balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136

Mohamed Azmin bersalaman dengan tetamu yang hadir di Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi dan Majlis Perasmian Program Gotong-royong Mega: Terjah dan Musnah Aedes Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, semalam.
< 1 / 1 >
SHAH ALAM - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan turun padang menerjah beberapa lokasi hot spot denggi di negeri ini dalam masa terdekat.
Menurutnya, beliau sendiri akan meronda bagi memastikan punca pembiakan nyamuk aedes dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus bagi tempoh dua bukan berakhir hujung Disember ini.
“Ia sejajar dengan pelan tindakan basmi di mana program mega gotong royong basmi wabak denggi yang bakal dilaksanakan 16 November ini di semua PBT secara serentak,
“Lokasi terjah adalah rahsia dan semua PBT perlu bersedia. Kita dapati masalah pembuangan sampah domestik dan pukal di negeri ini membimbangkan kerana kita boleh nampak tilam, katil, kerusi mahupun peti sejuk dibuang di tepi-tepi jalan.
“Sampah-sampah seperti inilah yang mengundang pembiakan nyamuk aedes dan saya telah arahkan PBT untuk mengambil tindakan dan selepas ini saya akan ronda untuk melihat sama ada ia diatasi,” katanya.
Beliau berucap di Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi dan Majlis Perasmian Program Gotong-royong Mega: Terjah dan Musnah Aedes Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, semalam.
Beliau berkata, kadar kes denggi di Selangor membimbangkan berikutan dalam tempoh 10 bulan ini sahaja sejak Januari lalu sebanyak 42,478 kes dilaporkan dengan 59 kematian berbanding rekod tahun lalu untuk 12 bulan iaitu 23,850 kes dan 24 kematian menunjukkan peningkatan lebih 100 peratus.
Jelasnya, sebelum ini setiap minggu sekitar 800 kes dilaporkan tetapi sejak kebelakangan ini lebih 1,000 kes setiap minggu berlaku sehinggakan hospital awam mahupun swasta menerima kepadatan pesakit bagi wabak denggi.
Sementara itu, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pihaknya dengan kerjasama exco kerajaan tempatan telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu ini secara berkala setiap minggu.
“Sejak 28 Oktober kita telah bermesyuarat sebanyak 33 kali menunjukkan komitmen kerajaan negeri mengambil langkah wajar untuk kurangkan masalah ini,” katanya.
Menurut Daroyah, sebanyak 699 aktiviti gotong-royong telah dijalankan PBT masing manakala 3 juta semburan ke kawasan kediaman, perumahan, tapak binaan serta kawasan hot spot.
Tambahnya, sebanyak 332, 418 lokasi pemeriksaan pembiakan aedes dengan 4, 607 lokasi positif tempat dilaporkan dan sebanyak 1,749 kompaun dan 553 notis dikeluarkan.