BTC USD 61,059.8 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sanusi ingatkan Pulau Pinang adalah negeri dipajak Kedah

Sponsored Post

silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,355
Reaction score
1,715
Points
111
Same goes kedah tu sejarah dia siam thai yg punya. Dulu kena bayar ufti emas bagai. Klo thai tuntut balik kedah mcm mana 🤣
Baca sejarah tulisan catatan melayu dan orang putih, memang orang-orang Kedah dulu pernah berperang dengan orang-orang Thai. Dan catatan menunjukkan kerajaan Kedah masa tu kalah.

Dan yang pastinya, bila kerajaan Kedah kalah, itu menunjukkan kerajaan negeri lain pun lemah sebab tak mampu nak tolong kerajaan Kedah.

Kerajaan Perak rasanya nak turun tolong Kedah masa kena serang, tapi tak sempat. Tentera Thai dah control negeri sampai ke Sungai Muda.

British buat deal semula dengan Thailand mintak lepaskan Kedah. Thailand pun setuju.

Sekarang, Kedah berperang pulak dengan ketum. Aduhh...peninglah fikirkan masalah negeriku ini.....hehehehe
 

SMI6

Active+ Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
3,294
Reaction score
756
Points
86
Lame betul xdgr negeri2 selat
Pakai patutnya under perlembagaan

sy ad terbaca, Asalnya dekat negeri melaka dan pulau pinang dan singapura tak ada status tanah rizab melayu.

Kiranya pentadbiran yg berasingan

Tapi tak tau le pulak British ada bayar pajakan dekat negeri kedah.
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,010
Reaction score
2,747
Points
201
Kalau pajakan mesti ada tarikh dia sanusi oi. Yang bayar 10k setiap tahun kira balasan Kedah bagi tanah kat British dulu2.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,289
Reaction score
2,279
Points
201
Plak da.. ape situasi ni pp akan return ke kedah balik ke ape ni.. tak Penah tau pon ni
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906
#BHnasional Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah sokong kenyataan Sanusi bahawa Pulau Pinang adalah hak milik Kedah yang sah
https://bit.ly/3AENRH0

Pulau Pinang masih milik Kedah?​


September 24, 2021 @ 2:11pm

1632465328505.png

foto ZESTLAD

ALOR SETAR: Dokumen dikatakan perjanjian antara Kedah dan Pulau Pinang yang dipamer kepada umum ketika ini didakwa bukan bukti surat pajakan yang ditandatangani bersama Sultan Abdullah dan Francis Light pada 1786.

Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican, berkata dokumen yang dipamerkan itu adalah sekadar cebisan surat membincangkan hal berkaitan pajakan Pulau Pinang sahaja.

Jelasnya, Sultan Abdullah dan Francis Light tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian atau surat pajakan berkaitan penyerahan Pulau Pinang daripada Kedah kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris ketika itu.


1632465367580.png

"Perkara ini sudah dijelaskan 50 tahun lalu, oleh Sejarahwan, R Bonney di dalam bukunya 'Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence' bahawa tidak ada perjanjian pajakan, tetapi kita masih menggunakan naratif kolonial bahawa Pulau Pinang dipajak daripada Kedah.

BUKU ‘Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence’ oleh Sejarahwan, R Bonney.


"Dokumen perjanjian yang dipamerkan selama ini adalah tidak betul kerana itu sekadar perbincangan antara Sultan Kedah dan Francis Light sahaja, sepatutnya perkara ini dijelaskan kepada semua pihak bahawa tiada perjanjian pajakan sah dibuat antara kedua-duanya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Difahamkan, dokumen dikatakan perjanjian pajakan daripada Kedah terbabit ada dipamerkan di Muzium Pulau Pinang selain turut disimpan pihak Arkib Negara sebagai warisan negara.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Dr Ibrahim Bakar, mendesak kerajaan negeri mengadakan perbincangan serius bersama Kerajaan Pusat bagi mencapai persefahaman baharu termasuk mengambil kira kadar bayaran tahunan kepada Kedah.

Katanya, pihaknya mencadangkan naratif sejarah berkaitan Pulau Pinang perlu diperbetul supaya semua pihak memahami kedudukan sebenar hubungan Kedah dan Pulau Pinang yang banyak dipesongkan.

"Berpandukan hujah pada buku 'Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence', kami mendapati tidak ada satu perjanjian sah antara Kedah dan mana-mana pihak berhubung pendudukan Pulau Pinang.

"Berdasarkan hujah itu juga, kami mengambil pendirian menyokong kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang adalah hak milik Kedah yang sah sehingga kini," katanya.

Muhammad Sanusi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa lalu, mengingatkan Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak Kedah selain meminta negeri itu tidak campur tangan dalam hal berkaitan negeri ini.

 

Maestro

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2009
Messages
3,805
Reaction score
835
Points
81
so kalau cam tu campur Dun Kedah + Dun Penang...
sapa ada majoriti?
sapa MB kedanang ni?
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,010
Reaction score
2,747
Points
201
so kalau cam tu campur Dun Kedah + Dun Penang...
sapa ada majoriti?
sapa MB kedanang ni?
Penang ada 40 kerusi (PH pegang 33 kerusi)
Kedah ada 36 kerusi (PN pegang 23 kerusi)
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906
#Alorsetar Dokumen dikatakan perjanjian antara Kedah dan Pulau Pinang yang dipamer kepada umum ketika ini, didakwa bukan bukti surat pajakan yang ditandatangani bersama Sultan Abdullah dan Francis Light pada 1786.
https://www.hmetro.com.my/.../betul-ke-pulau-pinang-masih...

Betul ke Pulau Pinang masih milik Kedah?​


1632497639546.png


Alor Setar: Dokumen dikatakan perjanjian antara Kedah dan Pulau Pinang yang dipamer kepada umum ketika ini, didakwa bukan bukti surat pajakan yang ditandatangani bersama Sultan Abdullah dan Francis Light pada 1786.

Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, dokumen yang dipamerkan itu adalah sekadar cebisan surat membincangkan hal berkaitan pajakan Pulau Pinang sahaja.

Jelasnya, Sultan Abdullah dan Francis Light tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian atau surat pajakan berkaitan penyerahan Pulau Pinang daripada Kedah kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris ketika itu.

"Perkara ini sudah dijelaskan 50 tahun lalu oleh sejarawan R Bonney di dalam bukunya 'Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence' bahawa tidak ada perjanjian pajakan tetapi kita masih menggunakan naratif kolonial bahawa Pulau Pinang dipajak daripada Kedah.


"Dokumen perjanjian yang dipamerkan selama ini adalah tidak betul kerana itu sekadar perbincangan antara Sultan Kedah dan Francis Light sahaja, sepatutnya perkara ini dijelaskan kepada semua pihak bahawa tiada perjanjian pajakan sah dibuat antara kedua-duanya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Difahamkan, dokumen dikatakan perjanjian pajakan daripada Kedah terbabit ada dipamerkan di Muzium Pulau Pinang selain turut disimpan pihak Arkib Negara sebagai warisan negara.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Dr Ibrahim Bakar, mendesak kerajaan negeri mengadakan perbincangan serius bersama Kerajaan Pusat bagi mencapai persefahaman baharu termasuk mengambil kira kadar bayaran tahunan kepada Kedah.

Katanya, pihaknya mencadangkan naratif sejarah berkaitan Pulau Pinang perlu diperbetul supaya semua pihak memahami kedudukan sebenar hubungan Kedah dan Pulau Pinang yang banyak dipesongkan.

"Berpandukan hujah pada buku 'Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence', kami mendapati tidak ada satu perjanjian sah antara Kedah dan mana-mana pihak berhubung pendudukan Pulau Pinang.

"Berdasarkan hujah itu juga, kami mengambil pendirian menyokong kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang adalah hak milik Kedah yang sah sehingga kini," katanya.

Muhammad Sanusi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa lalu, mengingatkan Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak Kedah selain meminta agar negeri itu tidak campur tangan dalam hal berkaitan negeri ini.
Disiarkan pada: September 24, 2021 @ 2:10pm

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register