'Saya dilayan dengan baik' - Shuib Sepahtu

CG Sponsors




faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,130
Reaction score
116
Points
43
'Saya dilayan dengan baik' - Shuib Sepahtu




PELAWAK dan penyampai radio Hot FM, Shuib menzahirkan rasa terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan dia dan isteri yang juga penyanyi Siti Sarah selepas dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, semalam.

Shuib berkata, dia dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes pengubahan wang haram mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM 2001.

"Alhamdulillah, syukur. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri.

"Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berkenaan AMLA dan terima kasih kepada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik terhadap saya sepanjang 23 jam siasatan," tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram, hari ini.

Menurut Shuib, dia menganggap apa yang berlaku sebagai satu cabaran dalam menjalankan perniagaan.

"Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam perniagaan. Doakan perniagaan Bubblebee kami terus maju dan memberi manfaat kepada semua orang," katanya.
Sementara itu, Sarah yang menemani suaminya semalam menjelaskan, dia dan suami sudah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan sebaiknya dan bersyukur proses siasatan berjalan lancar.

"Alhamdulillah syukur. Kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia," katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan pasangan selebriti itu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.

Difahamkan, pasangan berkenaan masing-masing berusia 36 tahun hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya sejak 4 pagi, semalam.

Difahamkan, terdapat beberapa individu termasuk seorang usahawan terkenal turut dipanggil memberi keterangan.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2020 @ 2:52 PM

 
Sponsored Post

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,730
Reaction score
322
Points
91
ape kes ni?
yg berkaitan ngan tokey macau scam tuh... saspek g beli saham/lot dlm bizz shuib nih... kot.. utk cuci duit.. tak pasal2 shuib kena sekali
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,872
Reaction score
2,109
Points
201
yg berkaitan ngan tokey macau scam tuh... saspek g beli saham/lot dlm bizz shuib nih... kot.. utk cuci duit.. tak pasal2 shuib kena sekali
Shuib kena ambil ni sebagai teguran dari Allah swt...jgn dok menayang sgt di media sosial....
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,690
Reaction score
21,085
Points
1,671
die mmg own the business ke. sbb ada up gmbr meeting kt ig. rupanye kt blkg mmg cha saja

pastu laju je tiap2 bulan ada je tambah outlet. mau x suspect
 

johnwicker

Freshie
Joined
Jun 24, 2019
Messages
41
Reaction score
0
Points
6
xfhm sgt kes shuib ni...dia kena tipu ke dia terlibat sama?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register