Sarjan polis mati dilanggar pemandu mabuk

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut dilanggar oleh pemandu mabuk ketika mengawal keadaan lalu-lintas di Jalan Chan Sow Lin di sini berikutan kemalangan yang membabitkan enam buah kereta lain awal pagi tadi.

Harjit Singh, 50, yang bertugas sebagai penyelia kereta peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dilanggar oleh sebuah kereta Hyundai Getz yang dipandu seorang lelaki dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu.

"Pemandu kereta itu dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan secara melulu," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.

Pemandu kereta yang berumur 27 tahun itu cuba melarikan diri tetapi dapat diberkas sejurus selepas kejadian di kawasan berhampiran.

"Pada waktu itu berlaku kemalangan membabitkan enam buah kereta di Jalan Chan Sow Lin.

"Beliau dan seorang lagi anggota kemudiannya turun padang untuk mengawal trafik di kawasan kemalangan.

"Bagaimanapun secara tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah hadapan yang dipandu seorang lelaki lalu merempuh Harjit sebelum melanggar sebuah lagi kereta," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Jenayah "Balik Kampung" di Jalan Bukit Bintang di sini hari ini.

Harjit Singh meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

"Harjit patah tulang rusuk. Beliau dijangka dikebumikan Isnin ini kerana menunggu salah seorang anaknya yang belajar di Rusia pulang ke Malaysia," katanya.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak berumur antara 13 hingga 24 tahun. - Bernama
 
Sponsored Post

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
naya...x pasai2 je..patotnya haramkan arak dijual kat negara ni...kot2 la kan..
 

GeeKaDoY

Fun Poster
Joined
Feb 12, 2008
Messages
505
Reaction score
61
Points
30
Malang tidak berbau.....maut dimana2...#:-S#:-S
 

sni2020

Fun Poster
Joined
Jun 30, 2008
Messages
603
Reaction score
1
Points
15
pemabuk memang sampah masyarakat
 

anakomar

Fun Poster
Joined
Apr 26, 2008
Messages
662
Reaction score
1
Points
15
aku kenal mendiang ni
baik orangnya
nampak banyak van dan kereta polis kat depan rumah mendiang di desa wangsa cheras..
kesian,akibat kelalaian orang lain..beliau jadi mangsa
 

tebbaloi

Legendary Member
Joined
Mar 4, 2009
Messages
13,457
Reaction score
444
Points
131
bila la arak nak di haramkan penjualannya di mesia..
 

MaMaRiSsA

Active Member
Joined
May 23, 2009
Messages
1,953
Reaction score
4
Points
25
haramkan la arak kat mesia ni.. byk mendatangkan mudarat..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register