BTC USD 61,955.5 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sarawak Tawar Pengajian Perubatan Percuma Kepada Lepasan SPM Cemerlang

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,924
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
61,924
Reaction score
6,858
Points
916
Awards
1
07.09.2024 - Kerajaan Sarawak menawarkan pendidikan percuma kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang negeri itu yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pendidikan percuma bagi bidang perubatan berkenaan ditawarkan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

"Bagi mereka yang mendapat keputusan terbaik dan cemerlang serta mahu menjadi doktor saya nasihatkan mengambil peluang yang disediakan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), Bulan Malaysia Sihat Sejahtera @ HePiLI (BMSS) dan One Hour Malaysia Clean Up (1HMCU) 2024 peringkat negeri Sarawak di SMK Agama Sibu di sini hari ini. Jelajah itu mengunjungi 15 lokasi di seluruh Sarawak sejak 15 Ogos lalu dan akan tamat di Kuching di SMK Petra Jaya pada 18 Oktober. Lukanisman berkata, BMSS ialah satu inisiatif yang diaspirasikan daripada ANMS untuk mengukuhkan jalinan kerjasama antara rakan strategik dalam merancang serta melaksanakan program dan aktiviti pembudayaan hidup sihat secara bersepadu serta menyeluruh. Beliau berkata, BMSS disambut setiap September namun bagi Sarawak sambutan bertemakan 'Tingkatkan Imuniti Badan, Budayakan Hidup Sihat' diawalkan dengan acara kembara bermula 15 Ogos dan berakhir 8 Oktober nanti. Beliau berkata, tema berkenaan selari dengan hala tuju KKM untuk beralih fokus daripada sick care kepada penjagaan kesihatan dan kesejahteraan dengan menggunakan pendekatan pencegahan dalam promosi pembudayaan hidup sihat.

"Objektif BMSS adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan ke arah melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat dengan meningkatkan literasi kesihatan dan solidariti promosi antara agensi, NGO, swasta dan komuniti. Aktiviti BMSS akan memfokuskan kepada lima domain pembudayaan hidup sihat seperti ativiti fizikal, minda sihat, pemakanan sihat dan selamat, pencegahan tingkah laku berisiko dan kebersihan diri serta persekitaran," jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) juga dalam misi ke arah memerangi pengambilan gula berlebihan melalui program War on Sugar berikutan peningkatan masalah obesiti yang mencatatkan 54.5 peratus pada tahun lepas berbanding 50.1 peratus pada 2019.
1725713521950.png
 
Sponsored Post

Nampak Sarawak semakin kaya dengan pemerintahan baru.
Hasil negeri dikongsi dengan rakyat bukan diboloti dengan ahli keluarga sendiri.

kan bab health care sarawak nak independent tak nak under kkm da

so depa tgh create own 1st batch manpower
 
Sarawak ada visi yang jelas. Kalau berubah kerajaan negeri pun, diorang tetap amanat nak utamakan sarawak dulu.

Mereka tak berpaksi dan sembah kepada Putrajaya mcm Sabah negeri pasir berdengung.

Kesian Sabah.

Aku still salahkan madey dalam hal ni.

Memang salah org Sabah sendiri.

Tapi UMNO tak patut wujud di Sabah
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register