BTC USD 49,182.1 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Satu liter FuelSave jimat lebih 22km

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
SUBANG JAYA 14 Dis. - Percaya atau tidak, dengan hanya satu liter petrol Shell FuelSave tanpa plumbum, anda mampu memandu kenderaan lebih daripada 22 kilometer (km).

Itu yang dibuktikan oleh Lai Tsuen Yung dari Johor dalam Cabaran 1 Liter anjuran Shell Malaysia peringkat kebangsaan yang diadakan di Saujana di sini baru-baru ini.

Dengan catatan jarak 21.344 km, Tsuen Yung menjadi pemenang pertama cabaran peringkat kebangsaan dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.

Beliau berjaya mengalahkan lima peserta lain dari Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang yang bermula dari Hotel Saujana melalui Kota Damansara (melalui lebuh raya NKVE) dan kembali ke tempat permulaan.

Pada cabaran itu, kesemua peserta memandu sebuah Honda Civic 1.8 liter yang dilengkapi alat pemantau FuelSave yang dipasang di setiap kereta tersebut.

Tsuen Yung ketika ditemui pemberita berkata, dengan gaya pemanduan dan penggunaan bahan bakar yang berkesan, beliau kini mampu bergerak lebih jauh bagi setiap liter minyak yang dibelanjakan.

''Saya kagum melihat sejauh mana kita boleh pergi dengan hanya menggunakan satu liter petrol Shell.

''Seperti orang lain, saya tidak menyangka bahawa pemilihan bahan bakar yang betul boleh membantu kenderaan kita untuk bergerak dengan lebih jauh. Setelah merasainya sendiri, saya kagum dengan pencapaiannya,'' katanya.

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd., Datuk Mohzani Abdul Wahab.

Tempat kedua dimenangi Syamsul Azwan Mustar dari Melaka dengan purata pemanduan seliter 21.056 km, Ho Chee Ming dari Selangor (19.472 km), Low Kah Choo dari Perak (19.136 km), Foo Chuan Huat dari Pulau Pinang (18.320 km) dan Dr. Syed Hassan Syed Abdul (16.176 km).

Sementara itu, Mohzani berkata, sokongan yang diterima membuktikan ramai pemandu mahu mencabar diri sendiri untuk memandu lebih jauh dengan hanya satu liter petrol Shell FuelSave tanpa plumbum.

Beliau berkata, sehingga kini, program tersebut mendapat sambutan luar dugaan dan sangat memberangsangkan daripada para pengguna.

''Kita mendapat lebih 6,000 penyertaan sepanjang beberapa siri cabaran. Kempen ini merupakan perkongsian Shell dalam penyelidikan dan pembangunan bagi memastikan pelanggan mendapat manfaat daripada kejayaan terbaru teknologi petrol,'' katanya.

Tambah beliau, pihaknya mempertimbangkan untuk mengadakan cabaran yang sama tahun depan dan bergantung kepada maklum balas daripada pengguna di seluruh negara.
 
Sponsored Post

kalau

CG Top Poster Club
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
aaa.......naper tak pakai keta buatan m'sia?

baru nampak ngam.....baru cun........
 

silverchair959

Legendary Member
Messages
18,404
Joined
Dec 21, 2005
Messages
18,404
Reaction score
96
Points
135
pakai civic bleh aaa...pakai exora tengok macam mana aa kalau berani...
 

none

Super Active Member
Messages
8,230
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,230
Reaction score
335
Points
91
bukan semua kete blh kot...
betul, betul, betul...
sekarang ni klu kita peratikan,
macam2 cara yg dibuat bagi membolehkan
apa jua produk mereka dijual,
pas ni... berduyun2 ler org isi shell,
soalnya betul ke... dgn satu ujian yg tah betul entah tidak,
begitu juga anugerah2 yg dimenangi oleh sesuatu jenama...
terlalu banyak yg palsu...
jadilah penguna bijak.....
Tengelam Sing Wira..TV33:)
 

shahru98

Fun Poster
Messages
331
Joined
Sep 29, 2009
Messages
331
Reaction score
42
Points
20
ada kategori ke..klu pakai viva kompem menang nih..haha
 

Moktey

Active Member
Messages
1,021
Joined
Dec 18, 2007
Messages
1,021
Reaction score
6
Points
25
betul, betul, betul...
sekarang ni klu kita peratikan,
macam2 cara yg dibuat bagi membolehkan
apa jua produk mereka dijual,
pas ni... berduyun2 ler org isi shell,
soalnya betul ke... dgn satu ujian yg tah betul entah tidak,
begitu juga anugerah2 yg dimenangi oleh sesuatu jenama...
terlalu banyak yg palsu...
jadilah penguna bijak.....
Tengelam Sing Wira..TV33:)

Kalau berani test sekali NGV Petronas lagi jimat:D
 

zizan_1

Fun Poster
Messages
972
Joined
Jun 25, 2008
Messages
972
Reaction score
7
Points
15
erm... kena tanya pemenang la...siasat...guna 1liter tu dgn keadaan tangki minyak ada 1liter ker...atau tangki minyak penuh tapi hanya guna tuk 1liter...sbb pada pengalaman aku...minyak yg kononnya fuel save ni...tak save pun... sbb jenama lain duk bagi tau produk mereka ada additive yg bagus mcm techron,X2,snergy...tapi shell xde pun cakap pasal teknologi additive dia...yg pasti kita leh nampak ramai org bertukar ke produk lain...jadi betul ker fuel save???
 

adib07

Junior Member
Messages
57
Joined
Dec 12, 2009
Messages
57
Reaction score
0
Points
6
yer btl...nie mesti keta m'siakuat mkn minyak....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register