nilai Islam. Jadi, ulama bukan sekadar jadi pemerhati.

“Mereka perlu berperanan sebagai penasihat, pemimpin, atau sekurang-kurangnya suara yang menegur pemerintah bila ada yang tak betul.

“Sebab akhirnya, politik yang baik boleh membawa kebaikan pada umat, dan politik yang rosak boleh menghancurkan masyarakat. Hanya pemimpin yang banyak melakukan kesalahan sahaja takut pada ulama politik,” katanya.

Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menyatakan bahawa beliau hanya menghormati ulama agama, dan bukannya ulama politik dalam satu temubual audio siar. – HARAKAHDAILY 4/2/2025
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register