BTC USD 58,947.2 Gold USD 1,803.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saya akan terus berdoa- Saiful [pru.com.my]

onizuka

Active Member
Joined
Mar 4, 2007
Messages
1,604
Reaction score
40
Points
30
PILIHANRAYA UMUM : BERITA SENSASI PENUH DISINI

Sejak berita tersebar bahawa Saiful Bukhari Azlan pergi Mekah untuk menunaikan ibadat Haji, ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaannya. Sihat ke tidak, sebab memang dah jadi kepercayaan orang Melayu, kalau kita ada buat tak betul, di Mekah nanti Allah tunjukkan.

Tengok pada gambar dan baca tulisan terbaharu Saiful di blog peribadinya, kita tahu dia segar bugar, dan dapat menunaikan rukun kelima Islam itu dengan sempurna.

Saiful yang membuat laporan polis dua tahun lalu mengadu diliwat majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim rupa-rupanya pergi ke Mekah untuk menemani neneknya.

Ada gambar Saiful tolak kerusi roda neneknya berlatar belakangkan Kaabah.

“Saya mengiringi nenek tersayang dan saudaranya. Nenek sudah berusia, memerlukan sokongan kerusi roda untuk berjalan jauh. Kami ikut pakej Muasasah Tabung Haji,” tulisnya.

Menurutnya, sepanjang 42 hari berada di tanah suci itu pelbagai ilmu dan pengalaman berharga diperolehi.

“Ramai juga kenalan baru di kalangan jemaah yang saya perolehi. Rata-rata memberikan respon yang positif, semangat, nasihat, mendoakan saya dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan masa hadapan,”katanya.

Berada di dua tanah suci iaitu Mekah dan Madinah menyebabkan Saiful tidak melepaskan peluang berdoa.

Katanya, kesempatan dan peluang berada di tanah suci digunakan secukup-cukupnya untuk beribadah, berdoa dan memohon pada Allah SWT.

“Antara tempat-tempat mustajab yang saya berpeluang untuk berdoa; Wukuf di Arafah, Mina, Makam Rasulullah, Raudah, Multazam, Rukun Yamani, Gua Hira’ Jabal Nur dan banyak lagi,”jelasnya.

Saiful yang mengalami berbagai-bagai tekanan berikutan tindakan Anwar suka membuat permohonan tangguh perbicaraan kes liwatnya berkata antara doa yang dipohon; agar terus diberi kekuatan untuk istiqamah dalam menegakkan kebenaran, diampuni dosa-dosa, kesejahteraan dan keselamatan keluarga, Agama, umat, bangsa dan tanah air tercinta.

“Juga, mohon rakyat dibukakan Hijjab agar diperlihatkan yang HAQ dan dilenyapkan segala yang batil!,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, kata Saiful, sudah dua tahun setengah dia menanti agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan.

“Walaupun ia belum lagi selesai, namun saya redha dan bersyukur dengan segala bantuan yang Allah berikan. Banyak hikmah di sebalik kelewatan, penangguhan demi penangguhan. “

“Mungkin ramai yang telah dapat lihat hikmah di sebaliknya. Itulah kebesaran Allah. Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.”

Ujar Saiful, dia tidak mempunyai apa-apa kekuatan, kuasa, pengaruh, wang untuk berjuang, hanya Allah SWT tempat beliau mohon dan mengadu.

“Walaubagaimanapun, saya akan terus berdoa, istiqamah dan bersabar, tidak sesekali saya akan menyerah kalah! Kebenaran pasti akan bangkit jua akhirnya,”katanya

Mohd Saiful mengaku di Mekah kejadian liwat…

Masih ingat Muhabalah atau sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008?.

Ekoran itu pelbagai tohmahan serta tuduhan dilemparkan sesetengah pihak malah juak-juak penyokong Anwar menuduh Mohd Saiful berbuat demikian kerana agenda politik yang bertujuan menjatuhkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Tambahan pula angkat sumpah itu berlangsung sehari sebelum Anwar umum diri bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.

Malah pemimpin PAS yang sudah bersekongkol dalam pakatan rakyat turut mempertikai kaedah sumpah laknat yang dilakukan Mohd Saiful.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi macam-macam alasan termasuk kaedah sumpah Mohd Saiful memegang al-Quran juga tidak tepat, bahkan Mohd Saiful dianggap ***** berbuat demikian.

Hadi yang membuat dakwaan itu turut menghina pegawai agama yang terbabit dalam sumpah laknat itu.

“Ia suatu ke*****an dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 sebelum ini.

Ada menganggap kes itu menyamai zina dan perlu diadili di Mahkamah Syariah.

Kerana kes itu juga, pegawai Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi diusung PKR berkempen ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan kenyataan beliau hanya diarah hadir ke majlis itu bagi menyempurnakan angkat sumpah Mohd Saiful di hadapannya.

Justeru itu semakin ramai terutama mereka yang taksub kepada Anwar tidak mempercayai kebenaran sumpah laknat Mohd Saiful.

Peliknya, sehingga ke hari ini Anwar masih tidak berani melakukan tindakan serupa sebaliknya membawa kes itu ke Mahkamah Syariah supaya Mohd Saiful dikenakan Hukum Qazaf kerana membuat dakwaan diliwat tanpa bukti dan saksi menurut Islam.

Cerita ini sengaja Agendadaily timbulkan semula selepas mendengar Mohd Saiful ada mengaku kejadian tersebut memang menimpannya.

Lebih menarik pengakuan itu dibuat di Mekah, ketika beliau menunaikan haji ke tanah suci baru-baru ini.

Mohd Saiful dijangka pulang ke negara dalam masa beberapa hari ini.

Menurut maklumat diperolehi, Mohd Saiful kebetulan bergerak bersama-sama rombongan jemaah dari Johor.

Sudah tentu ada antara mereka mengenali beliau selepas pengakuan itu tambahan pula kes dakwaan liwat terhadap Anwar di mahkamah belum berakhir.

Barangkali kerana ragu dengan pelbagai cerita fasal sumpah laknat dan dakwaan liwat itu, ada antara mereka memberanikan diri bertanya kebenaran perkara itu.

Mohd Saiful dalam menjawab persoalan itu, mengakui semua yang menimpa dirinya itu memang benar.

Cerita jemaah Johor ini diberitahu kepada Agendadaily oleh timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Fuad Zakarsi yang turut mengerjakan haji baru-baru ini.

Bagi sesetengah pihak pengakuan Mohd Saiful ini bukanlah benda pelek atau sesuatu yang baharu tetapi ambil kira pengakuannya di Tanah Suci Mekah dan tambahan pula beliau sedang mengerjakan rukun Islam ke lima itu, maka mustahil segala yang menimpa dirinya adalah rekaan atau dibayar pihak tertentu dalam apa dikatakan agenda untuk menjatuhkan Anwar.

Ramai umat Islam percaya, mereka yang menunaikan haji atau berada di Tanah Suci tidak boleh berkata sembarangan apatah lagi bercakap bohong.
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
mustahil segala yang menimpa dirinya adalah rekaan atau dibayar pihak tertentu dalam apa dikatakan agenda untuk menjatuhkan Anwar.
tapi duit ada amek kan ?
 

Bionik

Super Active Member
Joined
Nov 16, 2009
Messages
8,222
Reaction score
59
Points
70
Anwar is interested in such sexual acts is his preference... and looks like it will be difficult for him to be PM of Malaysia. The BN government will ensure he is crucified for his lapse of judgement.

Opposition in Malaysia must carry on without him and we pray for the new crop of leaders iN PR who is competent enough to lead us, UMNO and BN component parties are all hopeless. They have damaged Malaysia and we are in a state of failure.

Our only success now is due to our depleting natural resources and the business professionals. Not the political leadership! That I am certain 100%. :)
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register