BTC USD 59,517.5 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sanusi minta maaf depan PM keluarkan ucapan kurang sesuai

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,910
Top Poster #7
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,910
Reaction score
6,292
Points
881
Awards
1
Sanusi minta maaf depan PM keluarkan ucapan kurang sesuai

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor semalam mengambil kesempatan memohon maaf di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa menteri Kabinet pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah.

Muhammad Sanusi berkata permohonan maaf itu adalah bagi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks 'hablumminannas' selama beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah dan atas kapasiti politik.

“Sebagai insan yang lemah, keterlanjuran dan kesilapan pastinya ada dalam diri kita masing-masing.

“Semoga pertemuan dalam bulan Syawal yang mulia ini akan menjadi asbab untuk kita mulakan lembaran baharu serta sama-sama melangkah dengan hati yang bersih, ikhlas dan bertanggungjawab,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau juga berkata kepentingan rakyat harus mengatasi keghairahan untuk mengekalkan kuasa politik dan segala perkara yang bersifat politik sepatutnya hanya dibawa ke medan politik.

Muhammad Sanusi juga berharap Kerajaan Persekutuan sentiasa memberikan perhatian dan tidak meminggirkan Kedah.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang telah memberikan perhatian kepada projek-projek pembangunan terutama di kawasan luar bandar Kedah.

Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beberapa menteri Kabinet serta kira-kira 15,000 orang.

- Bernama
 
Sponsored Post

FB_IMG_1714885112331.jpg
...............
 
tiada maaf bagimu wahai pmx
syawal ke ramadhan ke
saja nk tunjuk buat keje
nk lulus ape2 boleh buat kat putrajaya
tak perlu ke hulu ke hilir nk tunjuk buat keje

Mcm la pmx hadap sgt maaf dari ko...
Ni semua politik je jgn jd bongok...
Bace ape sanusi ckp tu...

Beliau juga berkata kepentingan rakyat harus mengatasi keghairahan untuk mengekalkan kuasa politik dan segala perkara yang bersifat politik sepatutnya hanya dibawa ke medan politik.
 
Mcm la pmx hadap sgt maaf dari ko...
Ni semua politik je jgn jd bongok...
Bace ape sanusi ckp tu...

Beliau juga berkata kepentingan rakyat harus mengatasi keghairahan untuk mengekalkan kuasa politik dan segala perkara yang bersifat politik sepatutnya hanya dibawa ke medan politik.
peduli apa aku, selagi die kawan dgn zahid, mmg xkan maafkan die
umpama syirik, buat baik mcm mn pon, tetap kira org jahat
kena hentikan syirik terlebih dahulu, putuskan pakatan dgn zahid
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register