BTC USD 37,804.4 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sarawak Mengundi 2021

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
Pengundian Awal PRN Bermula Di Sarawak

14.12.2021 - Kuching, Pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 (PRN12) yang melibatkan anggota dan pegawai polis serta tentera dan pasangan bermula 7.30 pagi ini. Ia melibatkan 12,585 anggota dan pegawai tentera serta pasangan, dan 10,458 anggota serta pegawai polis dan pasangan. Pengundian itu dijangka dilaksanakan sehingga lima petang ini. Sejumlah 349 calon bersaing dalam PRN12 dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh pengundian pada Sabtu ini.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/602937
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
Menjejak Peluang PAS & Amanah Di Sarawak

14.12.2021 - Kuala Lumpur, Pada hari-hari terakhir sebelum lebih 1.25 juta pengundi membuat keputusan bagi memberikan mandat baru untuk kerajaan negeri, parti-parti yang bertanding semakin giat memecut untuk berkempen di semua ceruk kawasan masing-masing. Perang di jalanan meliar dengan deretan bendera dan gegantung mewarnai bahu-bahu jalan. Memasuki kawasan DUN Beting Maro - di bawah kawasan parlimen Batang Lupar - barulah terlihat bendera bulan hijau-putih yang tidak asing lagi di semenanjung. Tidak seperti PRN sebelum ini kibaran lambang kebanggaan PAS itu sukar ditemukan kali ini.

Ia bukanlah aneh kerana PAS hanya bertanding di satu kerusi saja, iaitu di Beting Maro. Sebelum ini parti terbabit meletakkan calon di 11 kerusi. Keberadaan PAS dalam PRN ke-12 ini sempat diherdik sekutu Sarawak mereka dalam kerajaan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tundang kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS). Pemimpin PBB sempat mempersoalkan kenapa PAS tetap mahu meletakkan calon sedangkan dalam PRN lalu parti itu sering hilang deposit.


Tak Teragak - Agak Mahu PAS

Pun begitu, bagi PAS, mereka tetap yakin kepada 'rekod baik' mereka sebelum ini, terutama di Beting Maro. “Beting Maro ini bukan tempat PAS hilang deposit. Hatta kita hampir menang pada 2011 apabila hanya kalah dengan 391 undi. Pada PRN 2016 lalu pun kita berada di tempat dua,” kata calon yang dipertaruhkan PAS kali ini, Mohammad Arifiriazul Paijo.

Juga dikenali sebagai Arif Paijo, 37, mengikuti dia berkempen di Beladin menampakkan bagaimana PAS mempersiapkannya dengan memberi tumpuan kempen dari rumah ke rumah pada minggu pertama. Strategi ceramah - yang dibenarkan di kawasan capaian internet yang lemah - hanya akan dilakukan pada minggu terakhir. Mendekati pengundi pula, pengaruh PAS nampaknya masih berbekas terutama di Pusa. Meskipun ramai yang menjangkakan GPS mampu mempertahankan kedudukan di Beting Maro, ada juga yang tidak teragak-agak menyebut bahawa PAS adalah pilihan mereka kali ini.

Bagi penyokong PAS pula, mereka menyifatkan penyandang dua penggal DUN Beting Maro, Razaili Gapor dari GPS-PBB tidak membawa perubahan di kawasan itu. Jika di Semenanjung, sokongan terhadap PAS selalunya lebih bertulangkan ideologi yang dibawa parti itu, namun di Beting Maro - berdasarkan pemerhatian - nampaknya rata-rata yang menyokong PAS mendambakan perubahan. Isu yang dibangkitkan pula antaranya ialah pembangunan, capaian internet yang lemah, gangguan bekalan elektrik apabila hujan, dan keadaan atau jaringan jalan raya yang tidak memuaskan.

Bagaimanapun untuk rekod, apa yang dikeluhkan itu memang antara isu yang sering disuarakan oleh pengundi di seluruh Sarawak. Sekiranya terpilih, kata Arif, dia berjanji untuk mengkaji semula masalah yang membelenggu penduduk di kawasan tersebut selepas - dakwanya - ia tidak berjaya dilakukan Razaili.


BN Tak Ada, PAS Anggap Cerah

Janji bekas eksekutif kanan Petronas yang kini tinggal di Miri itu, dia akan berpindah untuk menetap di Beting Maro dan membuka pusat khidmat masyarakat yang berfungsi dan terbuka untuk mendengar permasalahan rakyat jika terpilih menjadi wakil mereka. Lapor Bernama, Razaili, 65, yang merupakan bekas pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sarawak telah menetapkan tiga fasa pelan pembangunan di kawasan itu.

"Fasa pertama ialah penyediaan keperluan asas seperti akses jalan raya, elektrik dan air, manakala pada fasa kedua ialah kesejahteraaan ekonomi seperti membuka kawasan hasil pertanian bagi menjana pendapatan penduduk berjaya dicapai. Fasa ketiga pula untuk membawa teknologi terkini dan infrastruktur dalam bidang pertanian. Sebagai contoh mewujudkan sistem pengairan dan saliran yang lebih baik supaya tanah di Beting Maro yang dikenal pasti berpotensi, dapat diusahakan sebaik mungkin serta menjana pendapatan penduduk," katanya.

Ditanya mengenai peluangnya, Arif berkata, dia melihat PBB - yang pertama kali bertanding menggunakan lambang GPS - memberikan kelebihan buat PAS.

“PRN lepas kita (PAS) nombor dua, kalah kepada PBB-BN. Kali ini BN dah tak ada, jadi itu kelebihan untuk kitalah. Lambang yang paling sinonim kepada orang tua di sini adalah lambang bulan, lambang dacing tu dah tak ada,” kata usahawan itu lagi.

Menyifatkan PRN ke-12 ini menyaksikan peluang sama rata bagi semua calon untuk memenangi Beting Maro, kata Arif, kejayaan PAS dijangka akan memberikan “kesan domino” kepada potensi parti itu di Sarawak secara keseluruhan.


Kini Logo Lebih Di Kenali

Selain Arif dan Razaili, Beting Maro turut ditandingi Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR), Jacky Chiew Su Chee (PBK) dan Safiudin Matsah sebagai calon bebas. Jika PAS bertanding hanya di satu kerusi, parti serpihannya, Amanah, pula bertanding di lapan kerusi iaitu di Demak Laut, Semariang, Muara Tuang, Gedong, Sebuyau, Semop, Jemoreng, dan Kabong . Pada PRN ke-11 Amanah meletakkan calon di 13 kerusi. Kabong menjadi kawasan yang menawarkan prospek terbaik untuk Amanah kali ini setelah berjaya meraih 22.6 peratus undi pada PRN lalu.

Kabong mempertaruhkan Andri Zulkarnaen Hamdenm, 49, yang merupakan timbalan pengerusi Amanah Sarawak. Ditemui di Kabong, dia yang juga dikenali sebagai Hud Andri berkata, Amanah masih bertanding dengan membawa konsep ‘rahmatan lil alamin’ dengan memberikan fokus kepada kebajikan rakyat. Katanya, jika pada PRN 2016 Amanah masih bertatih kerana usianya yang begitu muda, kali ini, Amanah sudah bersedia.

“Dulu jentera kami tak tahu nak buat apa, sebab masih baru. Sekarang jentera dah lengkap. Penerimaan rakyat pun dah kenal. Dulu logo kami tak dikenali. Dulu kami pergi kempen, dia (pengundi) tak kenal. Masih baru. Sekarang orang dah kenal,” katanya yang bekerja sendiri itu.

Dalam PRN kali ini, Amanah tidak mempunyai manifesto sebaliknya lebih memberikan tumpuan pada isu setempat.


Apa - Apa Boleh Berlaku

Andri berkata di Kabong dia akan cuba menyelesaikan isu kemudahan asas seperti internet dan gangguan bekalan elektrik; memperjuangkan pembinaan balai bomba dan pusat dialisis; serta membina jalan bagi memudahkan peladang mengeluarkan hasil tanaman daripada ladang mereka. Dakwa Andri, jika berlaku kebakaran penduduk Kabong dan kawasan sekitarnya harus menunggu bantuan bomba dari Saratok yang terletak hampir sejam perjalanannya. Bagi penduduk yang uzur dan perlu mendapatkan rawatan dialisis pula, mereka harus ke Saratok atau Sarikei.

Pun begitu, daripada pemerhatian Malaysiakini, cabaran yang harus didepani Andri ialah calon penyandang di kerusi tersebut. Rata-rata penduduk Kabong yang ditemui Malaysiakini menyatakan rasa berpuas hati dengan prestasi Mohd Chee Kadir (GPS-PBB) dan menjangkakan dia dapat mempertahankan kerusi tersebut pada 18 Dis ini. Secara keseluruhan penduduk yang ditemui di sekitar Pekan Kabong dan Kampung Kabong berdekatannya berkata, Mohd Chee yang juga bekas timbalan datuk bandar Miri, berjaya membawa perubahan di Kabong, terutama dari segi pembangunan.

Pelbagai projek pula sedang dan akan dibangunkan. Namun, menurut Andri, GPS sememangnya lebih mengutamakan penduduk Melayu tetapi kurang memberikan perhatian kepada kaum lain seperti Cina dan Iban. Katanya juga, setelah turun berkempen di 60 peratus kawasan, apa-apa boleh berlaku memandangkan pengundi memang menyambut baik semua calon yang berkempen, namun akhirnya pilihan mereka hanya akan dipangkah di kertas undi.

Selain Andri dan Mohd Chee, calon lain yang bertanding untuk kerusi Kabong ialah Wan Mohamad Madehi Wan Ali (PSB) dan Mohamad Asri Kassim (PBK).
1639492347512.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register