BTC USD 69,692.2 Gold USD 2,355.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
50,793
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
50,793
Reaction score
6,228
Points
881
Awards
1
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah

Abdul Hadi Che Awang
April 18, 2024 09:45 MYT

Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Dalam pertemuan dengan Anwar kelak, Sanusi menyatakan akan menyampaikan hasrat ataupun 'wishlist' daripada negeri Kedah kepada Kerajaan Persekutuan untuk pertimbangan lanjut. - Foto Astro AWANI

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.

Pertemuan berkenaan akan diadakan secara tertutup di Wisma Darul Aman, Alor Setar sebelum Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Jitra yang dijangka diadakan pada sebelah malam, hari yang sama.

Dalam pertemuan itu juga, beliau menyatakan akan menyampaikan hasrat ataupun 'wishlist' daripada negeri Kedah kepada Kerajaan Persekutuan untuk pertimbangan lanjut.

"Dia (Anwar) akan hadir ke Wisma Darul Aman (pada 4 Mei), untuk perjumpaan (tertutup itu), (ianya) adalah acara itu acara rasmi (antara) kerajaan, (ianya akan diadakan pada) hari yang sama (dengan Rumah Terbuka Madani), (anggaran antara) pukul 3 hingga 5 petang,

"(Dalam pertemuan itu) kita (akan kemukakan) (Kedah) punya wishlist, (saya) sudah standby (senarai itu), saya harap ia dapat ditunaikan memandangkan (permintaan) kecil sahaja,

"(Perinciannya) mana boleh (beritahu) sekarang, saya kena habaq (beritahu) Perdana Menteri dahulu, mana boleh habaq (beritahu) wartawan dahulu,

"Saya (akan) habaq (beritahu) Perdana Menteri dulu (pada 4 Mei), katanya ketika ditemui media semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, Alor Setar pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengsahkan bahawa akan hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Jitra.

"Kerajaan negeri Kedah turut akan memberikan kerjasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan dalam penganjuran Rumah Terbuka Madani tersebut," tambahnya lagi.

Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di tujuh negeri, bermula dengan Johor, hari ini.

Menurut sekretariat majlis sambutan itu, enam lagi lagi Majlis Sambutan Aidilfitri 2024 dirancang untuk diadakan di Sabah pada 20 April, diikuti Melaka (22 April), Kelantan (2 Mei), Kedah (4 Mei), Pulau Pinang (5 Mei) dan berakhir di Terengganu pada 9 Mei.

Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan pula akan diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu dari pukul 10.30 pagi hingga 3.00 petang, dengan Kerajaan Negeri Sabah selaku tuan rumah manakala Kementerian Perpaduan Negara selaku kementerian peneraju.

#Muhammad Sanusi Md Nor #Anwar Ibrahim #perjumpaan dengan Anwar Ibrahim #wishlist Kedah
 
Back
Top
Log in Register