SAR digerak lepas saksi dakwa nampak pesawat terhempas di Tg Bungah

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,042
Reaction score
153
Points
33
482d76f75dff85aaad607c1e43d08ce4.jpg


Diterbitkan 20 Sep 2020, 9:02 pm

Polis bersama beberapa agensi lain menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan laut petang tadi selepas menerima laporan daripada saksi memaklumkan dia bersama rakannya ternampak sebuah pesawat ringan dipercayai telah terhempas sebelum terjunam ke dalam laut berhampiran Tanjung Bungah, di George Town hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata sehingga pukul 6.30 petang tadi pihaknya tidak menemui sebarang petunjuk atau bangkai pesawat yang didakwa terjatuh itu.

"Operasi dihentikan berikutan cuaca semakin gelap dan kemungkinan ia akan disambung esok jika kami mendapat maklumat terbaru mengenai kejadian tersebut.

"Polis juga setakat ini tidak menerima laporan berhubung pesawat terhempas dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA)," katanya ketika dihubungi Bernama di George Town hari ini.

Katanya dua lelaki itu memaklumkan mereka ternampak pesawat berwarna gelap tersebut terhempas kira-kira 2 petang sebelum memaklumkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Katanya beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian pesawat terhempas itu agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

"Selain itu, polis juga meminta sesiapa yang kehilangan ahli keluarga terdiri daripada juruterbang pesawat agar tampil membuat laporan polis kerana setakat ini kami memang tidak menerima sebarang laporan daripada keluarga mangsa," katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial seorang lelaki membuat laporan polis selepas dia dan rakannya ternampak sebuah pesawat ringan terhempas sebelum terjunam terus ke dalam laut ketika mereka berada di kawasan pantai di Tanjung Bungah hari ini.

Menurut saksi itu, kejadian tersebut berlaku sangat pantas dan terdapat asap keluar daripada pesawat berkenaan sebelum ia terjunam ke dalam laut.

Berikutan itu, orang ramai mula membanjiri kawasan pantai tersebut untuk melihat operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan pihak berkuasa di kawasan laut termasuk Angkatan Pertahanan Awam.


== malaysiakini
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,042
Reaction score
153
Points
33
119825888_394198828647801_2807683572308517025_n.jpg



PESAWAT HILANG | Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati kesemua penerbangan yang beroperasi pada 20 September 2020 berlepas dan mendarat dengan selamat.

Dalam pada itu pihak CAAM juga memberitahu pihaknya tidak mengesan pengaktifan Emergency locator transmitter (ELT) di sekitar kawasan yang dilaporkan.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,301
Reaction score
2,155
Points
206
kena siasat entah-entah dron bawak barang terlarang ke.
 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,784
Reaction score
862
Points
86
kena siasat entah-entah dron bawak barang terlarang ke.
Kalau ikut saksi ni, dia kata masa landing pesawat tu buka belon (parachute kot).
Drone tak pakai parachute kan.?
Tapi memang benar kata tuan, kat US memang ramai dah salah guna drone ni.
Tu sebab kena ada licences jika drone lebih dari 250gm di US.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register