BTC USD 38,217.1 Gold USD 1,798.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sarung telefon kulit ****

eapui

Active+ Member
Joined
Dec 28, 2007
Messages
4,827
Reaction score
7
Points
25
KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini pengguna Islam di negara ini digemparkan dengan kasut dan cekak rambut kulit ****, namun keadaan semakin parah apabila pengguna telefon bimbit pula menjadi mangsa apabila sarung alat telekomunikasi itu turut dihasilkan menggunakan kulit ****.

Difahamkan sikap tidak berhati-hati pengguna selain kerakusan pembekal mengaut keuntungan menyebabkan ramai pengguna telefon bimbit menjadi mangsa apabila sarung telefon kulit **** itu dibeli tanpa menyangka ia haram disentuh.

Seorang mangsa, Nor Sarida Idres, 22, berkata, dia benar-benar tertipu dan terkejut apabila secara tidak sengaja terbeli sarung telefon bimbit yang dihasil menggunakan kulit **** itu.

“Saya hanya mendapat tahu ia kulit **** apabila ditegur eksekutif jualan berbangsa Cina ketika singgah di sebuah kedai menjual beg di Klang, semalam.


“Eksekutif jualan kedai beg itu memberitahu sarung telefon bimbit saya cantik dan dia ingin melihatnya sebentar,” katanya.

Namun dia terkejut apabila diberitahu eksekutif terbabit sarung itu diperbuat daripada kulit **** berdasarkan tanda titik tiga pada permukaannya.

Nur Sarida berkata, sarung telefon bimbit itu sebelum ini diberi percuma ketika dia membeli telefon bimbit yang bernilai lebih RM700 di Kelana Jaya di sini, dua bulan lalu.

“Selepas mengetahui ia diperbuat daripada kulit haiwan itu, saya jijik sebab kerap meletakkan di telinga ketika menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, dia yang kecewa dengan tindakan peniaga itu akan membuat aduan kepada pengetahuan Tribunal Tuntutan Pengguna.

Sementara itu, seorang pekerja sebuah syarikat hiasan dalaman kenderaan, Maihizuleffindy Mat Isa, 30, pula tidak menyangka telefon bimbit terpakai yang baru dibeli ditawarkan bersama sarung kulit **** percuma.

Menurutnya, dia membeli telefon bimbit terpakai itu pada 7 Oktober lalu daripada seorang lelaki kerana tertarik dengan harga RM450 berbanding harga asal lebih RM700.

Pemilik asal telefon bimbit itu mendakwa dalam kesempitan wang dan terpaksa menjualnya pada harga murah.

“Saya kasihan apabila dia minta tolong. Dia menawarkan telefon bimbit jenama terkenal bersama sarung kulit dan saya bersetuju membeli tanpa ragu.

“Selepas dua minggu, rakan sekerja yang mahu meminjam telefon itu untuk memuat turun lagu menyedari sarung telefon berkenaan diperbuat daripada kulit ****,” katanya.

dh ada thread ne, mod kasi padam.

:eek::eek::eek:
 
Last edited:
Sponsored Post

taufic

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 6, 2008
Messages
14,651
Reaction score
693
Points
161
sarung kulit pon kena letak tanda halal..
 

mohdfitri

Fun Poster
Joined
Sep 16, 2008
Messages
757
Reaction score
0
Points
10
hanset mahal biasa la.enset murah togel mcm tu je tak payah sarung2 nie.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register