BTC USD 32,627.5 Gold USD 1,775.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sarimah Ibrahim kini hamil di usia 41 tahun

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,857
Reaction score
21,202
Points
1,671
Sarimah, Tunku Jamie diijabkabul

Kuala Lumpur: Hanya dengan sekali lafaz, pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim, 37, selamat diijabkabulkan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 43, dalam majlis ringkas di hotel, di sini, hari ini.


Pasangan ini dinikahkan jurunikah Istana Negara, Ustaz Nik Ridzuan Nik Mohamad pada 12.38 tengah hari tadi dengan disaksikan ibu bapa pengantin perempuan, Ibrahim Ahmad, 59, dan Elizabeth Hanlon serta keluarga terdekat kedua belah pihak.

Tunku Nadzimuddin atau dikenali sebagai Tunku Jamie adalah cucu kepada Yang Dipertuan Agong ke-10, Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

Pada majlis bertemakan tradisional itu, Sarimah menerima mas kahwin sebanyak RM6,000 dan cincin daripada pihak lelaki, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pihak lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan berbalas tujuh oleh pihak perempuan.

Hadir sama, Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Najihah Tunku Besar Burhanuddin.

Majlis persandingan akan diadakan di hotel yang sama malam ini.


2415ramlah1.transformed.jpg

TUNKU Jamie (kiri) dan Sarimah. FOTO Ramlah Zainal
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41018#sthash.pDKE5yIW.dpuf

01sarimah_cropped.transformed.jpg

Sarimah Ibrahim bersama bakal suaminya Tunku Jamie. - Foto ihsan Sarimah

KUALA LUMPUR: Esok, pengacara Bella saluran ntv7, Sarimah Ibrahim akan melangsungkan pernikahan dengan cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (Tunku Jamie).

Majlis pernikahan akan diadakan di Hotel Prince KL sekitar jam 10.30 pagi. Sarimah adalah antara artis yang melangsungkan perkahwinan tahun ini selepas rakan selebriti lain seperti Yana Samsudin, Hanez Suraya dan Sharifah Sakinah. Sarimah dan Tunku Jamie bertunang pada 27 September tahun lalu.

"Saya harap semua yang dirancang akan berjalan lancar dan seadanya. Doa semua baik-baik sahaja ya! Jumpa esok ya!," kata Sarimah Ibrahim ringkas yang akan mengenakan rekaan Salikin Sidek dan Melinda Looi pada hari bahagianya.

Sarimah dan Jamie berkenalan selama sembilan bulan sebelum bertunang. Ini bukan perkahwinan pertama mereka. Sarimah pernah berkahwin dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah pada 2006 tetapi bercerai pada penghujung Disember 2008.

Jamie pula yang berstatus duda tanpa anak juga pernah berkahwin dan sudah bergelar solo ketika bertemu selebriti berkenaan 13 bulan lalu.


http://www.bharian.com.my/node/44646
 
Sarimah hamil kali pertama di usia 41 tahun

DyUywUYU8AEtyjW.jpg


PENGACARA dan pelakon, Che Puan Sarimah Ibrahim, berkongsi keterujaannya yang kini hamil anak sulung ke akaun Instagram, sebentar tadi.


Dalam entri itu, Sarimah menyifatkan kehamilan itu sebagai satu keajaiban apatah lagi ketika usianya memasuki 41 tahun.

Mengetahui tentang kehamilannya hujung tahun lepas, Sarimah juga meminta maaf kepada pelanggan serta rakan sekerja kerana terpaksa membatalkan banyak perancangan demi menjaga kandungannya.

"Seperti tidak percaya saya akan menjadi ibu buat kali pertama pada usia 41 tahun. Alhamdulillah untuk keajaiban ini.

"Kandungan saya kini masuk empat bulan. Doakan yang terbaik untuk kami ya," tulis Sarimah.

Sarimah mendirikan rumah tangga dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, pada April 2015.


http://www.astroawani.com/berita-hi...aan-hamil-anak-sulung-di-usia-41-tahun-197546

Sarimah selamat lahirkan puteri sulung

sarimah_IG_1563546880.jpg

Sarimah_Baby_1563546882.jpg


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Sarimah Ibrahim, kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi perempuan, hari ini.


Bayi comel itu diberi nama Tunku Sofia Najihah yang menurutnya bermaksud kejayaan indah.

Berita gembira itu dikongsi Sarimah, 40, menerusi hantaran di Instagram Story.

“Alhamdulillah, puteri kami, Tunku ‘X’ selamat dilahirkan. Inilah hadiah dari syurga.

“Insya-Allah, kami akan kongsi perkembangan terkini mengenainya, selepas ini,” tulis artis serba boleh terbabit.

Sarimah turut meluahkan rasa syukur dan penghargaan atas kata-kata semangat dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak.

Lebih menggembirakan, tarikh kelahiran anak sulungnya sama dengan moyangnya, Almarhum Tuanku Ja’afar Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Berita kelahiran puteri sulung Sarimah itu turut mendapat reaksi teman seperjuangan, antaranya Ning Baizura, Aliff Satar dan Siti Elizad.

Pada 1 Februari lalu, bintang Janji Diana dan Gerak Khas The Movie 3 itu mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Irish itu mendirikan rumah tangga dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie, pada 2 April 2015.


https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/07/587034/sarimah-selamat-lahirkan-puteri-sulung

Last edited:
Sponsored Post

habiburrahman

Super Active Member
Joined
Feb 1, 2009
Messages
7,016
Reaction score
193
Points
78
Sarimah, boleh aku tahu umur laki tu ? Kalau tua dari aku, kau mesti menyesal.
 

babyblacky

CG Top Poster Club
Joined
Feb 24, 2011
Messages
20,138
Reaction score
212
Points
123
aku bace tajuk dengan laju ingatkan sultan ibrahim :))
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,909
Reaction score
585
Points
161
Tahniah... kenapa tak buat akad nikah 1 April? Senang sikit nak ingat... Hari GST :D
 

pokyo

Super Active Member
Joined
Jan 7, 2009
Messages
5,283
Reaction score
145
Points
83
Mix fm dah tak best bila Sarimah berenti~X(
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,857
Reaction score
21,202
Points
1,671
lama tu menjanda. dr 2008
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,172
Reaction score
2,923
Points
201
janji dapat jaminan hidup kaya...
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,440
Reaction score
2,845
Points
206
ingat dengan cinta tu boleh bagi kau makan pakai?...

begitulah dialog koman di tanah melayu yang menyebabkan wanita lebih memandang harta..lol.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,857
Reaction score
21,202
Points
1,671
Sarimah, Tunku Jamie diijabkabul

Kuala Lumpur: Hanya dengan sekali lafaz, pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim, 37, selamat diijabkabulkan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 43, dalam majlis ringkas di hotel, di sini, hari ini.


Pasangan ini dinikahkan jurunikah Istana Negara, Ustaz Nik Ridzuan Nik Mohamad pada 12.38 tengah hari tadi dengan disaksikan ibu bapa pengantin perempuan, Ibrahim Ahmad, 59, dan Elizabeth Hanlon serta keluarga terdekat kedua belah pihak.

Tunku Nadzimuddin atau dikenali sebagai Tunku Jamie adalah cucu kepada Yang Dipertuan Agong ke-10, Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

Pada majlis bertemakan tradisional itu, Sarimah menerima mas kahwin sebanyak RM6,000 dan cincin daripada pihak lelaki, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pihak lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan berbalas tujuh oleh pihak perempuan.

Hadir sama, Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Najihah Tunku Besar Burhanuddin.

Majlis persandingan akan diadakan di hotel yang sama malam ini.


2415ramlah1.transformed.jpg

TUNKU Jamie (kiri) dan Sarimah. FOTO Ramlah Zainal
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41018#sthash.pDKE5yIW.dpuf
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register