akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 57,734
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,734
- Reaction score
- 6,745
- Points
- 881
- Awards
- 1
Satukan semula Muafakat Nasional, lawan ‘UmDAP’
Izwan Abdul HalimJuly 20, 2024
PARIT SULONG: Semua parti-parti Melayu perlu disatukan semula dalam semangat Muafakat Nasional sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16.
Mantan Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil berkata, penyatuan bangsa Melayu penting sebagai asas kepada perpaduan semua kaum di peringkat nasional.
“Nombor satu objektif kita nak satukan balik Muafakat ini. Itu saja. Kita nak buat nombor satu. Untuk menyatukan nasional, kita kena satukan kaum yang terbesar di Malaysia iaitu orang Melayu.
“Orang Melayu ni daripada dulu sampai sekarang asyik bertelagah, dan kita bertelagah pasal politik. Untuk menyatukan balik orang Melayu kita kena satukan tiga parti politik yang besar iaitu Umno, PAS dan BERSATU,” katanya.
Tambah beliau, sebelum ini memang orang-orang Umno sukar menerima BERSATU, namun apabila bertembung antara pilihan berbanding Pakatan Harapan (PH)-DAP, maka lebih baik mereka memilih BERSATU.
Menurutnya, pada masa kini, ahli-ahli Umno terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang tidak bersetuju Umno bekerjasama dengan PH-DAP dipanggil beliau sebagai ‘Umno Original’.
Manakala satu kumpulan lagi kumpulan ialah ahli Umno yang pro kepada PH-DAP di mana beliau gelar sebagai ‘UmDAP’.
“Yang atas tu (pemimpin atasan Umno) UmDAP. Yang bawah akar umbi termasuklah kita ni, saya ni ‘Umno Original’. Esok bertanding pemilihan Umno ni akan gaduh dua-dua. ‘Umno Original’ lawan ‘Umno UmDAP’ ini,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam program Ceramah Perdana Jelajah Selamatkan Malaysia yang berlangsung di Markas PAS Parit Warijo, Sri Medan, di sini malam tadi.
Isham atau nama penuhnya Hizatul Isham Abdul Jalil dipecat dari Umno pada 6 Disember tahun lepas akibat kelantangannya menentang kerjasama parti itu dengan PH-DAP.
Kata Isham, kemerosotan sokongan Melayu kepada Umno akibat bersekutu dengan PH-DAP telah membuatkan PAS berjaya menawan kerusi-kerusi yang dahulunya adalah kerusi tradisi Umno.
Beliau memberi contoh antaranya seperti Parlimen Jasin di Melaka dan baru-baru ini di DUN Sungai Bakap, Pulau Pinang.
“Saya pakai baju hijau hari ini nak bagi penghargaan kepada PAS sebab tuan-tuan menang besar di Sungai Bakap, 4200 (majoriti). Saya pun tak sangka tuan-tuan. Saya pun terkejut!
“Dulu tuan-tuan ingat di Tanjung Piai Johor. Masa itu pertama kali kita buat pilihan raya kecil selepas Muafakat Nasional. Bila kita buat pilihan kecil (bersama) Muafakat Nasional dengan kerjasama PAS dan Umno masa itu, kita menang 15,000. Di Sungai Bakap pun sama,” ujarnya.
Turut berucap di dalam program sama ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Hussin dan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail serta ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard. – HARAKAHDAILY 20/7/2024