BTC USD 35,953.2 Gold USD 1,812.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sarawak Mengundi 2021

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,141
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,141
Reaction score
4,391
Points
296
Awards
1
1638330045333.png


01.12.2021 - Kuala Lumpur, Landskap politik Sarawak sentiasa mengalami perubahan. Tetapi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak 2021 bakal menyaksikan antara perubahan terbesar di negeri itu. Pernah dikenali sebagai “deposit tetap” BN, kali ini BN Sarawak tidak akan membuat kemunculan rasmi memandangkan gabungan itu telah pun dibubarkan pada 2018.

Kali ini pengganti BN di Sarawak iaitu Gabungan Parti Sarawak (PGS), serta beberapa parti lain, akan membuat kemunculan pertama dalam pilihan raya. PanduanKini kali ini akan menunjukkan prestasi parti-parti utama dalam PRN 2016, bagaimana peralihan sokongan memberi kesan kepada landskap politik dan beberapa naratif penting menjelang pilihan raya kali ini.

DUN Sarawak mempunyai 82 kerusi, menjadikannya badan legislatif terbesar selepas Parlimen. Terus tatal ke bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut. Ini merupakan lokasi tiga bandar besar di Sarawak - Kuching, Sibu dan Miri. Semasa PRN2016, BN Sarawak menang besar dengan memperoleh 72 kerusi. Faktor utamanya adalah sokongan orang Sarawak kepada Adenan Satem, yang ketika itu menggantikan Taib Mahmud sebagai ketua menteri. BN Sarawak terbubar ekoran PRU14 pada 2018. Parti-parti komponen BN Sarawak membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bagaimanapun, empat orang Adun yang menang sebagai “calon langsung BN”, bermakna mereka menggunakan lambang BN pada kertas undi meskipun bukan menganggotai mana-mana parti komponen, telah masuk PSB. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pemenang terbesar dengan 40 kerusi. Kekuatan mereka dalam pilihan raya memang tiada tandingan. Tidak pernah ada calon mereka yang kalah sejak 1996. PBB merupakan tulang belakang GPS dan juga gabungan BN Sarawak sebelumnya. PBB dan versi-versi terdahulunya telah berkuasa dan memegang jawatan ketua menteri sejak 1966.

PBB mempunyai banyak rakan gabungan sebelum ini. Yang terbaru ialah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif (PDP), dan Parti Rakyat Sarawak (PRS). Kekuatan ketiga-tiga parti ini telah sedikit merosot semasa PRN 2016 dan PRU 2018. Kesemua empat parti GPS adalah parti berbilang kaum. Pun begitu, PBB mempunyai syarat bumiputera. Banyak kawasan majoriti Islam diwakili oleh PBB. Kawasan majoriti pengundi Cina pula terbahagi sama rata antara pembangkang dan SUPP.

PH pula, menerusi DAP dan PKR, menang 10 kerusi pada 2016, berkurangan berbanding 15 kerusi yang dimenangi pada 2011. Kerusi-kerusi ini kebanyakannya di kawasan bandar kecuali Krian dan Ba’kelalan, kedua-duanya dimenangi PKR. Sebahagian yang menang atas tiket PH telah keluar parti. Dua Adun PKR menyertai PSB, dan seorang lagi menyertai Bersatu. Seorang Adun DAP menjadi Adun bebas. Sarawak mempunyai banyak kumpulan etnik. Tetapi lazimnya berkaitan pilihan raya, mereka dikategorikan kepada lima kumpulan utama: Melayu-Melanau, Cina, Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu. Kawasan-kawasan lain ialah kerusi campuran. Apa Yang Menjadi Taruhan?


ADAKAH ABANG JO AKAN MENANG BESAR?

Pengerusi GPS Abang Johari Abang Openg akan berdepan ujian pilihan raya keduanya. Semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, reputasinya tercalar apabila pembangkang berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen yang dipegang di Sarawak. Susulan itu, dia meyakinkan parti sekutunya untuk menarik diri daripada BN dan membentuk gabungan baru yang menjalin kerjasama pakatan tidak rasmi dengan BN dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat persekutuan.

Gabungan itu telah mendesak kerajaan persekutuan untuk memberikan lebih autonomi kepada Sarawak dan pengiktirafan yang lebih besar terhadap Perjanjian Malaysia 1963. Apakah usaha ini dapat menyentuh hati pengundi? Ia hanya akan terjawab dalam PRN ini. Jika tidak, Abang Johari mungkin berdepan kesukaran untuk mengekalkan kedudukan sebagai presiden PBB untuk penggal kedua, dan seterusnya sebagai ketua menteri.

1638330255318.png



DAPATKAH PH SARAWAK BERTAHAN?


Di Sarawak, DAP dan PKR ibarat pasangan yang sudah dua dekad hidup tidak bahagia. Tidak banyak sinergi antara dua parti itu. Ada kala mereka bahkan meletakkan calon di kerusi yang sama. Menuju hari penamaan calon, PKR Sarawak telah membuat kenyataan yang memberi isyarat bahawa ia tidak akan patuh kepada komitmen awal dalam perjanjian agihan kerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak. Tidak seperti GPS, PH Sarawak juga memutuskan untuk tidak menggunakan satu lambang yang sama. Dengan perpecahan ketara PH Sarawak menuju PRN ini, persoalan yang bermain adalah jika gabungan itu akan dapat bertahan sehingga ke hari mengundi nanti.
1638330304729.png

BAGAIMANA DENGAN PENCAPAIAN PSB?

Selain Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) pada 2006, tidak ada lagi parti pembangkang tempatan lain yang berjaya menang walau satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Kali ini, PSB mungkin mempunyai peluang itu. Parti itu sudah pun disertai beberapa wakil rakyat veteran yang keluar dari parti lain (lihat jadual di bawah).
1638330338941.png

Lebih-lebih lagi, PSB juga telah mengambil beberapa nama besar dari BN dahulu seperti Tiki Lafe dan Joseph Entulu Belaun sebagai calon. Berdasarkan senarai calon mereka setakat ini, PSB memberi tumpuan kepada kerusi luar bandar. Bagaimanapun, kegagalan memetarai rjanjian dengan PH mungkin menjejaskan peluang mereka.
1638330360179.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,141
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,141
Reaction score
4,391
Points
296
Awards
1
Anak Arwah Tok Nan Bakal Tanding Di Tanjong Datu

01.12.2021 - Kuala Lumpur, Anak bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem (Tok Nan), Azizul Annuar Adenan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12. Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Openg berkata keputusan itu dibuat kerana penyandang kerusi tersebut yang juga balu kepada Tok Nan iaitu Datuk Amar Jamilah Anu mahu mengundur diri serta memberikan ruang kepada Azizul.

“Kami di Parti Pesaka Bumiputera (PBB) sendiri mahu orang muda… adalah wajar kami memberi laluan kepada anaknya untuk meneruskan wawasannya (Allahyarham Adenan Satem). Saya rasa beliau (Azizul) sudah bersedia, beliau berbakat, mempunyai latar belakang… saya tak kisah nak bagi tahu, beliau ada karakter, macam bapa dia juga. Saya beri bayangan tadi dan saya akan sahkan pada 3 Dis nanti. Selalunya bayang-bayangan akan jadi benar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Kecemerlangan Teknikal SarawakCentex di Lundu.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, Abang Johari berkata pada PRN kali ini, beliau mahu menampilkan calon orang muda kerana mereka berpotensi di samping melatih mereka untuk memimpin Sarawak di masa hadapan.

“Kami (GPS) bagi pendedahan bagaimana untuk menguruskan politik yang stabil, bagaimana menguruskan pembangunan yang memberikan kesan kepada rakyat… apakah kualiti pimpinan yang mesti ada, Alhamdulilah kita dalam parti (PBB) kita ada pimpinan yang kita latih. Kita bekerja dalam satu pasukan, lagi-lagi pasukan besar bernama GPS, bukan senang memimpin Sarawak … kita mesti adil kerana rakyatnya berbilang kaum, agama, budaya dan keturunan,” katanya.

Jamilah Anu menang kerusi DUN Tanjong Datu pada PRN Sarawak 2017, menggantikan Allahyarham Adenan yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung.​

1638350048257.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,141
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,141
Reaction score
4,391
Points
296
Awards
1
Kempen Maya Jadi Pilihan Utama

Ceramah di ruang parkir, kawasan terbuka serta dewan luas dengan kehadiran serta sorakan ratusan orang merupakan kebiasaan setiap kali waktu berkempen dalam mana-mana pilihan raya, namun bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 (PRN12), kebimbangan terhadap ancaman Covid-19 telah membantutkannya. Kebimbangan itu menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan aktiviti kempen secara fizikal, dengan ceramah mahupun syarahan secara fizikal tidak dibenarkan, kecuali di 64 daripada 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), yang mempunyai liputan internet yang lemah. SPR lebih menggalakkan kempen menggunakan aplikasi sosial, dan calon perlu mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam tempoh kempen selaras norma baharu yang perlu diamalkan.

Malah calon-calon juga dilihat lebih berminat dengan medium digital walaupun mereka bertanding di kawasan luar bandar, kemungkinan disebabkan perasaan bimbang terhadap Covid-19. Kerana itu, setelah hampir seminggu berkempen, pendekatan berkempen di medan maya oleh calon dan parti bertanding dilihat efektif dalam menyampaikan mesej mereka, cuma kaedah dan aplikasi yang dipilih perlu disesuaikan dengan kawasan masing-masing, sama ada tahap liputan internet atau masyarakat di situ. Penganalisis politik Prof Datuk Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata pendekatan berkempen cara baharu secara maya itu dilihat sangat efektif dan berkesan terutamanya dalam kalangan pengundi muda.

“Golongan veteran mungkin masih selesa dengan kempen bersemuka, walaupun ia terbatas dari segi waktu dan SOP. Kempen secara maya ini tiada had - boleh waktu pagi, petang dan malam, manakala bahan kempen (video, gambar) juga boleh dimainkan berulang kali. Kempen secara maya juga membolehkan proses berkempen itu dilaksnakan dalam rumah masing-masing (rumah pengundi) tanpa perlu keluar. Maknanya mesej itu boleh disampaikan dengan hanya duduk dan berurusan dari rumah,” katanya.

Mohd Fadzil yang juga Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkata sewaktu berkempen, sasaran utama parti bertanding adalah untuk mendapatkan sokongan pengundi atas pagar yang masih belum membuat keputusan memilih calon yang mana.

“Kempen yang baik boleh pengaruh golongan pengundi atas pagar. Bagi golongan tegar dengan satu parti tertentu, itu mungkin agak sukar (mengubah pilihan mereka)… kecuali berlaku kes tertentu melibatkan calon atau parti,” katanya.

Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara Dr Nur Aida Kipli berkata berkempen secara maya merupakan satu cabaran kepada calon-calon bertanding.

“(Yang penting ialah) Kreativiti, gaya penyampaian dan corak bahasa yang bersesuaian dengan semua peringkat lapisan pengundi dan juga demografi penduduk. Bahasa yang digunakan untuk bahan kempen juga perlulah mudah dan senang difaham untuk memenangi hati pengundi,” katanya.

Terdapat kira-kira 1.2 juta pemilih berdaftar pada PRN Sarawak ke-12. Sejumlah 349 calon bersaing dalam PRN12 dengan Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh pengundian pada 18 Dis manakala pengundian awal pada 14 Dis.​

1639375545551.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,141
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,141
Reaction score
4,391
Points
296
Awards
1
Di Sini Rancak, Di Sana Rancak

13.12.2021 - Kuala Lumpur, Tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) yang hanya berbaki lima hari menyaksikan kempen calon yang bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di wilayah utara Sarawak semakin rancak dengan kelebihan memihak kepada ceramah secara fizikal. Wilayah utara Sarawak merangkumi bahagian Miri, Bintulu dan Limbang dengan 14 daripada 18 DUN di kawasan itu yang tersenarai dalam kumpulan 64 DUN dibenar melaksanakan aktiviti ceramah secara bersemuka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan tahap liputan Internet rendah.

Jentera kempen parti masing-masing semakin aktif turun padang termasuk mengagihkan risalah maklumat calon kepada pengundi, kempen siar raya menggunakan pembesar suara selain pemasangan bendera, poster dan sepanduk calon. Di Lawas, yang menempatkan DUN Bukit Sari dan DUN Ba’kelalan, suasana kempen meriah dengan aktiviti ceramah fizikal secara norma baharu dan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan SPR serta Kementerian Kesihatan.

Pengarah Pilihan Raya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi DUN Bukit Sari Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa berkata kempen Gabungan Parti Sarawak (GPS) berada pada ‘pecutan’ ketiga dalam usaha memastikan calon mereka iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, mengekalkan kemenangannya. Beliau berkata fokus jentera GPS adalah memastikan pengundi Bukit Sari khususnya di luar bandar mengenali logo gabungan politik itu bagi mengelakkan mereka keliru dengan parti lain yang turut memaparkan imej Burung Kenyalang.

“Kita juga sedang menyusun jadual kempen ceramah fizikal, termasuk memohon permit, malah semua jentera kita yang turun berkempen hanya terhad kepada individu yang lengkap vaksinasi dan wajib mematuhi semua SOP,” katanya kepada Bernama.

SPR menetapkan ceramah atau syarahan secara fizikal hanya dibenarkan di 64 DUN dan pihak yang berkenaan perlu mendapatkan permit daripada polis, dilakukan di lokasi tertutup selain kehadiran adalah terhad kepada penduduk kampung atau rumah panjang sahaja. Di Bekenu, calon GPS Datuk Rosey Yunus tidak melepaskan peluang untuk melawat dan berkempen di hampir semua rumah panjang dalam kawasan DUN itu. “Bekenu disenaraikan sebagai kawasan kurang liputan Internet dan kerana itu, kita masih boleh mengadakan ceramah serta lawatan ke rumah panjang tetapi kami perlu memohon permit daripada pihak polis terlebih dahulu,” katanya.

Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi DUN Marudi iaitu Datuk Sylvester Entri Muran berkata momentum berkempen parti itu telah dipertingkat untuk mempromosi tawaran manifestonya yang dilancarkan semalam. Beliau berkata justeru kelebihan berkempen secara bersemuka perlu digunakan sebaik mungkin oleh parti yang bertanding untuk menerangkan tawaran manifesto masing-masing kepada pengundi. Calon pada PRN12 kali ini turut memanfaatkan aktiviti senaman harian setiap pagi di sekitar rumah untuk bertegur sapa dengan pengundi selain bersiaran secara langsung menerusi media sosial Facebook bagi perkembangan terkini mengenai isu tempatan dan kebajikan rakyat.

Sebagai contoh, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir setiap hari mengadakan sidang media secara maya bersama dengan calon yang bertanding selain memaparkan aktiviti kempen pilihan raya mereka. Selain itu, terdapat parti politik yang menggunakan trak bergerak sebagai medium berkempen dan menghebahkan tawaran manifesto mereka kepada masyarakat setempat. Secara keseluruhannya, sebanyak 349 calon bertanding pada PRN Sarawak ke-12 yang menyaksikan sejumlah 1,252,014 pengundi berdaftar memilih wakil rakyat masing-masing untuk membentuk kerajaan negeri.

SPR menetapkan esok untuk pengundian awal dan 18 Dis sebagai hari mengundi bagi PRN Sarawak kali ini.​

1639387159666.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,141
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,141
Reaction score
4,391
Points
296
Awards
1
10,458 Polis, PGA & Pasangan Undi Awal Esok

13.12.2021 - Kuala Lumpur, Seramai 10,458 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan akan terlibat dengan proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 esok, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata. Katanya 85 pusat pengundian awal dengan 111 saluran akan dibuka mulai 7.30 pagi hingga 5 petang dengan 5,522 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk mengawal keselamatan serta memastikan proses pengundian awal esok berjalan dengan lancar.

“Pusat mengundi awal terdiri daripada dewan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu pejabat Daerah (IPD), rumah-rumah persatuan keluarga polis, pusat-pusat sumber, bilik rekreasi, bilik mesyuarat dan juga sekolah-sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi undi pos pula menurutnya, jumlah permohonan bagi pihak polis adalah sebanyak 1,200 dengan 705 telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Mancha berkata pihak polis telah mengeluarkan enam kompaun kepada pihak-pihak yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) melibatkan kesalahan-kesalahan di bawah Akta 342 (Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021), dengan kompaun terkumpul berjumlah RM31,000.

Beliau berkata polis telah membuka 39 kertas siasatan bagi tempoh 30 Nov lepas hingga semalam, di samping menerima 1,837 permohonan bagi mendapatkan permit polis untuk berkempen secara fizikal daripada parti serta calon-calon yang bertanding.​

1639387249459.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,141
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,141
Reaction score
4,391
Points
296
Awards
1
Abang Jo Ingatkan Isu UEC, Mahu Pengundi Sibu Seia Sekata

13.12.2021 - Kuala Lumpur, Pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari Abang Openg hari ini mengingatkan pengundi Cina mengenai komitmen gabungan itu untuk memastikan pendidikan Cina berkembang maju di Sarawak. Abang Johari menegaskan masyarakat Sarawak adalah unik dan kerajaan negeri pada masa lalu menyokong sistem pendidikan Cina melalui pembiayaan kerajaan, yang kini berjumlah RM10 juta setiap tahun.

“Saudara Cina kita yang sangat menitikberatkan pendidikan dibenarkan mendirikan sekolah sendiri dan mempromosikan pendidikan Cina. Ramai bukan Cina menghantar anak mereka ke sekolah Cina termasuk anak saudara saya kerana mereka tahu kualiti pendidikan Cina adalah tinggi,” kata Abang Johari.

Dia berkata kerajaan Sarawak mengiktiraf Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) sejak pentadbiran Adenan Satem untuk mereka diterima bekerja dalam sektor perkhidmatan awam.

"Anda tidak akan dapati perkara ini berlaku di mana-mana di dunia, malah di Semenanjung Malaysia kerajaan persekutuan tidak mengiktiraf UEC, walaupun ketika kerajaan Pakatan Harapan berkata ia mahu mengiktirafnya. Memang rugi dalam modal sumber manusia kita jika kita tidak mengiktiraf UEC. Lulusan UEC akhirnya akan bekerja dan menyumbang kepada negara lain," kata Abang Johari.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Foochow Association Park dan bangunan sekolah baru SJK(C) Dung San di Hotel Kingwood di Sibu hari ini. Dia menggesa pengundi Sibu termasuk kaum Cina yang merupakan majoriti di beberapa kawasan pilihan raya, seia-sekata bagi membolehkan Sibu memperoleh "status bandar raya".

Abang Johari, berkata pengundi Sibu sebelum ini secara konsisten mengundi calon daripada parti pembangkang.​

1639387354615.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,141
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,141
Reaction score
4,391
Points
296
Awards
1
Mahkamah Kuching Tolak Permohonan 3 Belia Hentikan PRN Sarawak

13.12.2021 - Kuching, Mahkamah Tinggi Kuching hari ini menolak permohonan tiga belia Sarawak untuk menghentikan pilihan raya negeri (PRN) pada 18 Disember dan untuk mengemas kini daftar pemilih sekali gus membolehkan mereka mengundi di bawah pelaksanaan Undi 18. Pesuruhjaya kehakiman Alexander Siew menolak permohonan undang-undang oleh ketiga-tiga belia itu yang menuntut semakan kehakiman, mengatakan hak automatik untuk mengundi tidak bermaksud secara serta-merta.

“Di bawah peraturan pilihan raya, ada beberapa proses perlu diikuti,” katanya. Pendaftar pilihan raya perlu masih perlu memeriksa sama ada seseorang itu layak untuk mengundi. Di bawah pindaan Perlembagaan Persekutuan, tidak ada keperluan untuk memohon, ia adalah secara automatik.”

Pada Rabu lalu, Avril Clarice Chin Ning, 18, Ivan Alexander Ong dan Addam Johanson Jeremy Shayne yang masing-masing berusia 19 tahun, memfailkan permohonan terhadap Pendaftaran Pemilih bagi Sarawak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Mereka diwakili peguam Clement Wong, George Lo dan Simon Siah. Saman itu dimohon susulan pewartaan pelaksanaan Undi 18 pada 15 Disember lalu yang bakal menyaksikan had umur mengundi diturunkan dari 21 kepada 18 tahun.

Sementara itu, PRN Sarawak yang bakal diadakan akan menggunakan daftar pemilih yang dikemaskinikan pada 2 November lalu. Pengumuman tersebut selari dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada 3 September lalu. Cadangan pindaan tersebut diluluskan di Parlimen pada Julai 2019. Manakala pewartaan diumumkan Yang di-Pertuan Agong menyatakan 15 Disember sebagai tarikh pindaan Undi 18 dikuatkuasakan.

Pindaan Perlembagaan itu diwartakan pada 25 November lalu. Bagaimanapun, Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan pada 3 November lalu, sebelum pindaan tersebut diwartakan.​

1639401383249.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,141
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,141
Reaction score
4,391
Points
296
Awards
1
Pihak Berkuasa Turunkan Poster Kempen DAP Isu Harga Sayur Naik

13.12.2021 - Kuching, Di Kuching, nampaknya bukan harga sayur-sayuran yang turun, sebaliknya papan iklan kempen yang membangkitkan isu tersebut yang diturunkan. Menurut calon DAP Batu Kawah Kelvin Yii, bahan kempen itu merupakan satu daripada dua pan iklan DAP di kawasan sekitar Kuching yang diturunkan pihak berkuasa hari ini. Satu lagi papan iklan mengingatkan pengundi tentang kepentingan undi mereka, dengan memaparkan bagaimana keputusan PRU 2018 menyebabkan Najib Razak didakwa, sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan dan sekolah Cina mendapat dana.

Dalam kenyataan hari ini, Yii berkata papan iklan tentang kepentingan undi itu bertujuan untuk mengupayakan pengundi, tetapi pihak berkuasa memberitahunya yang ia melanggar Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Seksyen itu melarang bahan kempen yang boleh menyebarkan “perasaan jahat” dan “permusuhan”. Satu lagi papan iklan memaparkan sayuran jenis pak choi dengan perkataan “harga naik” dan “GPS kerajaan gagal, rakyat kesusahan”.

“Walaupun pihak berkuasa berjaya ‘memadam’ mesej kami daripada papan iklan, taktik menindas seperti ini tidak akan memadamkannya daripada ingatan rakyat. Menerusi kuasa peti undi, kita akhirnya melihat salah satu kleptokrat terbesar dunia disabitkan bersalah di mahkamah. Perkara seperti itu tidak akan terjadi tanpa ramai orang Sarawak yang mengundi,” katanya lagi.

Mengulas tindakan menurunkan papan iklan berkenaan harga sayuran itu, Yii berkata: "Kita minta turunkan harga barang, mereka pula turunkan billboard". Terdahulu, pihak berkuasa di Kuching juga menurunkan dua papan iklan kempen milik calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi). Ia memaparkan lembu sedang meragut rumput dan satu lagi memaparkan gunting yang memisahkan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggariskan peraturan ketat bagi PRN kali ini, termasuk melarang perkumpulan dan calon untuk merentas kawasan pilihan raya yang ditandingi mereka untuk berkempen. Beberapa calon pembangkang membangkitkan isu keperluan permit polis, had masa dan lokasi ceramah serta jumlah hadirin di kawasan pedalaman, yang menurut mereka meletakkan mereka dalam keadaan sukar.​

1639401531244.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,141
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,141
Reaction score
4,391
Points
296
Awards
1
Abang Jo, Bekas Menteri "Tanpa Malu" Guna Jentera Kerajaan Untuk Kempen - BERSIH

13.12.2021 - Kuching, Pengerusi GPS Abang Johari Openg perlu berhenti menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri sementara semasa berkempen, kata badan pemantau pilihan raya Bersih. Gesaan itu turut ditujukan kepada bekas-bekas menteri Sarawak daripada gabungan pemerintah itu yang bertanding dalam PRN kali ini.

"Abang Johari perlu segera hentikan penggunaan kedudukan tersebut untuk berkempen dengan membuat pengumuman projek atau peruntukan, merasmikan acara kerajaan dan menandatangani memorandum kesefahaman (MoU) kerajaan negeri untuk sebarang projek. Setiausaha Kerajaan Sarawak juga perlu segera keluarkan arahan kepada kakitangan kerajaan negeri untuk melarang mereka membantu kempen GPS dengan menggunakan jentera dan sumber kerajaan negeri termasuklah penggunaan media cetak dan media sosial milik kerajaan.

Walaupun dalam undang-undang termasuklah Akta Kesalahan Pilihan Raya masih belum meliputi isu tata cara kerajaan sementara, penggunaan jentera dan sumber kerajaan termasuk pengumuman oleh kerajaan sementara melanggar konvensyen kerajaan sementara seperti Deklarasi Kesatuan Parlimen Antarabangsa, yang menyatakan kerajaan perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk memisahkan peranan parti dan kerajaan. Begitu juga dengan Perkara 11 Deklarasi Bangkok yang menyatakan sumber kerajaan yang digunakan untuk mempromosikan kepentingan politik semasa pilihan raya akan menyebabkan proses pilihan raya menjadi tidak adil dan kesahan keputusan pilihan raya boleh dipertikai," kata Bersih dalam kenyataan hari ini.

Bersih berkata pasukan pemantaunya mendapati banyak salah guna jentera dan sumber kerajaan yang dilakukan oleh Abang Johari dan bekas-bekas menteri Sarawak yang lain.

"Mereka tanpa segan dan malu menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen, malah kerajaan persekutuan juga masih menjemput ketua menteri sementara untuk menghadiri majlis-majlis kerajaan persekutuan," katanya.

Bersih turut menyenaraikan beberapa contoh, antaranya acara pelancaran Gedong sebagai daerah pada 12 Disember lalu oleh Abang Johari, yang turut menjadi calon bagi kerusi DUN itu. Bersih juga membangkitkan pengumuman Abang Johari selaku ketua menteri sementara yang kerajaan negeri akan melancarkan syarikat penerbangan sendiri pada 30 November lalu.

"Pengumuman sebegini akan mengikat parti atau gabungan parti politik selepas ini yang akan menjadi kerajaan negeri," katanya.

Begitu juga dengan tindakan penyandang DUN Bukit Begunan Mong Dagang yang menyampaikan geran kerajaan berjumlah RM50,000 di bilik gerakan GPS, yang menurut Bersih sebagai "terang-terangan kesalahan rasuah dan beli undi".

"Jentera kerajaan negeri seperti laman-laman media sosial juga telah digunakan sebagai platform untuk menyalurkan kempen-kempen pilihan raya oleh parti GPS," dakwa Bersih lagi.

Menurut Bersih, penggunaan jnetera dan sumber kerajaan untuk berkempen tidak wajar sama sekali kerana ia menggunakan dana awam untuk kepentingan calon dan parti politik.

"Sepatutnya selepas pembubaran DUN, Setiausaha Kerajaan Negeri perlu mengeluarkan arahan untuk melarang penggunaan sumber dan jentera kerajaan oleh mana-mana parti terutama parti penyandang kerajaan. Kami juga menggesa agar SPR untuk bertindak dengan lebih proaktif dan tegas bagi menangani isu salah guna jentera kerajaan serta memastikan kempen berjalan dengan lebih bersih dan adil," kata Bersih lagi.​

1639401711218.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,141
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,141
Reaction score
4,391
Points
296
Awards
1
Pujut Jadi Kerusi ‘Panas’ Rebutan 5 Calon PRN Sarawak

14.12.2021 - Kuala Lumpur, Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut kosong sejak Februari tahun lepas apabila penyandangnya Dr Ting Tiong Choon daripada DAP hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri kerana memiliki dua kerakyatan iaitu Australia dan Malaysia yang melanggar Perkara 17(1)(g) Perlembagaan Negeri Sarawak. Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12), kerusi “panas” itu menyaksikan pertembungan lima penjuru antara calon DAP, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi).

Sejak berjaya merampas kerusi itu daripada Barisan Nasional-Parti Bersatu Rakyat Sarawak (BN-SUPP) dalam PRN edisi ke-10 pada 2011 menerusi Fong Pau Teck, DAP terus menjadikan Pujut sebagai kubu kuat parti tersebut dengan mempertahankannya pada pilihan raya negeri yang lepas iaitu pada 2016. Pada PRN12, parti itu menyandarkan harapan kepada Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling Sie Kiong untuk terus memastikan kerusi Pujut yang “hilang” susulan keputusan mahkamah pada Februari lepas kembali ke dalam genggamannya.

Ling bukanlah nama asing bagi pemerhati politik Sarawak kerana ketika berusia 28 tahun, beliau mencipta kejutan pada 2011 apabila berjaya menumbangkan “nama besar” dalam politik Sarawak iaitu Timbalan Ketua Menteri Tan Sri George Chan Hong Nam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau. Bagaimanapun, beliau gagal mempertahan kerusi Piasau apabila dikalahkan oleh calon BN-SUPP Datuk Sebastian Ting Chiew Yew pada 2016.

“Demokrasi merupakan proses yang berterusan. Harapan saya, landskap politik di Sarawak lebih seimbang antara pembangkang dengan kerajaan sekali gus segala hal melibatkan kebajikan rakyat dapat diperjuang,” katanya kepada Bernama.

Ling dan DAP berdepan cabaran getir dalam usaha mempertahan kerusi Pujut pada pilihan raya negeri kali ini apabila GPS meletakkan satu “nama besar” yang amat dikenali dalam kalangan penduduk Bandaraya Miri sebagai calon. Adam Yii Siew Sang, 65, yang menjadi datuk bandar Miri sejak 2016 dan pengerusi SUPP cawangan Pujut, telah diberi tanggungjawab untuk memecah dominasi dua penggal DAP di kerusi DUN itu.

Yii, dalam sidang media menerusi Facebook rasminya baru-baru ini, berkata penduduk di Pujut layak menikmati kualiti hidup lebih baik dan yakin pengundi di DUN itu lebih matang untuk membuat pilihan yang bijak.

“Ini bukan soal siapa saya tetapi ia mengenai nasib rakyat Pujut… tentang kebajikan, infrastruktur, kemudahan asas dan persekitaran kejiranan yang perlu diutamakan untuk semua menjalani kehidupan dengan lebih baik,” katanya.

PSB pula menampilkan graduan diploma komunikasi perniagaan Bruce Chai Khim Cheong, 48, yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai kaunselor di Majlis Bandaraya Miri sekitar 2015, sebagai calonnya. Antara perkara utama yang akan diperjuang oleh calon PSB itu sekiranya beliau dipilih oleh pengundi Pujut pada 18 Dis ini ialah menambah peluang pekerjaan bagi mengelakkan penghijrahan keluar golongan belia ke kawasan luar untuk mencari kerja.

“Memang DUN Pujut berada di kawasan bandar. Semua kemudahan ada namun masalah besarnya ialah rakyat sukar untuk mencari rezeki. Polisi menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi perlu diberikan perhatian serius,” katanya.

Dua lagi calon ialah daripada PBK dan Aspirasi yang masing-masing diwakili oleh penasihat undang-undang Leslie Ting Siong Ngiap dan pengasas Gerakan Sarawak for Sarawakians (S4S) Chin Fen Siong. DUN Pujut mempunyai seramai 27,567 pemilih berdaftar. Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 18 Disember ini sebagai hari pengundian bagi PRN12 manakala pengundian awal bagi anggota pasukan keselamatan berlangsung hari ini.​

1639461760713.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register