akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 59,869
Top Poster #6
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 59,869
- Reaction score
- 6,918
- Points
- 881
- Awards
- 1
Saya dilabel tidak Islam, musuh Islam - Tengku Maimun
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim (dua kanan), Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli (dua kiri) dan Hakim Besar Malaya, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika hadir Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2023 di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, buat pertama kalinya hari ini, meluahkan isi hatinya mengenai pelbagai cabaran yang terpaksa diharungi sejak menjawat jawatan itu pada 2019.
Tengku Maimun yang akan bersara pada tahun ini, berkata beliau difitnah dan dilabel tidak Islam, malah ada pihak yang menggunakan suami beliau sebagai alasan untuk mengenepikan beliau daripada mendengar prosiding mahkamah.
Bagaimanapun, Tengku Maimun menegaskan, semua itu tidak menghalang beliau untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya.
"Saya dikritik, difitnah, dilabel sebagai tidak Islam atau musuh Islam, dan suami saya (secara tidak adil) digunakan terhadap saya dalam beberapa permohonan bukan saja untuk meminta saya diketepikan (bagi mengadili perbicaraan) tetapi secara lebih umum untuk memalukan saya dan rakan saya.
"Tiada satu pun daripada mereka yang akan atau pernah dapat menembusi ujian hati nurani saya dan segala puji bagi Allah, saya tidak pernah bimbang disebabkan komen-komen ini.
"Saya di sini untuk menjalankan tugas dan komited sepenuhnya untuk melaksanakannya dengan betul. Saya tidak akan tunduk kepada mana-mana individu, tidak kira setinggi mana mereka, untuk melakukan apa yang dituntut mereka daripada saya," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025 hari ini.
Tengku Maimun akan bersara wajib pada Julai ini kerana mencapai usia 66 tahun.
Beliau yang mencatat sejarah sebagai wanita pertama dilantik ke jawatan itu, mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara pada 6 Mei 2019.
Tengku Maimun berkata, beliau tidak akan merendahkan dirinya untuk tunduk kepada serangan keji seumpama itu.
"Satu-satunya respon saya kepada mereka adalah bagi anda yang mempunyai masa untuk mempersoalkan iman orang lain, adakah anda cukup yakin bahawa Allah menerima ibadah dan amalan anda sehingga anda kini boleh mempersoalkan ibadah saya dan orang lain?" katanya.
Beliau menyifatkan, tempoh enam tahun yang dilaluinya sebagai Ketua Hakim Negara penuh dengan peristiwa yang akan menjadi nostalgia dan mengakui, berbanding rasa sedih untuk bersara, beliau lebih merasakan kelegaan yang mendalam.
"Saya menantikan persaraan ini kerana saya benar-benar percaya yang saya akan meninggalkan badan kehakiman dalam keadaan yang lebih baik berbanding ketika rakan sekerja dan saya mula memimpinnya, dengan ruang untuk meluangkan lebih banyak masa dengan cucu-cucu saya dan mendalami lagi hubungan saya dengan keimanan," katanya.
Pada Ogos 2022, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Persekutuan supaya Tengku Maimun yang mempengerusikan panel lima hakim dalam rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd menarik diri daripada mendengar kes itu kerana mendakwa suami Tengku Maimun menerbitkan hantaran di laman Facebook berhubung dirinya.