"Saya Akan Cari Mereka Hingga Ke Lubang Cacing" : Bapa Mentua Dr Rosli

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KOTA BAHARU, 29 Dis (Bernama) -- Bapa mentua Dr Rosli Allani Abdul Kadir menganggap bekas ketua penerangan Pemuda Pas Kelantan itu telah melarikan anaknya dan beliau akan berusaha mencari mereka.

"Saya akan terus mencari mereka hingga ke lubang cacing bagi mengembalikan hak saya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga," kata Mohd Noor Che Man kepada Bernama di sini Selasa.

Semalam, Mohd Noor, 58, dan beberapa rakannya mengepung rumah didiami Rosli, 35, dan anaknya, Nor Ilyani, 30, yang dikatakan mengingkari arahan Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan sementara (mufarakah) selepas kesahihan perkahwinan mereka diragui kerana disyaki dijalankan oleh satu sindiket di Selangor.

Bagaimanapun, pada 9 pagi tadi, Rosli dan Nor Ilyani berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta yang sedia menunggu di pintu masuk rumah sewanya di Lorong Masjid Mustaqim, Telipot, dekat sini, walaupun ketika mereka masih dikepung oleh keluarga Mohd Noor.

Pada 21 Nov lepas, Rosli diperintah oleh Mahkamah Syariah supaya tinggal bersingan dengan Nor Ilyani yang merupakan isteri keduannya selepas mendapati perkahwinan mereka menimbulkan keraguan.

Mohd Noor berkata beliau menyerahkan kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan tindakan lanjut terhadap anak dan menantunya itu.

Katanya beliau hanya mengambil tindakan apa yang termampu mengikut bidang kuasa dan tanggungjawab yang ada pada seorang bapa.

"Tindakan lain yang di luar bidang kuasa, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut," katanya.
 
Sponsored Post

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
kenapa dia ni marah2 sangat tu? dah dapat menantu doktor, peliharalah hubungan baik2.
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,478
Reaction score
1,751
Points
206
kenapa dia ni marah2 sangat tu? dah dapat menantu doktor, peliharalah hubungan baik2.
sbb dr tu melarikan anak die
kalo betul nak kawin buat la secara baik
 

maxpix

Active Member
Joined
Feb 7, 2007
Messages
1,201
Reaction score
0
Points
20
at least patuh la kepada keputusan mahkamah,,,,,,,,ni melibatkan perundangan syariah...
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,478
Reaction score
1,751
Points
206
he he he ....anak dia pun macam 'rela' je tu ! tak boleh kira melarikan anak tu.
rela pun slaku ketua keluarga mmg tercabar la..
pada aku problemnye kat sini maybe sbb dr tu dah ader bini 1
bapa die takut anak die terabai
 
Sponsored Post
Top
Log in Register