Sasaran 9 emas tercapai!

CG Sponsors




sureheboh.com

Passed Away
Platinum Member
Joined
Jan 17, 2007
Messages
18,961
Reaction score
309
Points
131
GUANGZHOU - Skuasy membawa kontinjen Malaysia memahat pencapaian terbaik dalam sejarah Sukan Asia, apabila memenangi emas kesembilan di Guangzhou, sekali gus mencapai sasaran selepas menundukkan Hong Kong 2-0 pada final berpasukan wanita, semalam.

Kemenangan Datuk Nicol David dan rakan-rakan, membolehkan Malaysia mengatasi pencapaian terbaik pada Sukan Asia sebelum ini, iaitu lapan emas di Doha 2006.

Ia juga memastikan 2010 tahun paling cemerlang buat sukan tanah air, setelah sebelum ini melepasi sasaran Sukan Komanwel bulan lalu, dengan memenangi 12 pingat emas daripada 10 yang disasarkan.

Semalam, pemain remaja berusia 20 tahun, Low Wee Wern memegang kunci kejayaan Malaysia dengan mengutip mata pertama yang dianggap paling genting, sebelum jaguh No. 1 dunia, Nicol David memainkan peranan menghadiahkan mata kemenangan untuk pingat emas.

Turun tanpa pernah menang ke atas Rebecca Chiu dalam dua pertemuan terdahulu, Wee Wern mengetepikan perasaan gemuruh sebelum menang 11-4, 7-11. 11-6, 11-7.

Keresahan terbayang di kem Hong Kong sebaik gagal memenangi perlawanan pembukaan, kerana saingan perseorangan kedua melibatkan Nicol dan Annie Au, tidak pernah menjadi sasaran mereka untuk mencari mata, kerana sedar Nicol lawan yang tidak mungkin mampu ditandingi.

Nicol, 27, menepati reputasinya dengan hanya memerlukan 33 minit untuk menewaskan Annie 11-8, 11-7, 11-6, yang memberikan kemenangan bersih buat skuasy wanita negara.

Turut meraikan detik gemilang semalam adalah ketua kontinjen Malaysia, Datuk Zolkples Embong, yang juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN). Zolkples turut menerima ucapan tahniah daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menerusi telefon sebaik perlawanan berakhir.

"Saya tahu perlawanan ini pasti sukar kerana ranking kami lebih kurang saja (Wee Wern 16, Rebecca 19). Sudah dua tahun saya tidak bertemu dengannya, ia menyukarkan lagi keadaan.. tambahan pula Rebecca pemain berpengalaman, saya kena melakukan pukulan yang baik untuk menang.

"Pada mulanya saya agak gementar tetapi saya berjaya mengawal keadaan dengan baik untuk menang 3-1," kata Wee Wern.

Bagi Nicol, menumpaskan Hong Kong memberi kepuasaan, kerana berjaya menebus kekalahan ke atas pasukan yang telah mengecewakan mereka pada separuh akhir Kejohanan Asia di Chennai, Mei lalu.

"Ia perasaan yang hebat apabila anda berada di atas Hong Kong. Dalam setiap pertemuan kami dengan mereka pada Kejohanan Asia ia akan membangkitkan memori tetapi Sukan Asia menghadirkan satu perasaan berbeza.

"Saya mungkin memainkan peranan mengutip mata kedua tetapi tidak dinafikan, Wee Wern telah mempamerkan satu permainan hebat dengan mengalahkan Rebecca, seorang pemain yang amat berpengalaman. Kemenangan 3-1 yang dicatatnya adalah kunci kemenangan kami," kata Nicol. - Utusan
 
Sponsored Post

mdnor34

CG Top Poster Club
Joined
Nov 12, 2008
Messages
47,391
Reaction score
137
Points
133
skuash byk bantu capai sasaran sbb bolot 3 emas...
tp aku tgk skuash ni tak byk negara main....kurang berkembang.
 

kawebiz

Active+ Member
Joined
Aug 22, 2008
Messages
3,951
Reaction score
18
Points
25
Malaysia BOLEHHHHHHH

ari ni ada 2/3 acara lagi atlit malaysia ambik bahagian..

tp harapan utk dapat emas..tipis kerana bersaing dengan peserta dari cina

tetapi utk pingat gangsa rasa nyer boleh kot..
 

mdnor34

CG Top Poster Club
Joined
Nov 12, 2008
Messages
47,391
Reaction score
137
Points
133
sukan paling failed skali ialah olahraga....masa komanwell pun sama, olahraga antara yg teruk skali...semua atlit beraksi jauh dibawah rekod peribadi...mmg susah nak menang tp at least dpt wat personal rekod atau national rekod pun dah bagus.
 

kawebiz

Active+ Member
Joined
Aug 22, 2008
Messages
3,951
Reaction score
18
Points
25
mmg olahraga nie..lately mmg teruk sikit
Presiden KOAM kena wat postmortem ..naper jd camni
byk politik dlm KOAM nie..kecoh x abis2..

pelapis pun dah x ada nie..harap2 yg senior je nie..

camno nak hadapi SEA GAMES tahun depan nie..
 

anuarul

CG Top Poster Club
Joined
Jan 9, 2009
Messages
26,151
Reaction score
104
Points
133
kalau dapat 10 lebih 1 mesti dpt coti umum..ehhehe
 

ejalmlk

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 8, 2008
Messages
10,512
Reaction score
43
Points
120
Tahniah warga Malaysia yang bertanding ... 4 tahun lagik kena sasar 18 pingat plak ... !
 

pakaji

Active Member
Joined
May 15, 2009
Messages
1,208
Reaction score
17
Points
25
TAHNIAH..!! majulah sukan utk negara..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register