- Joined
- Mar 27, 2008
- Messages
- 12,037
- Reaction score
- 159
- Points
- 123
KUALA LUMPUR - Pemilik kereta Kia Optima yang ditemui terjunam dari ketinggian 100 meter di Lebuh Raya Karak dekat Terowong Genting Sempah di sini kelmarin belum dimaklumkan mengenai perkara itu oleh polis.
Mohd. Usuruddien Saberi, 31, seorang pegawai tentera berpangkat Kapten yang kini sedang bercuti berkata, dia hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh wartawan Kosmo! yang menghubunginya semalam (kelmarin).
"Setakat ini pihak polis tidak menghubungi saya memaklumkan mengenai penemuan kereta tersebut yang mempunyai plat pendaftaran sama dengan kereta saya yang hilang di Pusat Perniagaan Bandar Tasik Selatan pada 21 Oktober lalu.
"Saya akan menghubungi pengawai penyiasat kes ini sebaik saja pulang bercuti esok (hari ini)," katanya ketika dihubungi semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini