gambate
Permanently Banned - Multiple ID
- Joined
- Nov 9, 2007
- Messages
- 6,761
- Reaction score
- 101
- Points
- 73
Oleh Aizawati Ahmad
KUALA LUMPUR 15 Dis. – Saudara mara yang terlibat atau bersubahat dengan penerima rasuah mungkin menerima tindakan yang sama dengan orang yang dituduh berdasarkan peluasan tafsiran ‘saudara’ dalam Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, berdasarkan rang undang-undang itu, tafsiran bagi ‘saudara’ telah diperluaskan merangkumi isteri atau suami penerima rasuah, adik, kakak atau abang, adik, abang atau kakak isteri atau suami orang itu, bapa saudara, emak saudara, sepupu atau menantu penerima rasuah, berbanding tafsiran dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997.
“Mertua, menantu, anak-anak saudara, bapa saudara, ibu saudara dan sepupu orang tertuduh tidak terangkum dalam tafsiran ‘saudara’ di bawah akta sedia ada dan implikasinya, tindakan tidak dapat diambil sekiranya terdapat kes yang merujuk kepada kumpulan tersebut,” katanya.
Ketika membentangkan Rang Undang-Undang SPRM 2008 untuk bacaan kali kedua pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini, Nazri berkata, kekurangan tersebut akan dapat diatasi dengan memperkenalkan tafsiran baru di bawah rang undang-undang tersebut supaya skop pemakaiannya bagi kesalahan di bawah Fasal 23 dan 36 turut melibatkan golongan tersebut.
Penalti bagi kesalahan di bawah fasal berkenaan ialah penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Penalti sama boleh juga dikenakan terhadap mana-mana pegawai awam asing yang melakukan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk menerima suapan.
Sementara itu, beliau berkata, berbanding Akta Pencegahan Rasuah 1997, rang undang-undang SPRM mencadangkan untuk memansuhkan hukuman penjara minimum iaitu ‘dipenjarakan selama tempoh tidak kurang 14 hari’.
“Pemansuhan hukuman penjara minimum ini bukan bermakna kerajaan memandang ringan terhadap kesalahan rasuah,” tegasnya.
Sebaliknya Mohamed Nazri memberitahu, langkah itu memberi kelonggaran bagi meringankan beban tunggakan kes rasuah di mahkamah sekiranya pesalah-pesalah rasuah yang ditangkap dan dituduh hanya membabitkan nilai yang kecil seperti RM10.
Menurutnya, selain menjimatkan masa, kerajaan juga dapat mengatasi bebanan kos yang terpaksa ditanggung untuk mengendalikan perbicaraan yang panjang.
Katanya, walaupun hukuman penjara minimum dimansuhkan, ia sama sekali tidak menghalang kebebasan mahkamah untuk menggunakan budi bicara mereka dalam menentukan tempoh hukuman penjara yang dikenakan.
Bagaimanapun kata beliau, hukuman penjara maksimum ‘tidak lebih 20 tahun’ dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi masih dikekalkan.
Menurut beliau, penalti yang dicadangkan dalam SPRM itu merupakan antara cadangan penambahbaikan kepada akta sebelum ini tetapi sebahagian besar peruntukan yang terdapat di dalam akta itu masih dikekalkan memandangkan ia masih relevan dalam konteks pencegahan rasuah di negara ini.
undang undang mcm mana ni..x paham aku..orang lain buat salah..lain kena ~X(~X(~X(