BTC USD 38,597.3 Gold USD 1,817.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Satu kematian akibat denggi bagi tempoh31 Oktober hingga 6 November

rijal2009

Marked as Scammer, (until issue resolved)
Joined
Jul 8, 2009
Messages
9,169
Reaction score
286
Points
81
PUTRAJAYA: Satu kematian akibat demam denggi dicatat bagi tempoh 31 Okt hingga 6 Nov lepas, melibatkan seorang wanita berusia 32 tahun dari Taman Layang, Temerloh Pahang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, wanita yang bekerja di pasar raya di Bandar Mentakab itu mula demam pada 25 Oktober dan dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah pada 29 Oktober.


"Hasil pemeriksaan mendapati kawasan kediaman pesakit adalah bekas lokaliti wabak, manakala tempat kerjanya adalah lokaliti wabak sejak 30 Oktober lalu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu aktiviti kawalan iaitu semburan kabus dijalankan di kawasan kediaman serta tempat kerja mangsa.


Dr Mohd Ismail berkata, dalam tempoh itu, sejumlah 681 kes demam denggi dilaporkan dengan lima negeri menunjukkan peningkatan iaitu Sarawak dari 42 kes kepada 57 kes, Sabah dari 17 kepada 29 kes dan Terengganu dari 38 kepada 46 kes.


Beliau berkata, sejumlah 200 lokaliti wabak denggi sedang dipantau di seluruh negara dan daripada jumlah itu 26 lokaliti panas dikenal pasti minggu lalu, membabitkan 407 kes demam denggi.

"Lokaliti panas juga melaporkan 116 kes baru dalam tempoh yang sama. Lima atau 19 peratus daripada 26 lokaliti panas masih mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi," katanya.


Lima lokaliti itu ialah Selayang Baru dan Taman Desa Jaya Kepong di Selangor, Taman Malim Jaya dan Jalan Taming Sari di Melaka dan Flat Stulang Laut di Johor.

Bagi penyakit Chikungunya pula, kes yang dilaporkan untuk tempoh yang sama iaitu 31 Oktober hingga 6 November adalah sama dengan minggu sebelumnya iaitu kekal empat kes.-Bernama
 

CG Sponsors




Top
Log in Register