BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Satu Gambar Berjuta Kerinduan....

tangkisan

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
7,998
Joined
Dec 12, 2010
Messages
7,998
Reaction score
415
Points
81

Satu Gambar Seribu Kerinduan....


rindu_belaian_ibu.jpg

Gambar yang menyayat hati ini diambil dari salah sebuah rumah anak yatim piatu di Palestin. Anak kecil yatim ini telah melukis gambar ibunya di atas lantai dan tidur dipangkuannya, dalam usaha untuk mendapatkan kasih sayang dan belas kasihan seorang ibu. Mungkin dengan cara ini dapat mengubati jiwanya yang rindukan belaian dan sentuhan hangat si ibu.

Tidak dapat dibayangkan, berapa banyak titisan air mata anak ini tumpah dalam usahanya untuk melukis gambar ibunya di lantai sebelum dia tidur. Hanya gambaran ibunya dalam benaknya sahaja, disebabkan gambar pun tidak sempat diabadikan.

Mungkin juga gambar-gambar kenangan bersama ibunya telah musnah akibat peperangan. Tergambar wajah ibunya yang sedang tersenyum, sambil tertulis di samping gambarnya tulisan yang berbunyi, mama.

Kisah seorang anak kecil yang melukis imej ibunya pada lantai di sebuah rumah ini menggambarkan kepedihan seorang kanak-kanak yang begitu merindukan kasih sayang seorang ibu. Ibunya telah meninggal dunia dalam sebuah peperangan di Palestin. Maka, tinggallah si anak di sebuah rumah yatim piatu di Palestin.

Di rumah anak-anak yatim ini menjadi tempat tinggal ramai anak-anak yang menjadi mangsa selepas berpisah dengan ibu bapa mereka akibat perang yang tiada berkesudahan antara Palestin dan Israel.

Apa yang pasti, mereka adalah anak-anak mangsa kekejaman Israel. Anak-anak yang tidak berdosa ini tidak tahu menahu apa yang membuat mereka jadi korban perang yang begitu kejam itu, mereka hanya ingin hidup damai sebagaimana kanak-kanak yang lain.

Bagi anak-anak yang masih mempunyai kedua orang tua syukurilah dengan sebenar-benarnya, jangan sia-siakan pengorbanan dan kasih sayang mereka, berbaktilah dengan sepenuh jiwa raga kita, baik dengan doa untuk kebaikan kedua-dua orang tua mahupun dengan pembuktian pemeliharaan kita sebagai anak di hari tua kedua-dua ibu bapa kita, janganlah sesekali sia-siakan.

Berbaktilah pada orang tua kita, datangilah mereka untuk mohon keredhaan dan pintu maafnya selama nafas mereka masih ada, ukirlah senyum di wajah mereka, kemudian berlaku lemah lembutlah kepada anak-anak yatim dan dhu’afa dan sayangilah mereka.

Ingatlah bantu mereka anak-anak mangsa perang Palestin, Syria dan lain dengan cara sisihkan sebagaian harta kita buat mereka, mereka perlu hidup layaknya anak anak yang mempunyai ibu bapa, mereka juga mempunyai perasaan yang sama seperti kita.

Mereka tidak mempunyai tempat untuk berlindung dan berteduh di dalam sebuah kelaurga yang penuh dengan kasih sayang. Kasihanilah anak-anak ini..Ya Allah Engkau lindungi mereka…

7554_406281792840323_802044625_n%25255B7%25255D.jpg


anak_yatim_sedih_hilang_ibu.jpg


images
 
Sedih betul.. sekeping gambar sejuta makna
 
tanpa disedari hampir terkeluar air mata jantan aku setelah melihat gambar2 itu.
 
Hari tu gambar budak tdo sebelah kubur pun jd sensasi kejap.. Harap bukan teknik fotografi yg sama..

Mmg mengesankan gambar ni..
 
inilh akibat drpd peperangan..cian kanak2 yg tk berdosa...
 
Jangan salah satu sesi photoshoot sudah le..ari tu aku bukan main nangis...rupanya cheh..photoshoot je..Aku rasa anak2 palestin kental jiwa..bukan mudan untuk meminta minta..tak macam orang kita..
 
kecik2 da hilang mak bapak.. kesian.. kat mesia plak, mak bapak di buat lebih kurang n ade yg kena halau kuar umah...
 
Back
Top
Log in Register